Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi
BANGI, 14 April 2023 – Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman mengingatkan seluruh warga 鶹 agar menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam melaksanakan urusan kerja.
Beliau berkata sikap amanah, jujur, ikhlas, taat, menjauhi rasuah, tidak mengkhianati dan sebagainya adalah nilai-nilai yang disemai melalui Al-Quran yang perlu sentiasa dihayati oleh warga 鶹.
“Sempena Majlis Penghayatan Nuzul Al-Quran 鶹 pada tahun ini, marilah kita sentiasa menjadikan petunjuk dan panduan dalam Al-Quran untuk diamalkan dalam urusan kerja kita di 鶹 ini.
“Penghayatan ini diharap akan melahirkan warga 鶹 yang bertakwa serta cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan di dunia dan akhirat,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penghayatan Nuzul Al Quran 鶹, di sini, semalam.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyerahan sumbangan zakat korporat oleh Bank Islam dan wakaf peralatan perubatan oleh Bank Rakyat.
“Terima kasih juga kepada pihak Bank Islam dan Bank Rakyat kerana sudi memberi sumbangan dalam bentuk zakat dan wakaf kepada 鶹. Semoga segala usaha yang dilakukan ini diberikan keberkatan dan ganjaran kebaikan oleh Allah SWT.
“Saya berharap program ini dapat mendekatkan lagi diri kita untuk menjadikan Al Quran sebagai amalan dan rujukan utama dalam mencari keredhaan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul-Nya,” katanya.
Pada majlis itu juga, Pengarah Pusat Islam, Dr. Wan Haslan Khairuddin menyampaikan replika cek agihan zakat tahun 2022 yang berjumlah RM5,803,989.10 kepada 鶹, manakala kutipan zakat 鶹 pada 2022 adalah berjumlah RM13,344,513.32.
Seramai tiga orang asnaf dari kalangan warga 鶹 turut diberi sumbangan hari raya. Majlis Penghayatan Nuzul Al-Quran 鶹 itu turut dipenuhi dengan Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang dijayakan oleh Persatuan Muslimat Bandar Baru Bangi. Pada sebelah paginya, turut diadakan program Bubur Lambuk Perdana yang diusahakan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Kesatuan Kakitangan Am 鶹 (KES鶹A), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas 鶹 (PERTADI) serta CUEPACS.


