Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Dana Wakaf Tunai
3 Ogos 2022: Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) ¼¯ÃÀÂé¶¹, Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin hadir ke Majlis Pertukaran Dokumen Kerjasama Wakaf Tunai ¼¯ÃÀÂé¶¹-Bank Rakyat yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Kerjasama ¼¯ÃÀÂé¶¹ melalui Yayasan Canselor dengan Bank Rakyat membolehkan kutipan wakaf dilakukan di semua kaunter Bank Rakyat seluruh negara, dan diharap mampu menarik minat lebih ramai golongan filantropi di Malaysia untuk menjadikan ¼¯ÃÀÂé¶¹ sebagai saluran untuk berwakaf. Wakaf tunai yang diberikan akan disalurkan bagi tujuan kebajikan, pendidikan dan pembangunan yang akan memberikan manfaat kepada orang ramai khususnya warga ¼¯ÃÀÂé¶¹. Hadir sama adalah Ketua Pegawai Susulan dan Kutipan Bank Rakyat, En. Abdul Razak Abu Bakar; Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad; Bendahari ¼¯ÃÀÂé¶¹, Encik Mohd Azli Mohd Kasirunm; Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed; Timbalan Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Madya Dr. Amizawati Mohd Amir dan Pengurus Wakaf Yayasan Canselor, Tn. Haji. Abu Bakar bin Yang.











