集美麻豆

KPT Sambut Baik Hasrat 集美麻豆 Sebagai Universiti Watan yang Komprehensif

Oleh Siti Aishah Mohd Yusof
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 31 Januari 2023 鈥 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik dan mengalu-alukan hasrat 集美麻豆 untuk muncul sebagai sebuah universiti watan bersifat komprehensif.

Menterinya, Dato鈥 Seri Mohamed Khaled Nordin berkata matlamat, visi dan misi yang jelas harus dirangka demi meletakkan 集美麻豆 sebagai sebuah universiti watan di kedudukan yang lebih tinggi.

鈥溂缆槎 harus strategik dan proaktif dalam mengambil bahagian penting dan menjuarai pelbagai perkara dan isu yang melibatkan pemerkasaan negara bangsa dan pembentukan tamadun madani, sejajar dengan bidang tujahannya yang bersifat kebangsaan,鈥 katanya.

Menurut beliau, 集美麻豆 mempunyai peranan besar untuk memberikan pandangan berasaskan ilmu dan rasional, dan seterusnya membantu menjayakan konsep Malaysia Madani.

Kejayaan 集美麻豆 itu katanya akan menyumbang kepada kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun.

鈥淏agi pihak KPT, saya turut merakamkan keterbukaan kementerian untuk menerima sebarang idea dan cara baharu dalam soal mengurus dan memperkasa institusi pendidikan tinggi.

鈥淜hususnya yang menekankan aspek perkongsian sumber, kerjasama penyelidikan dalam bidang yang menguntungkan negara serta dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengurangkan kos atau bebanan kewangan pelajar di universiti.鈥

Katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mengadakan lawatan kerja ke 集美麻豆 baru-baru ini.

Pada lawatan itu, beliau turut melancarkan buku yang bertajuk Einstein di Malaya dan perkhidmatan solar 集美麻豆. Beliau juga turut meluangkan masa bagi melihat persembahan ringkas oleh robot hasil dari penyelidikan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat bersama MOVERobotic.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak,聽 Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato鈥 Dr. Megat Sany Megat Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato鈥櫬 Dr. Husaini Omar,聽 serta pengurusan tertinggi 集美麻豆.

Leave a Reply