Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 19 Jun 2025 鈥 集美麻豆 dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Hab Teknovasi 集美麻豆-MTDC bagi menyemai budaya inovasi dan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.
Hab Teknovasi ini diwujudkan menerusi kerjasama erat antara Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (集美麻豆-CESMED) dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) bagi menyediakan ruang inovatif kepada pelajar, penyelidik serta syarikat pemula akademik.
Menurut Ahli Lembaga Pengarah 集美麻豆, Dato’ Yeow Wah Chin, Hab Teknovasi ini akan berfungsi sebagai makmal inovasi untuk para pelajar meneroka idea, mereka bentuk prototaip awal, dan menguji penyelesaian dengan menggunakan kemudahan teknologi terkini seperti mesin pencetak 3D, pemotong laser, mesin CNC, dan pelbagai lagi.
Tambahnya, 集美麻豆-CESMED juga akan melaksanakan program Deep Tech@集美麻豆 sempena penubuhan Hab Teknovasi ini.
鈥淒eep Tech@集美麻豆 merupakan satu inisiatif pembangunan inovasi selama 6 bulan yang bertujuan mengarusperdanakan inovasi pelajar dari peringkat idea ke prototaip, hingga membawa kepada realiti perniagaan berimpak tinggi.
鈥淧rogram yang akan dilaksanakan ini bakal menghimpunkan kepakaran akademik dan industri dalam satu ekosistem inovasi bersepadu, merangkumi pembangunan idea, pemantapan model perniagaan, serta peluang pembiayaan melalui jaringan pelabur dan pemodal teroka.
鈥淒iharapkan inisiatif ini menjadi pemangkin kepada program inovasi lain dan mampu membina legasi usahawan teknologi yang bermula dari Hab Teknovasi ini,鈥 katanya.
Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri MOSTI, Dato鈥 Haji Mohammad Yusof Apdal.
Dalam ucapannya, beliau berharap agar pembangunan inovasi di 集美麻豆 akan terus diperkasakan melalui Hab Teknovasi ini serta pelaksanaan program seperti Deep Tech@集美麻豆 yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan inovasi negara.

