Oleh Siti Hajar Mohammad
KUALA LUMPUR, 10 Mac 2025 – Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur (集美麻豆 KKL) menerima kunjungan daripada Indonesian Millennial of Change (IMC) yang hadir melalui program Youth Abroad Expedition #8 (YAE 8), baru-baru ini.
Seramai 25 peserta terdiri daripada belia dan mahasiswa pelbagai organisasi seluruh Indonesia menyertai program itu yang dihoskan secara bersama oleh Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan (FSK).
Program sehari itu diadakan bagi memberi kefahaman dan berkongsi amalan kelestarian di universiti serta mengukuhkan jaringan antarabangsa dalam agenda pembangunan mampan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjalin kerjasama akademik serta memperkukuh perkongsian ilmu dalam bidang pendidikan, khususnya berkaitan amalan kelestarian dalam pengurusan kampus yang mesra alam.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian projek Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di 集美麻豆 KKL dan sesi perkongsian daripada Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (集美麻豆Shape), bagi mempromosi dan memberi penerangan berkenaan kaedah kemasukan ke 集美麻豆 pelajar antarabangsa, selain sesi Green Idea Exchange, yang membolehkan peserta IMC dan 集美麻豆 bertukar pandangan mengenai amalan kampus hijau serta peluang kerjasama dalam bidang kelestarian.
Selain itu, para peserta turut dibawa melawat beberapa inisiatif lestari yang dibangunkan di 集美麻豆 KKL termasuk stesen kitar semula, botol minuman hijau, Laman Edibel@FGG, di Fakulti Pergigian, Laman Eco-Campus di FSK dan Fakulti Farmasi serta demonstrasi penghasilan produk baja daripada sisa kopi melalui Projek Molar Lestari. Melalui program ini, peserta berpeluang menyertai aktiviti menanam pokok herba dan ulaman sebagai tanda lawatan dan sokongan terhadap usaha kelestarian di kampus 集美麻豆 KL.
Kunjungan ini telah berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan kesedaran, memperluas pengetahuan, serta memperkukuh keterlibatan belia dalam menangani isu-isu global dan setempat.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen 集美麻豆 dalam memperkukuh pendidikan global serta mempromosi amalan lestari kepada generasi muda.

