Penyelidikan Archives - Berita 鶹 /beritaukm/category/penyelidikan/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Wed, 01 Jul 2026 04:36:24 +0000 en-US hourly 1 Reformulasi Produk Makanan Pendekatan Praktikal Bantu Pengguna Kurang Pengambilan Garam /beritaukm/reformulasi-produk-makanan-pendekatan-praktikal-bantu-pengguna-kurang-pengambilan-garam/ /beritaukm/reformulasi-produk-makanan-pendekatan-praktikal-bantu-pengguna-kurang-pengambilan-garam/#respond Wed, 01 Jul 2026 04:36:22 +0000 /beritaukm/?p=4911 Oleh Syazwani Mastor SERDANG, 1 Julai 2026 – Malaysia masih berdepan cabaran pengambilan garam yang tinggi apabila purata pengambilan garam harian rakyat dianggarkan sebanyak 7.3 gram sehari dan melebihi saranan…

The post Reformulasi Produk Makanan Pendekatan Praktikal Bantu Pengguna Kurang Pengambilan Garam appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Syazwani Mastor

SERDANG, 1 Julai 2026 – Malaysia masih berdepan cabaran pengambilan garam yang tinggi apabila purata pengambilan garam harian rakyat dianggarkan sebanyak 7.3 gram sehari dan melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang daripada lima gram sehari.

Dekan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) merangkap Ketua projek penyelidikan Strengthening Salt Reduction Policy for Malaysia through Maximum Salt Targets, Prof. Dr. Suzana Shahar berkata pengambilan garam berlebihan merupakan antara faktor risiko utama kepada penyakit kardiovaskular dan hipertensi sekali gus memerlukan tindakan yang bersepadu melibatkan pelbagai pihak.

“Reformulasi produk makanan merupakan salah satu pendekatan yang praktikal dan mampan untuk membantu pengguna mengurangkan pengambilan garam tanpa perlu mengubah tabiat pemakanan secara ketara.

“Usaha ini memerlukan kerjasama erat antara penyelidik, agensi kerajaan dan pemain industri makanan,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Bengkel Pengurangan Garam dalam Kategori Makanan Terpilih melalui Kerangka 100 Hari, baru-baru ini.

Melalui bengkel itu beliau berharap peserta dapat membangunkan model reformulasi yang lebih sistematik, praktikal dan mampan seterusnya boleh diperluaskan ke seluruh negara bagi menyokong agenda nasional pengurangan garam.

Bengkel Pengurangan Garam dalam Kategori Makanan Terpilih melalui Kerangka 100 Hari diadakan bagi memperkukuh usaha nasional dalam mengurangkan pengambilan garam rakyat Malaysia melalui pembangunan sasaran kandungan garam maksimum serta pelaksanaan strategi reformulasi bagi kategori makanan terpilih.

Program itu menjadi platform mempererat kerjasama antara institusi penyelidikan, agensi kerajaan dan industri makanan dalam menghasilkan produk yang lebih sihat serta menyokong agenda pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Bengkel yang turut mendapat sokongan daripada lebih 15 syarikat industri makanan itu diadakan oleh Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE), FSK Universaiti Kebangsaan Malaysia (鶹) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

Hasil daripada bengkel ini diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama antara penyelidik, agensi kerajaan dan industri makanan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan produk makanan yang lebih sihat serta mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia.

The post Reformulasi Produk Makanan Pendekatan Praktikal Bantu Pengguna Kurang Pengambilan Garam appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/reformulasi-produk-makanan-pendekatan-praktikal-bantu-pengguna-kurang-pengambilan-garam/feed/ 0
鶹 Terajui Kajian Antarabangsa Bernilai £1.8 Juta, Tangani Isu Hutan Bakau, Iklim dan Kesihatan /beritaukm/ukm-terajui-kajian-antarabangsa-bernilai-1-8-juta-tangani-isu-hutan-bakau-iklim-dan-kesihatan/ /beritaukm/ukm-terajui-kajian-antarabangsa-bernilai-1-8-juta-tangani-isu-hutan-bakau-iklim-dan-kesihatan/#respond Tue, 30 Jun 2026 04:59:15 +0000 /beritaukm/?p=4889 BANGI, 29 Jun 2026 – Sekumpulan penyelidik dari 鶹 berjaya memperoleh geran penyelidikan antarabangsa bernilai £1.8 juta (kira-kira RM10.3 juta ) bagi menjalankan kajian bertajuk Mangrove Conservation…

The post 鶹 Terajui Kajian Antarabangsa Bernilai £1.8 Juta, Tangani Isu Hutan Bakau, Iklim dan Kesihatan appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGI, 29 Jun 2026 – Sekumpulan penyelidik dari 鶹 berjaya memperoleh geran penyelidikan antarabangsa bernilai £1.8 juta (kira-kira RM10.3 juta ) bagi menjalankan kajian bertajuk Mangrove Conservation for Planetary Health: Quantifying Climate, Health and Socioeconomic Impacts in Protected Mangrove Ecosystems.

Melalui geran yang diperoleh daripada Wellcome Trust, iaitu organisasi penyelidikan kesihatan global berpangkalan di United Kingdom itu, pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Nur Hazlin Hazrin Chong dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi akan menjalankan kajian berkenaan penyelesaian isu iklim dan kesihatan di negara membangun yang berpotensi memberi impak besar di peringkat global.

Menurut Dr Nur Hazlin, kajian itu memberi tumpuan kepada tiga komponen utama, iaitu iklim dan persekitaran, kesihatan awam, serta kesejahteraan sosioekonomi komuniti yang tinggal di dalam dan berhampiran kawasan hutan bakau terlindung.

“Hutan bakau merupakan antara ekosistem pesisir yang paling penting di dunia. Selain menyimpan karbon dalam jumlah yang tinggi, hutan bakau juga berperanan sebagai benteng semula jadi yang melindungi komuniti pesisir daripada kesan bencana alam, di samping menyokong sumber pendapatan dan kehidupan masyarakat setempat.

“Namun, manfaat hutan bakau terhadap iklim, kesihatan dan komuniti masih perlu difahami dan diukur dengan lebih menyeluruh,” katanya.

Melalui projek ini, Dr. Nur Hazlin dan pasukannya yang terdiri daripada pakar bidang sains iklim dan persekitaran, kesihatan awam, mikrobiologi, ekologi, sosiologi serta antropologi akan meneliti hubungan antara pemuliharaan hutan bakau dengan kesihatan planet secara lebih holistik.

“Kajian ini tidak melihat isu iklim dan kesihatan sebagai dua perkara yang berasingan, sebaliknya sebagai satu sistem yang saling berkait.

“Pendekatan ini membolehkan penyelidik menilai pelbagai aspek penting, termasuk penyimpanan karbon, pendedahan kepada pencemaran dan risiko penyakit, perlindungan kawasan pesisir serta daya tahan komuniti tempatan,” ujarnya.

Selain menghasilkan data saintifik, beliau berkata projek itu juga memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan penyelidikan tempatan.

“Ia akan melatih penyelidik muda, juruteknik lapangan, pengurus projek dan pelajar dalam kaedah penyelidikan merentas disiplin yang berteraskan penglibatan komuniti.”

“Data, peta dan analisis yang dijana melalui projek ini juga dijangka dapat menyokong perancangan dasar berkaitan adaptasi iklim, pemuliharaan ekosistem dan kesihatan awam,” katanya.

Menurut Dr Nur Hazlin lagi, projek tersebut membuka ruang kerjasama yang luas antara universiti, agensi kerajaan, badan pemuliharaan, komuniti setempat dan rakan serantau.

“Kerjasama ini penting bagi memastikan dapatan penyelidikan bukan sahaja menyumbang kepada ilmu pengetahuan, malah dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada masyarakat,” katanya.

Dengan menerajui projek antarabangsa ini, 鶹 terus memperkukuh peranannya sebagai universiti penyelidikan yang menyumbang kepada penyelesaian cabaran global.

Projek ini juga meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang berpotensi menawarkan model penyelidikan iklim-kesihatan berasaskan ekosistem bakau kepada dunia.

The post 鶹 Terajui Kajian Antarabangsa Bernilai £1.8 Juta, Tangani Isu Hutan Bakau, Iklim dan Kesihatan appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-terajui-kajian-antarabangsa-bernilai-1-8-juta-tangani-isu-hutan-bakau-iklim-dan-kesihatan/feed/ 0
Satu daripada 10 Lelaki Muda Mempunyai Sperma Tidak Berkualiti /beritaukm/satu-daripada-10-lelaki-muda-mempunyai-sperma-tidak-berkualiti/ /beritaukm/satu-daripada-10-lelaki-muda-mempunyai-sperma-tidak-berkualiti/#respond Mon, 15 Jun 2026 01:39:06 +0000 /beritaukm/?p=4790 Oleh Dr Faizul JaafarFakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekali pandang, ramai lelaki muda kelihatan sihat, cergas dan maskulin. Namun, di sebalik penampilan fizikal yang meyakinkan itu, wujud satu realiti kesihatan…

The post Satu daripada 10 Lelaki Muda Mempunyai Sperma Tidak Berkualiti appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Dr Faizul Jaafar
Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sekali pandang, ramai lelaki muda kelihatan sihat, cergas dan maskulin. Namun, di sebalik penampilan fizikal yang meyakinkan itu, wujud satu realiti kesihatan lelaki yang masih jarang dibincangkan secara terbuka.

Realiti tersebut ialah kualiti air mani dan kesihatan sperma yang rendah boleh berlaku seawal usia 20-an.

Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa satu daripada 10 lelaki muda telah menunjukkan kualiti air mani yang rendah. Lebih membimbangkan lagi, sebahagian daripada mereka yang dikenal pasti mempunyai kualiti air mani rendah sebenarnya kelihatan sihat dari segi fizikal.

Malah, 50 peratus daripada peserta yang mempunyai kualiti air mani rendah mencatatkan indeks jisim badan atau body mass index (BMI) yang normal. Dapatan ini mencabar tanggapan umum bahawa lelaki yang mempunyai bacaan BMI normal semestinya memiliki tahap kesihatan reproduktif yang baik.

Ini menunjukkan bahawa kesihatan lelaki tidak boleh hanya bergantung kepada berat badan, rupa fizikal atau tahap kecergasan luaran. Kesihatan reproduktif lelaki juga perlu dilihat sebagai sebahagian daripada kesihatan menyeluruh.

Isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Kajian dalam kalangan lelaki muda di China dan Switzerland turut melaporkan kadar kualiti air mani yang rendah pada tahap yang membimbangkan pada sekitar 58 peratus hingga 62 peratus.

Faktor tersembunyi seperti perubahan hormon, tekanan psikologi, dan faktor gaya hidup seperti masalah tidur, pemakanan tidak seimbang, merokok dan obesiti boleh mempengaruhi kualiti sperma.

Pendedahan kepada haba berlebihan seperti sauna dan pemakaian seluar dalam ketat, penggunaan dadah tertentu, kurang aktiviti fizikal dan  penyakit kronik juga boleh memberi kesan kepada kesihatan reproduktif lelaki.

Dalam erti kata lain, sperma yang tidak sihat mungkin menjadi isyarat awal bahawa tubuh lelaki sedang berdepan masalah kesihatan yang belum kelihatan secara luaran. Oleh itu, pendidikan kesihatan reproduktif lelaki perlu dimulakan lebih awal.

Penurunan kualiti sperma dalam kalangan lelaki muda bukan lagi isu terpencil. Ia semakin menjadi satu cabaran kesihatan awam yang memerlukan perhatian serius daripada keluarga, institusi pendidikan, penyelidik, pengamal perubatan dan pembuat dasar.

Dalam konteks Malaysia, cabaran ini menjadi lebih kompleks kerana kesihatan reproduktif lelaki masih dianggap sebagai topik sensitif. Ramai lelaki hanya mula memikirkan tentang kesuburan selepas berkahwin.

Pada masa yang sama, trend perkahwinan lewat semakin meningkat dalam kalangan generasi muda. Apabila ujian kesuburan hanya dilakukan selepas beberapa tahun berkahwin dan belum dikurniakan zuriat, masalah yang sebenarnya mungkin telah wujud sejak usia muda akhirnya hanya dikesan lewat.

Lebih membimbangkan, masyarakat kita masih cenderung meletakkan beban kesuburan kepada wanita. Apabila pasangan sukar mendapat zuriat, wanita sering kali menjadi pihak pertama yang diperiksa, dipersoalkan atau dipersalahkan.

Situasi ini membawa kepada tekanan emosi, stigma keluarga, kos rawatan yang tinggi dan beban tambahan terhadap institusi keluarga. Keadaan ini menunjukkan bahawa pencegahan awal jauh lebih baik sebelum masalah menjadi rumit.

Naratif berat sebelah terhadap wanita perlu diubah. Kesuburan adalah tanggungjawab bersama antara lelaki dan wanita. Lelaki juga perlu berani tampil untuk melakukan pemeriksaan kesihatan reproduktif tanpa rasa malu, ego atau takut dianggap lemah.

Pemeriksaan awal bukan tanda kelemahan lelaki. Sebaliknya, ia mencerminkan kematangan, tanggungjawab dan kesedaran terhadap masa depan keluarga.

Dr Faizul Jaafar, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

The post Satu daripada 10 Lelaki Muda Mempunyai Sperma Tidak Berkualiti appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/satu-daripada-10-lelaki-muda-mempunyai-sperma-tidak-berkualiti/feed/ 0
Penyelidik 鶹 Terbit Kajian Bioteknologi di Jurnal Antarabangsa Terkemuka /beritaukm/penyelidik-ukm-terbit-kajian-bioteknologi-di-jurnal-antarabangsa-terkemuka/ /beritaukm/penyelidik-ukm-terbit-kajian-bioteknologi-di-jurnal-antarabangsa-terkemuka/#respond Fri, 05 Jun 2026 01:48:19 +0000 /beritaukm/?p=4733 BANGI, 26 Mei 2026 — Penyelidik 鶹, Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Ramzi dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) menjadi penyelidik pertama universiti itu menerbitkan artikel dalam jurnal…

The post Penyelidik 鶹 Terbit Kajian Bioteknologi di Jurnal Antarabangsa Terkemuka appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGI, 26 Mei 2026 — Penyelidik 鶹, Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Ramzi dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) menjadi penyelidik pertama universiti itu menerbitkan artikel dalam jurnal berprestij dunia, Nature Biotechnology, yang berada di kedudukan nombor satu dunia dalam bidang bioteknologi.

Penerbitan bertajuk “A framework for building a synthetic cell from the SynCell Asia Initiative” itu diterbitkan pada 26 Mei 2026 melalui kerjasama penyelidik dari Malaysia, China, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand.

Kajian tersebut mengetengahkan pembangunan teknologi sel buatan atau “synthetic cell” yang berpotensi membantu penyelidikan dalam bidang kesihatan, makanan, alam sekitar dan bioteknologi pada masa hadapan.

Menurut Ahmad Bazli, penerbitan tersebut menggariskan pelan hala tuju 10 tahun SynCell Asia Initiative dalam membangunkan sel buatan menggunakan teknologi terkehadapan dalam bidang Sel dan Biologi Sintetik.

“Penerbitan hasil konsortium antarabangsa yang diterajui oleh saintis-saintis daripada SynCell Asia Initiative dan Asian Synthetic Biology Association (ASBA) ini mempelopori model baharu bagi kolaborasi rentas sempadan, infrastruktur gunasama dan penggunaan standard terbuka.

“Berbanding dengan pendekatan sedia ada dari konsortium Sel Sintetik di US dan Eropah, rangka kerja SynCell Asia Initiative ini melibatkan penggunaan biofoundry iaitu infrastruktur automatik dan bersepadu, antara ahli konsortium bagi pembangunan sel buatan secara bersepadu, seragam dan berpandukan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Tambahnya, INBIOSIS turut menempatkan 鶹 Biofoundry dan infrastruktur analisis biologi sistem dan bioinformatik yang penting dalam menjalankan kajian bioteknologi moden berpandukan AI masa kini.

“Melalui 鶹 Biofoundry, pembabitan kumpulan penyelidikan tempatan dalam penyelidikan berimpak tinggi ini dijangka menyemarakkan pemajuan bidang-bidang transformatif seperti perubatan jitu, bio-pembuatan dan bio-automasi,” katanya.

Dr. Bazli berkata penglibatan tersebut turut menunjukkan bahawa kepakaran penyelidik Malaysia mampu menyumbang dalam inisiatif penyelidikan terkehadapan bertaraf global.

“Penglibatan 鶹 dalam inisiatif ini membolehkan penyelidik tempatan untuk bekerjasama secara langsung dengan rangkaian saintis antarabangsa dalam membangunkan teknologi biologi generasi baharu,” katanya.

The post Penyelidik 鶹 Terbit Kajian Bioteknologi di Jurnal Antarabangsa Terkemuka appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/penyelidik-ukm-terbit-kajian-bioteknologi-di-jurnal-antarabangsa-terkemuka/feed/ 0
Penyelidik 鶹 Jalankan Eksperimen Sains Bahan Kuantum di ISIS Neutron and Muon Source /beritaukm/penyelidik-ukm-jalankan-eksperimen-sains-bahan-kuantum-di-isis-neutron-and-muon-source/ /beritaukm/penyelidik-ukm-jalankan-eksperimen-sains-bahan-kuantum-di-isis-neutron-and-muon-source/#respond Thu, 21 May 2026 00:30:03 +0000 /beritaukm/?p=4709 Oleh Oleh Dr Muhammad Siddiq Fadhil Sutrisno DIDCOT, OXFORDSHIRE, 19 Mei 2026 – Dua penyelidik dari Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, 鶹 melaksanakan eksperimen penyelidikan…

The post Penyelidik 鶹 Jalankan Eksperimen Sains Bahan Kuantum di ISIS Neutron and Muon Source appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Oleh Dr Muhammad Siddiq Fadhil Sutrisno

DIDCOT, OXFORDSHIRE, 19 Mei 2026 – Dua penyelidik dari Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, 鶹 melaksanakan eksperimen penyelidikan sains bahan kuantum di ISIS Neutron and Muon Source iaitu salah satu kemudahan sumber neutron paling maju di dunia.

Eksperimen yang berlangsung dari 5 hingga 14 Mei 2026 itu dikendalikan oleh Science and Technology Facilities Council di bawah UK Research and Innovation di Makmal Rutherford Appleton, Oxfordshire.

Penyelidikan tersebut melibatkan Dr Muhammad Siddiq Fadhil Sutrisno dan Dr Muhammad Asif Ahmad Khusaini yang menjalankan kajian menggunakan instrumen MARI, iaitu spektrometer neutron berkepekaan tinggi bagi meneliti sifat bahan teknologi kuantum yang berpotensi digunakan dalam pembangunan pemancar foton tunggal.

Menurut Dr Muhammad Asif, bahan teknologi kuantum kini menjadi tumpuan dunia kerana potensinya dalam pembangunan komunikasi kuantum, pengkomputeran kuantum serta teknologi penderiaan optik berketepatan tinggi.

“Kajian menggunakan neutron membolehkan saintis memahami tingkah laku atom dan getaran (fonon) kekisi bahan pada skala kuantum,” katanya.

Dr Muhammad Asif berkata penyelidikan itu bukan sahaja menghasilkan data saintifik baharu, malah membuka ruang jaringan kerjasama antarabangsa dan pengalaman penyelidikan berteknologi tinggi kepada penyelidik 鶹.

“Kami pulang bukan sekadar membawa data, tetapi juga pengalaman, jaringan penyelidikan dan keyakinan bahawa penyelidikan yang dibangunkan di 鶹 mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Antara dapatan awal eksperimen ialah pemetaan faktor struktur dinamik S(Q,E) bagi kaca tellurite pada suhu 6 Kelvin.

Analisis tersebut berjaya mengenal pasti beberapa ciri spektrum utama yang berkait dengan getaran (fonon) struktur bahan, termasuk parameter penting yang menentukan potensi bahan itu sebagai pelantar hos pemancar foton tunggal.

Data eksperimen kini sedang dianalisis di 鶹 dan hasil kajian dijangka diterbitkan dalam jurnal saintifik antarabangsa berimpak tinggi.

Sepanjang eksperimen dijalankan, kumpulan penyelidik 鶹 dibimbing oleh saintis instrumen MARI, Dr Gøran Nilsen yang mempunyai kepakaran dalam bidang fizik magnet eksotik dan cecair spin kuantum.

Menurut beliau, akses kepada kemudahan sumber neutron bertaraf antarabangsa seperti ISIS membuka peluang kepada saintis untuk menjalankan penyelidikan yang sukar dilaksanakan di makmal biasa.

“Kemudahan seperti ini membolehkan persoalan saintifik kompleks diterokai dengan lebih mendalam melalui teknologi neutron berketepatan tinggi,” katanya.

Kumpulan penyelidik 鶹 turut mengadakan sesi perbincangan bersama Dr Philip King, Pengarah Bersekutu (Perkongsian dan Program) di ISIS Neutron and Muon Source, bagi meneroka potensi kerjasama penyelidikan jangka panjang antara ISIS dan komuniti saintifik Malaysia.

The post Penyelidik 鶹 Jalankan Eksperimen Sains Bahan Kuantum di ISIS Neutron and Muon Source appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/penyelidik-ukm-jalankan-eksperimen-sains-bahan-kuantum-di-isis-neutron-and-muon-source/feed/ 0
Gangguan Deria Bau Jejas Emosi dan Keyakinan Diri /beritaukm/gangguan-deria-bau-jejas-emosi-dan-keyakinan-diri/ /beritaukm/gangguan-deria-bau-jejas-emosi-dan-keyakinan-diri/#respond Fri, 15 May 2026 02:38:00 +0000 /beritaukm/?p=4665 Oleh Murniati Abu KarimFoto Izwan Azman Gangguan deria bau sering dianggap perkara kecil namun, ia mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan seseorang dari sudut emosi, keyakinan diri dan hubungan sosial.…

The post Gangguan Deria Bau Jejas Emosi dan Keyakinan Diri appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

Gangguan deria bau sering dianggap perkara kecil namun, ia mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan seseorang dari sudut emosi, keyakinan diri dan hubungan sosial.

Prof. Dr. Salina Husain dari Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher, Fakulti Perubatan 鶹 berkata kehilangan keupayaan menghidu boleh menimbulkan rasa takut, terasing dan tekanan emosi kerana individu tidak lagi mampu mengenal pasti bau di sekeliling termasuk bau badan sendiri.

““Kalau kehilangan deria bau sepenuhnya, ada pesakit jadi takut untuk bergaul sebab dia tidak tahu sama ada dirinya berbau atau tidak. Mereka jadi kurang keyakinan diri, suka menyendiri dan lama-kelamaan boleh mengalami kemurungan dan cenderung untuk membunuh diri.

“Selain itu, kajian oleh Keaveny yang diterbitkan pada tahun 2021 mendapati bau badan yang tidak menyenangkan dan penjagaan kebersihan diri yang tidak teratur boleh  merosakkan perhubungan, bahkan boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga,” katanya.

Di samping itu, Prof. Dr. Salina Husain berkata gangguan deria bau turut menyebabkan makanan terasa hambar dan tawar kerana seseorang tidak lagi dapat menikmati aroma makanan seperti biasa.

“Deria bau memainkan peranan penting dalam meningkatkan kenikmatan rasa makanan.

“Ia juga membantu mengesan potensi bahaya kesihatan seperti makanan basi atau busuk serta bahaya persekitaran seperti kebocoran gas yang boleh menyebabkan kebakaran di rumah,” jelas beliau ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk  “Permasalahan Deria Bau: Rawatan dan Inovasi”.

Salah satu penyakit radang hidung adalah alahan hidung atau rinitis alergi, jelasnya.

“70 peratus pesakit alahan hidung tahap sederhana dan teruk mengalami masalah kekurangan bau.

“Gejala lain adalah kerap bersin, gatal, hidung berair dan hidung tersumbat,” katanya.

Tambah beliau, rawatan terkini untuk alahan hidung adalah imunoterapi alergen dan 鶹 merupakan perintis untuk rawatan ini di Malaysia.

“Pesakit alahan hidung tahap teruk beserta alahan mata atau alahan kulit atau asma dengan ujian menunjukkan alahan kepada hama disarankan rawatan imunoterapi.

“Cara penggunaannya adalah pil atau semburan di bawah lidah sekali sehari selama tiga tahun.

“Rawatan ini akan meningkatkan imuniti terhadap hama. Pesakit akan bebas dari gejala alahan dalam jangka masa panjang iaitu selama 5-10 tahun.

“Rawatan juga boleh mencegah serangan asma di masa akan datang,” katanya.

Dr. Salina berkata kajian ini menunjukkan gejala alahan seperti gatal hidung, bersin, hidung tersumbat dan juga gatal mata dan gatal kulit, beserta dengan masalah tidur yang tidak nyenyak dan emosi negatif, telah berkurangan secara signifikan selepas tiga bulan menjalani rawatan imunoterapi.

Menurutnya, lebih 95 peratus pesakit tidak lagi bergantung kepada semburan steroid dan pil antihistamin selepas enam bulan rawatan.

The post Gangguan Deria Bau Jejas Emosi dan Keyakinan Diri appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/gangguan-deria-bau-jejas-emosi-dan-keyakinan-diri/feed/ 0
Lebih Satu Pertiga Wanita dengan MRKH Alami Kebimbangan dan Kemurungan /beritaukm/lebih-satu-pertiga-wanita-dengan-mrkh-alami-kebimbangan-dan-kemurungan/ /beritaukm/lebih-satu-pertiga-wanita-dengan-mrkh-alami-kebimbangan-dan-kemurungan/#respond Thu, 05 Mar 2026 05:14:11 +0000 /beritaukm/?p=4464 Oleh Khairatul Nadia Ramli. KUALA LUMPUR, 3 Mac 2026 — Kajian kolaboratif yang diterajui oleh 鶹 mendapati lebih satu per tiga wanita Malaysia yang menghidap Sindrom Ѳ-ǰ쾱ٲԲ-üٱ-Ჹܲ…

The post Lebih Satu Pertiga Wanita dengan MRKH Alami Kebimbangan dan Kemurungan appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Khairatul Nadia Ramli.

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2026 — Kajian kolaboratif yang diterajui oleh 鶹 mendapati lebih satu per tiga wanita Malaysia yang menghidap Sindrom Ѳ-ǰ쾱ٲԲ-üٱ-Ჹܲ (MRKH) dilaporkan mengalami masalah kebimbangan dan kemurungan.

MRKH adalah keadaan sejak lahir yang jarang berlaku, di mana seseorang wanita tidak mempunyai rahim dan sebahagian saluran faraj, walaupun rupa luaran dan ciri wanita adalah normal. Kebanyakan pesakit hanya mengetahui keadaan ini apabila mereka tidak datang haid ketika remaja.

Kajian ini telah dijalankan oleh pasukan penyelidik dari 鶹 yang terdiri daripada Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dari Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Dr. Loh Sweet Yi Esther bersama dengan Dr. Khailiyana Khairudin (Pakar O&G), Prof. Dr. Ani Amelia Dato’ Zainuddin dan Prof. Dr. Nur Azurah Abdul Ghani (Pakar Ginekologi Pediatrik & Remaja), Prof. Dr. Shamsul Azhar Shah (Pakar Perubatan Kesihatan Awam) serta Prof. Madya Dr. Tuti Iryani Mohd Daud (Pakar Psikiatri).

Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal perubatan antarabangsa pada tahun 2025 menerusi artikel yang bertajuk ‘Prevalence of Anxiety and Depression in Women with Ѳ-ǰ쾱ٲԲ-üٱ-Ჹܲ (MRKH) Syndrome in Malaysia’, sekaligus memberi gambaran jelas tentang cabaran kesihatan yang dihadapi oleh pesakit MRKH di negara ini.

Kajian tersebut melibatkan 77 wanita MRKH di seluruh Malaysia dengan purata umur sekitar 29 tahun. Kebanyakan mereka menerima diagnosis ketika berumur sekitar 20 tahun.

Menurut Dr. Esther, keputusan kajian menunjukkan kira-kira empat daripada 10 peserta mengalami simptom kebimbangan, manakala tiga daripada 10 menunjukkan tanda kemurungan.

“Ini menunjukkan sebahagian besar wanita MRKH berdepan tekanan emosi yang serius. Apabila seseorang menerima berita bahawa mereka tidak mempunyai rahim, kesannya bukan sahaja fizikal tetapi juga sangat mendalam dari segi perasaan dan keyakinan diri,” jelas beliau.

Kajian itu juga mendapati wanita MRKH daripada kumpulan berpendapatan rendah lebih mudah mengalami kemurungan berbanding mereka yang mempunyai pendapatan lebih tinggi. Peserta yang mengalami kebimbangan juga didapati lebih cenderung mengalami kemurungan pada masa yang sama.

Dr. Esther menegaskan bahawa pesakit MRKH bukan sahaja memerlukan rawatan perubatan, tetapi juga sokongan emosi dan kaunseling.

“Apabila diagnosis dibuat, pesakit memerlukan penerangan yang jelas, sokongan keluarga dan bantuan emosi.

“Sokongan ini sangat penting untuk membantu mereka menyesuaikan diri dan membina kehidupan yang positif,” katanya.

Beliau mencadangkan supaya pemeriksaan kesihatan emosi dibuat secara berkala kepada pesakit MRKH, dan sokongan psikologi disediakan sebagai sebahagian daripada penjagaan mereka.

Kajian ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa pesakit dengan keadaan jarang berlaku seperti MRKH memikul beban perasaan yang sering tersembunyi. Ekosistem sokongan dan empati adalah kunci utama untuk kesejahteraan menyeluruh mereka.

The post Lebih Satu Pertiga Wanita dengan MRKH Alami Kebimbangan dan Kemurungan appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/lebih-satu-pertiga-wanita-dengan-mrkh-alami-kebimbangan-dan-kemurungan/feed/ 0
Mahasiswa Perubatan 鶹 Guna AI Kurangkan Beban Kesihatan, Bantu Persediaan Kolonoskopi /beritaukm/mahasiswa-perubatan-ukm-guna-ai-kurangkan-beban-kesihatan-bantu-persediaan-kolonoskopi/ /beritaukm/mahasiswa-perubatan-ukm-guna-ai-kurangkan-beban-kesihatan-bantu-persediaan-kolonoskopi/#respond Mon, 09 Feb 2026 05:49:09 +0000 /beritaukm/?p=4402 Oleh Dr. Nabil Mohammad Azmi,Pakar Bedah dan Pensyarah,Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Fakulti Perubatan Ramai rakyat Malaysia tahu bahawa kolonoskopi mampu menyelamatkan nyawa dengan mengesan kanser usus besar dan…

The post Mahasiswa Perubatan 鶹 Guna AI Kurangkan Beban Kesihatan, Bantu Persediaan Kolonoskopi appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Dr. Nabil Mohammad Azmi,Pakar Bedah dan Pensyarah,Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Fakulti Perubatan

Ramai rakyat Malaysia tahu bahawa kolonoskopi mampu menyelamatkan nyawa dengan mengesan kanser usus besar dan rektum pada peringkat awal. Namun, apa yang tidak disedari masyarakat ialah kejayaan prosedur ini bergantung kepada satu perkara yang kelihatan sangat mudah iaitu tahap kebersihan usus sebelum kolonoskopi dilakukan.

Jika usus tidak dibersihkan dengan sempurna, doktor boleh terlepas polip berbahaya dan pesakit mungkin terpaksa mengulangi keseluruhan prosedur.

Menyedari masalah ini, satu pasukan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), 鶹 telah mengambil pendekatan lain iaitu menggunakan Kecerdasan Buatan (AI). Kajian mereka menilai sama ada penggunaan model bahasa besar (LLM) berasaskan ChatGPT yang direka khas mampu membimbing pesakit membuat persediaan kolonoskopi dengan lebih baik dan pemerhatian awal menunjukkan potensi yang besar.

Saya telah bekerjasama dengan sekumpulan mahasiswa perubatan untuk merangka, menjalankan dan menerbitkan kajian klinikal ini.

Untuk melaksanakannya, kami perlu mengimbangi inovasi dan keselamatan pesakit, menurut laporan kajian tersebut. Matlamat kajian adalah untuk melihat sama ada AI boleh memberi bimbingan langkah demi langkah dalam bahasa yang mudah dan mesra, seterusnya meningkatkan keyakinan dan pematuhan pesakit.

Projek ini bukan sekadar pencapaian teknologi ia membuktikan bahawa mahasiswa perubatan Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam kemajuan bidang kesihatan.

Para pelajar ini telah melalui keseluruhan proses penyelidikan yakni daripada tinjauan literatur, kelulusan etika, pengumpulan data sehinggalah ke penerbitan.

Walaupun berdepan cabaran, pasukan penyelidikan telah berjaya menyiapkan kajian dan seterusnya menerbit di jurnal sains. Mahasiswa tersebut telah juga memenangi hadiah tempat pertama kategori penyelidikan klinikal di Hari Penyelidikan Mahasiswa Perubatan 鶹 yang telah diadakan baru-baru ini.

Kajian mendapati bahawa sesi kaunseling menggunakan AI di klinik adalah sama tahap keberkesanannya dengan doktor terlatih. Ini berpotensi mengurangkan beban di klinik kerajaan yang sentiasa sibuk.

Tambahan pula, interaksi dengan AI tidak menjejaskan keselamatan atau meningkatkan kegelisahan pesakit sebelum menjalani prosedur. Malah, tahap kepuasan pesakit lebih tinggi berbanding kumpulan konvensional. Protokol kajian telah diterbitkan dalam jurnal saintifik. Kajian telah pun selesai dan hasil kajian sedang didalam peringkat penulisan untuk dihantar ke jurnal saintifik sebelum diterbitkan.

Bagaimana Kajian Ini Dilaksanakan

Pesakit yang menjalani kolonoskopi dipilih secara rawak untuk menerima sama ada kaunseling daripada doktor atau kaunseling digital melalui chatbot AI berasaskan ChatGPT

Chatbot tersebut memberi panduan tentang perubahan diet, masa pengambilan ubat julap, persediaan mental dan menjawab soalan secara langsung seperti pembantu maya. Apa yang menjadikan kajian ini unik ialah keterlibatan AI didalam aspek perawatan pesakit secara terus.

Walaibagaimanapun, AI ini bukan bermaksud menggantikan tugas doktor, sebaliknya bertindak sebagai ‘rakan digital’ yang membantu mengukuhkan arahan dan menyokong pesakit.

Interaksi ini berlaku secara semula jadi dan mudah difahami. Arahan yang jelas mengurangkan kekeliruan tentang apa yang boleh dimakan atau diminum  dan pada masa yang sama, kaunseling digital dapat disampaikan kepada lebih ramai pesakit tanpa menambah beban kerja petugas kesihatan.

Semasa kolonoskopi, doktor menggunakan tiub panjang dengan kamera kecil untuk mencari ketumbuhan dalam usus. Jika usus tidak cukup bersih, kamera tidak dapat melihat dengan jelas — walau sehebat mana pun kepakaran doktor. Ramai pesakit mengalami persediaan yang kurang baik bukan kerana tidak ambil peduli kerana arahan yang diberi mungkin terlalu kompleks untuk difahami. Ada juga yang berasa tidak pasti tentang makanan yang dibenarkan sebelum prosedur.

AI kini sudah menjadi sebahagian daripada landskap penjagaan kesihatan dan potensinya haruslah diteroka. AI tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan manusia, tetapi menyokongnya terutama untuk prosedur kompleks.

Jika kaunseling dibantu AI terus terbukti berkesan, Malaysia mungkin bakal menyaksikan pengurangan senarai menunggu untuk kolonoskopi ulangan, pengesanan kanser usus yang lebih awal dan pesakit yang lebih yakin serta memahami kesihatan mereka sendiri.

Pasukan penyelidik berharap teknologi ini dapat diperluas kepada prosedur lain termasuk telesurgeri dan kaunseling perubatan pelbagai tahap.

The post Mahasiswa Perubatan 鶹 Guna AI Kurangkan Beban Kesihatan, Bantu Persediaan Kolonoskopi appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/mahasiswa-perubatan-ukm-guna-ai-kurangkan-beban-kesihatan-bantu-persediaan-kolonoskopi/feed/ 0
Struktur Tulang Manusia Prasejarah Tiada Perbezaan Ketara dengan Manusia Moden /beritaukm/struktur-tulang-manusia-prasejarah-tiada-perbezaan-ketara-dengan-manusia-moden/ /beritaukm/struktur-tulang-manusia-prasejarah-tiada-perbezaan-ketara-dengan-manusia-moden/#respond Fri, 16 Jan 2026 07:06:10 +0000 /beritaukm/?p=4305 Oleh Asmahanim AmirFoto Shahiddan Saidi CHERAS, 16 Januari 2026 – Pasukan penyelidik perubatan 鶹 yang menjalankan kajian terhadap empat rangkat manusia prasejarah yang ditemui di Lembah Neggiri,…

The post Struktur Tulang Manusia Prasejarah Tiada Perbezaan Ketara dengan Manusia Moden appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

CHERAS, 16 Januari 2026 – Pasukan penyelidik perubatan 鶹 yang menjalankan kajian terhadap empat rangkat manusia prasejarah yang ditemui di Lembah Neggiri, iaitu Gua Chawan mendapati rupa bentuk dan struktur tulang manusia prasejarah tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding manusia moden.

Ketua Penyelidik, Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman dari Fakulti Perubatan berkata ketumpatan tulang dan struktur dalaman pada rangka manusia prasejarah juga hampir serupa apabila dibandingkan dengan sampel tulang manusia moden yang digunakan sebagai perbandingan.

“Ini menunjukkan bahawa tahap kesihatan tulang manusia prasejarah adalah setanding dengan manusia masa kini,” katanya dalam sidang media di Majlis Perasmian  Pameran Rangka Manusia Pra-Sejarah Di Muzium Anatomi Fakulti Perubatan, baru-baru ini.

Beliau berkata projek penyelidikan dengan tajuk Status Kesihatan Tulang Manusia Prasejarah di Semenanjung Malaysia yang dilakukan oleh kumpulan penyeliknya mendapati terdapat kekangan utama dalam kajian tersebut, iaitu saiz sampel yang kecil.

“Untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih kukuh dan menyeluruh, kajian ini memerlukan lebih banyak rangka manusia prasejarah serta sampel perbandingan daripada manusia moden yang sepadan dari segi umur, jantina dan etnik,” jelasnya.

Sementara itu, seorang penyelidik dari Fakulti Pergigian, Dr. Nor Atika Md Ashar, yang juga merupakan pakar Odontologi Forensik berkata daripada analisis gigi, didapati tahap kehausan gigi manusia prasejarah adalah lebih tinggi berbanding manusia moden.

“Hal ini dipercayai berkait rapat dengan gaya hidup mereka, di mana gigi bukan sahaja digunakan untuk makan makanan mentah dan kurang diproses, malah turut berfungsi sebagai alat dalam aktiviti harian, suatu konsep yang dikenali sebagai teeth as tools.

“Walaupun kami bukan pakar dalam aspek sosio-budaya, berdasarkan sudut pandang biologi, rangka-rangka ini menunjukkan bahawa manusia prasejarah berkemungkinan menjalani kehidupan yang aktif dan sihat, selari dengan gaya hidup sebagai pemburu yang memerlukan aktiviti fizikal yang tinggi serta pengambilan makanan semula jadi,” tambahnya.

Katanya, kajian yang dijalankan itu adalah membandingkan ciri-ciri biologi tulang manusia prasejarah secara sistematik dengan tulang manusia moden.

“Dari segi ketinggian pula, individu-individu prasejarah yang dikaji menunjukkan purata ketinggian yang hampir sama dengan populasi masa kini,” ujarnya.

Kajian itu adalah kerjasama dengan Pakar Arkeologi, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli, dengan sokongan erat daripada Jabatan Warisan Negara (JWN) yang melakukan ekskavasi di beberapa buah gua di Lembah Neggiri, termasuk Gua Chawan.

Rangka-rangka manusia yang ditemui telah melalui proses konservasi, pembersihan dan penyusunan rapi oleh pihak JWN sebelum diserahkan kepada pasukan penyelidik 鶹.

Setakat ini, empat rangka manusia prasejarah daripada Gua Chawan telah berjaya dikaji secara terperinci oleh pasukan penyelidik 鶹.

The post Struktur Tulang Manusia Prasejarah Tiada Perbezaan Ketara dengan Manusia Moden appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/struktur-tulang-manusia-prasejarah-tiada-perbezaan-ketara-dengan-manusia-moden/feed/ 0
Penyelidik 鶹 Bangunkan Protokol Diseksi Tulang Belakang untuk Kajian Sakit Belakang /beritaukm/penyelidik-ukm-bangunkan-protokol-diseksi-tulang-belakang-untuk-kajian-sakit-belakang/ /beritaukm/penyelidik-ukm-bangunkan-protokol-diseksi-tulang-belakang-untuk-kajian-sakit-belakang/#respond Fri, 24 Oct 2025 08:03:52 +0000 /beritaukm/?p=3904 Oleh Khairatul Nadia RamliFoto oleh Dr. Isma Liza Mohd Isa CHERAS, 24 Oktober 2025 – Penyelidik 鶹 yang diketuai oleh Pensyarah Kanan di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan,…

The post Penyelidik 鶹 Bangunkan Protokol Diseksi Tulang Belakang untuk Kajian Sakit Belakang appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Khairatul Nadia Ramli
Foto oleh Dr. Isma Liza Mohd Isa

CHERAS, 24 Oktober 2025 – Penyelidik 鶹 yang diketuai oleh Pensyarah Kanan di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Dr. Isma Liza Mohd Isa berjaya membangunkan satu protokol diseksi tulang belakang ke atas kadaver manusia bagi tujuan pengambilan tisu disk untuk penyelidikan penyakit degenerasi disk (slipped disc).

Menurut Dr Isma Liza, slipped disc adalah antara punca utama sakit belakang kronik di seluruh dunia.

“Pembangunan protokol ini dijangka memperkukuh usaha global dalam memahami mekanisme penyakit dan membangunkan terapi baharu bagi rawatan sakit belakang,” katanya.

Dr Isma Liza yang juga merupakan Pensyarah Kanan Kehormat dan Felo Penyelidik di CÚRAM Research Centre for Medical Devices, Pharmacology and Therapeutics, University of Galway, Ireland menjalankan kajian ini melalui geran penyelidikan Health Research Board (HRB), Ireland bernilai €0.8 juta yang diterima melalui Emerging Investigator Award for Health pada tahun 2022.

Anugerah berprestij ini diberikan kepada penyelidik berpotensi tinggi dalam bidang kesihatan bagi melahirkan penyelidik berdaya saing dan berimpak global.

Beliau berkata dana tersebut membolehkan pelaksanaan projek DISCPAIN, iaitu kajian berimpak tinggi yang bertujuan mengenal pasti penanda molekul penyakit degenerasi disk dan membangunkan model penyelidikan berasaskan tisu manusia sebenar.

“Protokol ini dibangunkan melalui kolaborasi antara University of Galway, 鶹 dan Silent Mentor Program, Universiti Malaya, yang membolehkan pengambilan tisu disk manusia sihat daripada kadaver tanpa penyakit tulang belakang dilakukan secara etika dan terkawal.

“Kajian prospektif selama setahun melibatkan diseksi ke atas tiga belas kadaver manusia tanpa proses pengawetan, dengan kebenaran penuh keluarga penderma tubuh.

“Semua prosedur dijalankan mengikut garis panduan etika dan protokol pendermaan tubuh manusia.,” katanya.

Tambah Dr Isma Liza, protokol bertajuk “Human Cadaveric Spine Dissection: A Protocol for Harvesting Lumbar Intervertebral Discs from Body Donors” yang  diterbitkan dalam jurnal antarabangsa Annals of Anatomy (Elsevier, 2025) menghuraikan secara terperinci kaedah diseksi tulang belakang melalui akses anterior serta panduan pengambilan dan pemprosesan tisu disk untuk analisis pasca-mortem.

“Melalui sumbangan penderma tubuh, kami kini dapat memperoleh disk sihat berkualiti tinggi sebagai spesimen kawalan usia (age-match healthy control) yang sebelum ini sukar didapati.

“Ini membuka ruang besar untuk analisis molekul bagi memahami mekanisme penyakit degenerasi disk dengan lebih mendalam,” jelas Dr Isma Liza.

Katanya, tisu disk yang diperoleh diproses untuk analisis penjujukan RNA (RNA sequencing) bagi mengenal pasti ekspresi gen dan penanda molekul yang terlibat dalam proses degenerasi.

“Penemuan ini dijangka dapat membantu pembangunan terapi baharu dan sasaran rawatan bagi pesakit sakit belakang kronik.

“UԲ첹貹 ‘yang mati mengajar yang hidup’ benar-benar menggambarkan nilai penyelidikan ini. Melalui tubuh penderma, ilmu anatomi dan sains perubatan dapat berkembang untuk manfaat pesakit pada masa hadapan,” ujarnya.

Penyelidikan itu menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh kajian antarabangsa mengenai penyakit degenerasi disk — penyebab sakit belakang serta membuka peluang kepada pembangunan terapi regeneratif yang lebih berkesan.

The post Penyelidik 鶹 Bangunkan Protokol Diseksi Tulang Belakang untuk Kajian Sakit Belakang appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/penyelidik-ukm-bangunkan-protokol-diseksi-tulang-belakang-untuk-kajian-sakit-belakang/feed/ 0