Oleh Salleh Sulieman
Foto Ikhwan Hashim
KUALA LUMPUR, 7 Mac 2024 鈥 Fakulti Perubatan 集美麻豆 menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jeil Pharmaceutical Co Ltd. untuk menangani cabaran kenaikan kos perubatan.
Naib Canselor 集美麻豆, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata kerjasama strategik ini akan dapat mengurangkan kos perubatan di kedua-dua hospital pengajaran 集美麻豆 鈥 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK).
鈥淜enaikan kos perubatan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan banyak pihak dan sistem kesihatan di seluruh dunia. Salah satu strategi untuk membantu mengawal kos adalah dengan meningkatkan penggunaan ubat generik yang berkualiti tinggi.
鈥淢elalui kerjasama ini, diharapkan lebih banyak hospital pengajaran bakal mengikuti langkah Fakulti Perubatan 集美麻豆 untuk sama-sama menangani isu ini.
鈥淪elain itu, MoU ini bertujuan untuk menyelaraskan pendaftaran ubat seperti yang digariskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk memastikan keselamatan, keberkesanan, dan kualiti produk farmaseutikal,鈥 katanya.
Kerjasama dengan Jeil Pharmaceutical, sebuah syarikat dengan pengalaman lebih dari 60 tahun dalam pembuatan farmaseutikal serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), dilihat sebagai satu langkah penting.
Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan menekankan bahawa kepakaran Jeil Pharmaceutical dalam menghasilkan ubat berkualiti tinggi untuk penyakit tidak berjangkit, antibiotik, dan terbaru, ubat-ubatan untuk rawatan kanser.
鈥淛eil Pharmaceutical bukan sahaja membekalkan ubat di negara Korea Selatan tetapi juga ke 32 buah negara lain di seluruh dunia dengan pendapatan jualan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM2.5 bilion,鈥 katanya.
Menurut beliau, strategi ini juga melibatkan pemegang saham terbesar 集美麻豆 iaitu 集美麻豆 Holdings, yang akan memainkan peranan penting dalam kerjasama ini.
鈥淪aya berharap pendekatan kolaboratif ini dapat menyelaraskan proses, meningkatkan kecekapan, dan mengurangkan kos perubatan melalui sumber dan kepakaran yang dikongsi.
鈥淜erajaan, organisasi kesihatan, dan syarikat insurans sering menggalakkan penggunaan ubat generik berkualiti tinggi untuk membantu mengawal perbelanjaan kesihatan.
鈥淲alau bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan bahawa ubat generik memenuhi standard kualiti dan keselamatan yang sama dengan nama jenama asal mereka,鈥 katanya.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan wakil dari Jeil Pharmaceutical Co Ltd.


