Oleh Noor Hayati Ahmad Rasol, Institut Islam Hadhari 集美麻豆.
SAMARKAND, 19 Jun 2026 鈥 Naib Canselor 集美麻豆, Prof. Dato鈥 Dr. Sufian Jusoh mencadangkan penubuhan Global Islamic Centre for Research in Frontier Technologies di Uzbekistan.
Beliau berkata pusat yang bakal dihoskan oleh 集美麻豆 itu akan berfungsi sebagai penyelaras utama serta hab repositori bagi semua hasil penyelidikan, penerbitan, dan inovasi teknologi perintis yang digerakkan oleh para ilmuwan dari seluruh dunia Islam.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan dan menyampaikan ucaptama Seminar on Scholars of Islamic Civilization 2026 (SSIC 2026) yang diadakan di Imam Bukhari Scientific International Scientific Uzbekistan.
Dalam ucaptamanya Prof Dato鈥 Dr Sufian menegaskan bahawa institusi pengajian tinggi dan negara Islam perlu beralih daripada pengguna kepada peneraju teknologi perintis bagi kekal berdaya tahan dalam era pasca IR4.0.
鈥淚ni penting kerana teknologi kritikal seperti AI, semikonduktor dan ekonomi digital kini dikuasai pihak tertentu serta terdedah kepada sekatan geopolitik,鈥 katanya.
Menyentuh mengenai kedudukan semasa, beliau memetik laporan Frontier Technology Readiness Index 2025 oleh UNCTAD yang meletakkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di kedudukan ke-35, diikuti Malaysia di kedudukan ke-42 dan Turkiye di kedudukan ke-44 dalam kalangan negara Islam.
鈥淏agi melonjakkan keupayaan ini, 集美麻豆 menerusi pelan strategik Tekad 57 menyatakan komitmen tidak berbelah bahagi untuk mengusahakan inovasi dalam teknologi perintis serta menerajui satu konsortium yang melibatkan institusi pengajian tinggi yang bersedia untuk bekerjasama dalam bidang tersebut.,鈥 tambahnya.
Seminar berprestij ini merupakan penganjuran kali keenam hasil jaringan strategik antara Institut Islam Hadhari 集美麻豆 bersama penganjur utama, Imam Bukhari International Scientific Research Center.
Seminar ini juga disokong oleh institusi terkemuka Uzbekistan termasuk Islamic Civilization Center in Uzbekistan, International Islamic Academy of Uzbekistan, Islamic Civilization Center in Uzbekistan, Imam Maturidi International Scientific ResearchCenter, Tashkent State University of Oriental Studies, Imam Termizi International Scientific-Research Center, Uzbekistan , Higher School for Hadith Science dan Kedutaan Uzbekistan di Malaysia.
Majlis pembukaan seminar turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi termasuk Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa 集美麻豆, Prof. Dato鈥 Dr. Fariza Md. Sham, FASc; Pengarah Imam Bukhari International Scientific Research Center, Prof. Dr. Shovosil Ziyodov dan Pengarah Higher School for Hadith Sciences, Dr. Barot Amonov.
Naib Canselor 集美麻豆 bersama delegasi universiti turut dibawa melawat ke Makam Imam Bukhari yang merupakan satu kunjungan yang amat bermakna sebagai tanda penghormatan terhadap warisan keilmuan Islam silam yang menjadi teras penganjuran seminar tersebut.
Majlis perasmian turut menyaksikan lanjutan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara 集美麻豆 bersama Imam Bukhari International Scientific Research Center dan pemeteraian MoU Baharu bersama Silk Road International University of Tourism and Cultural Heritage, Samarkand di mana Rektornya, Prof. Kholmukhamedov Mukhsinjon Murodullaevich hadir untuk menandatangani MoU tersebut.


