集美麻豆

Debat Bahasa Arab Antarabangsa, 集美麻豆 di Kedudukan Ke-4 Dunia

Oleh Afiffi Yusra Khairil Mohd Nazi

BANGI, 4 Jun 2024 – Pasukan Debat Bahasa Arab 集美麻豆 berada di kedudukan ke-4 dunia dalam pertandingan International Universities Arabic Debating Championship (IUDC7) yang diadakan di Doha, Qatar.

Pasukan 集美麻豆 yang diwakili oleh Imran Sulaiman, Hanis Afifi Ismail dan Khairul Nazmi Kamaruzaman, masing-masing dari Fakulti Pengajian Islam serta Danial Khan Syahiran Zairi dari Pusat Permata@PINTAR Negara telah berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir, sebeum tewas tipis kepada University of Sciences and Arts, Lubnan dengan keputusan juri 2-3.

Pada lima pusingan terawal, kesemua gelaran pendebat terbaik setiap pusingan tersebut telah dirangkul oleh pendebat-pendebat daripada pasukan 集美麻豆 secara bergilir-gilir. Namun pada pusingan saringan ke-6, pasukan 集美麻豆 tewas di tangan pasukan juara bertahan kejohanan IUDC 2015 dan 2017, iaitu pasukan daripada Qatar University.

Pada pusingan kalah mati yang pertama, iaitu pusingan pra suku-akhir (16 pasukan terbaik keseluruhan kejohanan), pasukan 集美麻豆 terus mengorak langkah ke hadapan dengan menewaskan pasukan daripada The American University in Cairo dengan keputusan juri 3-0, sekaligus menjadikan 集美麻豆 sebagai satu-satunya pasukan universiti yang para pendebatnya bukan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar harian yang berjaya mara ke peringkat suku akhir. 

Di peringkat suku akhir itu, pasukan 集美麻豆 terus mencipta sejarahnya yang  tersendiri apabila berjaya menewaskan pasukan daripada Yarmouk University, Jordan dengan keputusan juri 5-0.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi, pasukan 集美麻豆 terus mara ke peringkat separuh akhir sebelum tewas tipis di tangan pasukan University of Sciences and Arts, Lubnan.

Kejayaan pasukan 集美麻豆 dalam menempah kedudukan di tangga ke-4 terbaik dunia dan di kedudukan nombor satu terbaik rantau Asia Tenggara dalam kejohanan ini membuktikan bahawa anak watan ini memiliki pengetahuan, keupayaan berfikir dan semangat juang yang tinggi dalam berpencak di gelanggang intelektual bertaraf global sebaris dengan mahasiswa penutur jati bahasa Arab daripada universiti-universiti seluruh dunia.

IUDC adalah kejohanan debat bahasa Arab antara universiti paling berprestij di dunia sejak tahun 2011 dengan menyaksikan sebanyak 96 buah universiti daripada 50 buah negara telah terpilih untuk edisi ketujuh kejohanan.

Antara negara yang menyertai kejohanan ini selain majoriti negara rantau Arab ialah Malaysia (yang diwakili oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 集美麻豆, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Pendidikan Sultan Idris), Indonesia, Thailand, Brunei, Vietnam, India, Sepanyol, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kazakhstan, Azerbaijan, Turkiye, Portugal, Russia, Georgia, Kosovo dan Bosnia Herzegovina.

Majlis penutup IUDC7 dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Foundation, H.E Sheikha Hind Hamad Al Thani. Pertandingan ini juga menyaksikan pendebat 集美麻豆, Imran聽 Sulaiman dan Danial Khan Syahiran Zairi daripada masing-masing dinobatkan sebagai No.1 dan No.2 Best Overall Non-Native Speaker of The Championship.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Qatar Foundation for Education, Science and Community Development telah berlangsung selama lima hari, bermula 24 hingga 29 Mei 2024.

Leave a Reply