Fasiliti Jabatan
…â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦â¶Ä¦
Aktiviti akademik, latihan kepakaran, dan penyelidikan di Jabatan Radiologi FPER disokong oleh ekosistem yang menggabungkan fasiliti fizikal fakulti, infrastruktur digital canggih, dan akses kepada teknologi klinikal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Ìý
- Infrastruktur Akademik & Ruang Pembelajaran
Ìý ÌýJabatan menyediakan ruang yang kondusif bagi menyokong budaya pembelajaran berterusan dan perbincangan ilmiah:
- Bilik Tutorial (2 unit): Ruang khusus untuk sesi pengajaran kumpulan kecil, perbincangan kes klinikal, dan bimbingan intensif bagi calon Doktor Pakar Radiologi (DrRad).
- Bilik Konferens & Bilik Mesyuarat: Dilengkapi kemudahan audio-visual untuk seminar, pembentangan penyelidikan, dan mesyuarat kolaborasi antara disiplin.
- Bilik Siswazah Lanjutan: Ruang khas yang disediakan untuk pelajar pascasiswazah (MMSc, PhD) dan penyelidik Pasca-Kedoktoran (Postdoc) menjalankan analisis data dan penulisan tesis.
Ìý
- Infrastruktur Digital: PACS & RIS
Ìý ÌýSebagai pusat latihan moden, kami menyediakan akses kepada teknologi informatika radiologi bagi tujuan akademik dan penyelidikan:
- Sistem PACS (Picture Archiving and Communication System): Membolehkan pelajar mengakses arkib imej digital beresolusi tinggi untuk tujuan ulasan kes-kes menarik (interesting cases) dan pengumpulan data penyelidikan.
- Sistem RIS (Radiology Information System): Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengurusan aliran kerja radiologi, rekod pesakit digital, dan integrasi data klinikal dalam ekosistem hospital tanpa kertas.
- Stesen Kerja Pelaporan (Reporting Workstations): Pelajar dilatih menggunakan stesen kerja profesional untuk kemahiran interpretasi imej yang tepat mengikut standard pakar.
Ìý
- Unit Fizik Perubatan (Keselamatan Sinaran & Peralatan Penyelidikan)
Ìý ÌýJabatan dilengkapi dengan peralatan khusus untuk latihan amali perlindungan sinaran dan fizik perubatan:
- Survey Meter & Electronic Personal Dosimeter (EPD): Digunakan secara aktif dalam latihan keselamatan sinaran, pemantauan dos, serta projek penyelidikan berkaitan fizik radiologi diagnostik.
- High-Precision Collimation & Positioning System: Sistem sokongan mekanikal custom-built yang dilengkapi dengan bicu pelarasan ketinggian mikrometer dan tapak beroda untuk kedudukan sumber sinaran atau detector. Terdapat juga bersama set kolimator plumbum berketumpatan tinggi terdiri daripada rangkaian blok perisai plumbum silinder yang digunakan untuk mengecilkan alur sinaran (beam narrowing) bagi eksperimen dosimetri dan kajian ciri-ciri sinaran.
- Phantom Antropomorfik RANDO: Model simulasi tubuh manusia (tisu-setara) yang digunakan secara meluas dalam penyelidikan dosimetri. Ia membolehkan pelajar dan penyelidik mengukur taburan dos sinaran pada organ-organ spesifik di dalam tubuh bagi memastikan keselamatan dan ketepatan prosedur radioterapi atau diagnostik.
Ìý
- Fasiliti Klinikal & Modaliti Pengimejan (HCTM)
Ìý ÌýAktiviti akademik dan penyelidikan di Jabatan Radiologi FPER disokong dengan kecanggihan modaliti-modaliti pengimejan dan kecekapan kakitanganÌý Ìý di bahagian perkhidmatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Pelajar mendapat akses terus kepada modaliti pengimejan tercanggih di HCTMÌý Ìý Ìý Ìýuntuk tujuan pembelajaran klinikal:
- Sila rujuk pautan untuk senarai penuh modaliti seperti MRI (3T & 1.5T), CT Scan (Multi-slice), Angiografi, Ultrabunyi, dan Radiografi Umum.