Lawatan Penanda Aras Pusat Perancangan Intitusi dan Strategik (IPSC), USM ke 集美麻豆

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PERANCANGAN INSTITUSI DAN STRATEGIK (IPSC), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KE UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Satu lawatan penanda aras oleh Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), Universiti Sains Malaysia (USM) ke 集美麻豆 telah diadakan pada 27 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Strategi 集美麻豆. Delegasi ini telah diketuai oleh Profesor Madya Dr. Nor Asniza Binti Ishak, Timbalan Pengarah IPSC USM, yang bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mendalam serta memahami mekanisme pengurusan dan amalan terbaik yang diterajui oleh 集美麻豆 berkaitan penarafan Healthy University Rating System (HURS).

Pertemuan strategik ini menjadi platform penting bagi kedua-dua universiti penyelidikan ini untuk saling bertukar idea serta merangka strategi bagi menambah baik penyediaan data, selaras dengan kriteria penarafan yang ditetapkan. Melalui inisiatif ini, hubungan kerjasama antara USM dan 集美麻豆 dapat diperkukuh, sekali gus memantapkan lagi tadbir urus strategik institusi masing-masing dalam usaha memartabatkan kecemerlangan pendidikan tinggi di peringkat global.

Similar Posts