Hari Basikal Sedunia
Sempena Hari Basikal Sedunia
yang disambut setiap 3 Jun, marilah kita bersama-sama menggalakkan gaya hidup aktif, sihat dan mesra alam melalui amalan berbasikal.
Selain membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, berbasikal juga menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon serta mewujudkan persekitaran yang lebih lestari untuk generasi akan datang.
Teruskan mengayuh dan nikmati aktiviti santai berbasikal bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun sebagai peringatan mesra, demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain, berbasikal tidak dibenarkan di lebuh raya. Pilih laluan yang sesuai dan selamat supaya setiap kayuhan kekal menyeronokkan


