Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
BANGI, 22 Januari 2025 鈥 Kedai Buku Karya@集美麻豆 menjadi platform bagi menampilkan pelbagai judul terbitan 集美麻豆, termasuk karya akademik, ilmiah dan kreatif hasil penerbitan warga universiti.
Terletak di aras 1 bangunan Canselori, penubuhan Karya@集美麻豆 oleh Penerbit 集美麻豆 ini merupakan satu inisiatif strategik 集美麻豆 bagi memperkukuh ekosistem penerbitan dan penyebaran ilmu.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Johan Idris, Penerbit 集美麻豆 telah menerbitkan sebanyak 224 buah buku pada tahun 2025.
Justeru, pembukaan kedai buku ini adalah langkah wajar bagi memudahkan capaian kepada buku-buku terbitan Penerbit 集美麻豆 oleh semua pihak, jelasnya.
鈥淪aya berharap kedai buku Karya@集美麻豆 ini akan menjadi lebih dari sekadar sebuah kedai buku yang menawarkan sumber rujukan dan bahan bacaan yang berkualiti tetapi juga satu ruang perkongsian inspirasi dan pemikiran kritis antara pelajar, pustakawan, warga akademik, penggiat industri, peminat buku dan individu yang cintakan ilmu,鈥 katanya.
Sementara itu, Pengarah Penerbit 集美麻豆, Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah berkata kedai buku universiti berperanan sebagai ruang yang menghimpunkan karya yang dihasilkan dalam dunia akademik.
Tambahnya, hal Ini memudahkan masyarakat memperoleh bahan tersebut untuk menambah pengetahuan dan memahami isu semasa.
Atas peranan ini, nama Karya@集美麻豆 dipilih sebagai identiti kedai buku baharu Penerbit 集美麻豆.
鈥淜edai buku ini menjadi pelengkap kepada peranan Penerbit 集美麻豆 dalam menerbitkan, memasarkan dan menyebarluaskan hasil penyelidikan serta penulisan warga universiti bagi memperkasa budaya ilmu merentas pelbagai disiplin dan pemikiran kritis dalam kalangan khalayak umum,鈥 katanya.

