集美麻豆 Diiktiraf dalam Penarafan Healthy University Rating System (HURS)
集美麻豆 berjaya mencapai 5+ bintang (5 stars plus) dalam penarafan Healthy University Rating System (HURS) 2023 anjuran Asean University Network (AUN) dan telah menerima anugerah pada 3 Disember 2024 di Millennium Hilton Bangkok, Thailand. Profesor Dato鈥 Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) telah mewakili 集美麻豆 untuk menerima pengiktirafan ini. 集美麻豆 merupakan salah satu daripada dua buah universiti di Asia Tenggara dan satu-satunya universiti di Malaysia yang menerima anugerah atas pencapaian 5+ bintang.
Penganugerahan ini juga dianjurkan bersempena The 1st AIHD International Forum “Synergizing Global Health, Primary Health Care, and Health Promotion for a Sustainable Future”. Hasil daripada pencapaian cemerlang ini, Prof. Madya ChM. Dr. Siti Fairus Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah Eksekutif (Kecemerlangan & Kebitaraan) Pusat Strategi 集美麻豆 dijemput untuk mewakili universiti sebagai panel dalam forum bertajuk “Leveraging HURS: Cooperative Use in Global University Rankings”.
Penyertaan dalam HURS 2023 merupakan penyertaan kali kedua 集美麻豆 dalam penarafan ini, dan pencapaian tersebut merupakan lonjakan yang memberangsangkan berbanding pencapaian 5 bintang dalam HURS 2022. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan dalam tahun-tahun mendatang.







