集美麻豆

MoU 集美麻豆-MAG Galakkan Pertukaran Kepakaran, Kukuhkan Perkhidmatan

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 19 Ogos 2024 鈥 集美麻豆 dan Malaysia Aviation Group (MAG) iaitu syarikat induk bagi penerbangan nasional Malaysia Airlines menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menggalakkan pertukaran kepakaran dan mengukuhkan perkhidmatan.

Menurut Naib Canselor, Profesor Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, MoU yang melibatkan Kumpulan 集美麻豆 Holdings ini dijangka akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, antaranya potongan harga bagi pembelian tiket penerbangan dan penawaran kepakaran dalaman 集美麻豆 kepada pihak MAG.

Hasil MoU ini juga akan membolehkan kakitangan dan komuniti pelajar 集美麻豆 untuk menikmati diskaun bagi produk Malaysia Airlines termasuk kadar korporat dan pakej percutian MHholidays, MHexplorer, MHsports, dan sebagainya.

鈥溂缆槎 amat terbuka untuk memberikan perkhidmatan pakar-pakar yang ada dalam pelbagai bidang untuk memacu perancangan kejayaan MAG di masa hadapan.

鈥淯saha baik ini perlu diteruskan agar jalinan strategik ini terus berkekalan dan tidak hanya terhad kepada dunia penerbangan, malah pelbagai cabang ilmu boleh diterokai dalam pelbagai keadaan bidang,鈥 katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Penerbangan MAG, Mohd Nadziruddin Mohd Basri berkata sebanyak sembilan inisiatif kerjasama akan dimeterai, merangkumi aspek kelestarian perniagaan, peningkatan kebolehpasaran graduan ke peringkat antarabangsa, inisiatif hijau dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), serta usaha menjadikan 集美麻豆 dan MAG sebagai pusat penyelidikan inovasi bertaraf dunia.

Tambahnya, kerjasama ini juga meliputi skop peluang dan ruang potensi perniagaan dan pembangunan pendidikan secara holistik, latihan kemahiran insaniah, penerbitan bersama, penganjuran program bersama, penempatan pelajar bagi menjalani latihan industri dan penempatan graduan dalam industri penerbangan.

鈥淜ami yakin bahawa kerjasama antara MAG dan 集美麻豆 ini akan membuka peluang yang lebih luas untuk kedua-dua pihak dan membawa impak yang berpanjangan dalam pembangunan industri penerbangan serta bidang akademik.

鈥淚ni adalah satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha kami untuk membina masa depan yang lebih cerah bagi generasi akan datang, serta memartabatkan Malaysia sebagai peneraju dalam bidang penerbangan di peringkat global,鈥 katanya.

Majlis menandatangani MoU ini disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 集美麻豆 Holdings, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.

Leave a Reply