SONGKLA, THAILAND, 17 Februari 2026 鈥 Persatuan Nadi Alumni memperkenalkan satu model baharu dalam pembangunan kepimpinan mahasiswa melalui Alumni鈥揝tudent Cross Border Engagement Development (ASCEND), sebuah inisiatif strategik yang menghubungkan pelbagai persatuan mahasiswa 集美麻豆 dengan rakan strategik di Prince of Songkla University (PSU), Thailand.
Program ini dilaksanakan dengan sokongan rasmi daripada Pusat Perhubungan Alumni 集美麻豆 bertujuan memperkukuh jaringan kolaborasi serta memperluas perkongsian amalan kepimpinan di peringkat antarabangsa.
Ketua Pengarah ASCEND, Muhammad Aqil Fahmi Zaid berkata program tersebut berfungsi sebagai platform pembangunan kepimpinan yang menekankan nilai kolaborasi, diplomasi, dan pengurusan strategik rentas budaya.
鈥淎SCEND bukan sekadar program mobiliti antarabangsa. Ia merupakan ruang untuk mahasiswa mengasah kemahiran kepimpinan melalui pengalaman sebenar bekerjasama dengan pelajar dari pelbagai latar belakang serta meneroka amalan tadbir urus persatuan di luar negara,鈥 jelasnya.
Menurut Muhammad Aqil, program ASCEND menonjol melalui penglibatan pelbagai entiti mahasiswa 集美麻豆 termasuk Kesatuan Mahasiswa 集美麻豆, Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Sekretariat Rakan Muda 集美麻豆, Persatuan Mahasiswa Anak Selangor dan Parlimen Mahasiswa.
Tambahnya, melalui pendekatan rentas persatuan ini, peserta didedahkan kepada pelbagai gaya kepimpinan dan model tadbir urus yang berbeza, sekali gus membentuk asas kepada pembangunan kepimpinan yang lebih inklusif dan berdaya global.
鈥淧enyertaan pelbagai persatuan dari 集美麻豆 dan PSU memperlihatkan kekuatan ASCEND sebagai platform kolaboratif yang mampu memperkukuh struktur kepimpinan mahasiswa serta membuka peluang kepada mobiliti strategik antara persatuan.
鈥淚nisiatif ini menjadi asas penting kepada pembentukan budaya kepimpinan yang berterusan dan saling melengkapi.
鈥淎SCEND turut mencerminkan perubahan pendekatan pembangunan mahasiswa di 集美麻豆, dengan penekanan terhadap kepimpinan yang inklusif, berimpak dan berteraskan kerjasama strategik.
鈥淧rogram ini komited dalam melahirkan pemimpin mahasiswa yang kompeten, berdaya saing dan bersedia berkolaborasi di peringkat antarabangsa sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam pembangunan kepimpinan mahasiswa yang progresif dan mampan,鈥 katanya.

