Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM /pptc Universiti Kebangsaan Malaysia Wed, 10 Jun 2026 03:58:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 KERJA LAPANGAN PENSAMPELAN AIR /pptc/kerja-lapangan-pensampelan-air/ Wed, 10 Jun 2026 03:54:43 +0000 /pptc/?p=17185

KERJA LAPANGAN PENSAMPELAN AIR

Pada 8 hingga 9 Jun 2026, satu kajian lapangan berkaitan pemantauan kualiti air telah dijalankan di kawasan Tasik Chini oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nor Rohaizah Jamil, selaku Penyelidik Bersekutu Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC). Kajian ini merupakan sebahagian daripada usaha penyelidikan berterusan bagi menilai status semasa kualiti air serta memahami dinamik ekosistem perairan di Tasik Chini.

Sepanjang tempoh kajian, aktiviti pensampelan telah dilaksanakan di beberapa lokasi strategik yang merangkumi Sungai Gumum, Sungai Melai, Sungai Jemberau serta beberapa stesen persampelan di sepanjang Sungai Chini. Pemilihan lokasi-lokasi ini dibuat bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai keadaan kualiti air di kawasan tadahan dan sistem perairan yang membentuk ekosistem Tasik Chini.

Pensampelan air dijalankan mengikut prosedur dan kaedah saintifik yang ditetapkan bagi memastikan data yang diperoleh adalah tepat, konsisten dan boleh digunakan untuk tujuan analisis lanjut di makmal. Data yang dikumpulkan akan membantu penyelidik menilai pelbagai parameter kualiti air serta mengenal pasti sebarang perubahan atau trend yang boleh mempengaruhi kesihatan ekosistem tasik dan sungai di kawasan tersebut.

Hasil kajian ini dijangka dapat menyumbang kepada pembangunan pangkalan data saintifik yang komprehensif bagi menyokong usaha pemantauan, pengurusan dan pemuliharaan Tasik Chini secara berterusan. Selain itu, maklumat yang diperoleh juga boleh dijadikan rujukan oleh pelbagai pihak berkepentingan dalam merancang strategi pengurusan sumber air dan biodiversiti yang lebih berkesan di kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini.

Secara keseluruhannya, aktiviti kerja lapangan dan pensampelan air ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar mengikut jadual yang dirancang hasil kerjasama yang baik antara pihak penyelidik dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini. Aktiviti sebegini amat penting dalam memperkukuh usaha penyelidikan saintifik serta memastikan kelestarian ekosistem Tasik Chini dapat terus dipelihara untuk generasi akan datang.

]]>
Jejak Lestari Kembara Mahasiswa PEMADAM 集美麻豆 /pptc/jejak-lestari-kembara-mahasiswa-pemadam-ukm/ Wed, 10 Jun 2026 03:12:47 +0000 /pptc/?p=17162

Lawatan kelab PEMADAM 集美麻豆

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah dipilih sebagai destinasi program "Jejak Lestari Kembara Mahasiswa" oleh Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (PEMADAM 集美麻豆) pada 5 hingga 7 Jun 2026. Program ini melibatkan 44 orang peserta dan enam orang staf Unit Kaunseling Hal Ehwal Pelajar (HEP) 集美麻豆, termasuk Ketua Unit Kaunseling & Psikologi, Puan Siti Atiqah Moamat Mastam.

Melalui pakej Eksplorasi Hutan, Tasik Chini dan Budaya Orang Asli, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik:

– Eksplorasi Tasik Chini dengan menaiki bot.
– Lawatan ke Kampung Tanjung Puput bagi mendalami budaya masyarakat Orang Asli.
– Eksplorasi hutan tanah bencah untuk mengenali flora dan fauna.
– Aktiviti berkayak sebagai acara riadah petang.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi pendedahan mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan warisan budaya Orang Asli. Pihak PPTC berharap program kesedaran dan kelestarian seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

]]>
LAWATAN TAPAK 集美麻豆 PAKARUNDING (集美麻豆P) /pptc/lawatan-tapak-ukm-pakarunding-ukmp/ Thu, 04 Jun 2026 03:47:54 +0000 /pptc/?p=17174

LAWATAN TAPAK 集美麻豆 PAKARUNDING (集美麻豆P)

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menerima kunjungan seramai tiga orang wakil daripada 集美麻豆 Pakarunding (集美麻豆P), iaitu Ts. Yuriny Adnan, Ts. Mohd Fikri Mohd Sani serta seorang lagi wakil 集美麻豆P bagi menjalankan lawatan tapak berkaitan perancangan pelaksanaan program penanaman pokok di kawasan Tasik Chini. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha awal untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai serta merancang pelaksanaan program secara sistematik dan berkesan.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah wakil daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang berperanan memberikan pandangan teknikal berhubung kesesuaian kawasan, jenis spesies pokok yang berpotensi ditanam serta keperluan pemuliharaan habitat setempat. Kehadiran pelbagai pihak berkepentingan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan program yang dirancang dapat memberi manfaat kepada pemulihan dan pemeliharaan ekosistem di Tasik Chini.

Sepanjang lawatan, peserta telah dibawa meninjau beberapa kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tapak penanaman pokok. Penilaian turut dilakukan terhadap keadaan fizikal kawasan, tahap kesesuaian tanah, aksesibiliti lokasi, faktor keselamatan serta potensi kawasan tersebut untuk menyokong pertumbuhan pokok dalam jangka masa panjang. Aspek-aspek ini penting bagi memastikan objektif program penanaman pokok dapat dicapai secara optimum dan memberi impak positif kepada persekitaran.

Selain lawatan lapangan, satu sesi perbincangan turut diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pelaksanaan program, termasuk pemilihan lokasi penanaman, keperluan logistik, penglibatan peserta, penyediaan kemudahan sokongan serta kaedah pengurusan dan pemantauan kawasan selepas aktiviti penanaman dilaksanakan. Perbincangan ini juga menyentuh potensi kerjasama strategik antara PPTC, 集美麻豆P dan Jabatan Perhutanan dalam menjayakan inisiatif penghijauan dan pemulihan ekosistem secara berterusan.

Secara keseluruhannya, lawatan tapak ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam mengenal pasti keperluan awal serta menyelaras tindakan antara pihak-pihak yang terlibat. Hasil daripada lawatan dan perbincangan yang dijalankan akan menjadi asas penting dalam perancangan program penanaman pokok yang bukan sahaja menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti dan peningkatan litupan hijau, malah menyokong usaha memperkukuh kelestarian alam sekitar di kawasan Tasik Chini.

]]>
LAWATAN AKADEMIK UIAM KE PPTC /pptc/lawatan-akademik-uiam-ke-pptc/ Wed, 20 May 2026 02:36:17 +0000 /pptc/?p=17149

LAWATAN AKADEMIK UIAM KE PPTC

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menerima kunjungan akademik daripada dua orang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), iaitu Prof. Dr. Azila Ahmad Sarkawi dan Assoc. Prof. LAr. Dr. Khalilah Zakariya. Turut serta dalam lawatan ini ialah Nurfazliza Kamarulbahrin daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai peranan dan fungsi Pusat Penyelidikan Tasik Chini dalam menyokong penyelidikan, pemuliharaan ekosistem, pembangunan komuniti setempat serta usaha pengurusan lestari kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini. Program dimulakan dengan sesi taklimat dan penerangan di Galeri Tasik Chini yang memperkenalkan sejarah, kepentingan ekologi, biodiversiti serta pelbagai inisiatif penyelidikan dan pemuliharaan yang sedang dilaksanakan di kawasan tersebut.

Para peserta kemudiannya dibawa menyusuri Tasik Chini menaiki bot bagi meninjau sendiri keindahan landskap semula jadi tasik, habitat flora dan fauna, serta melihat keadaan semasa ekosistem tasik yang menjadi antara aset biodiversiti penting negara. Sesi ini turut memberi peluang kepada peserta untuk memahami cabaran pengurusan dan pemuliharaan yang dihadapi dalam usaha memastikan kelestarian Tasik Chini sebagai tapak Rizab Biosfera UNESCO.

Selain itu, rombongan turut mengadakan lawatan ke Kampung Orang Asli Kg. Cendahan bagi melihat pelaksanaan projek Buy Back Guarantee, iaitu satu inisiatif yang bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti setempat melalui penghasilan produk dan aktiviti ekonomi berasaskan sumber tempatan secara mampan. Lawatan ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang peranan kerjasama antara institusi penyelidikan, agensi kerajaan dan komuniti dalam mempromosikan pembangunan lestari yang seimbang antara aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Secara keseluruhannya, lawatan akademik ini telah membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman serta potensi kerjasama strategik antara pihak-pihak yang terlibat dalam usaha memperkukuh agenda pemuliharaan, penyelidikan dan pembangunan komuniti di Tasik Chini.

]]>
Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO /pptc/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/ Fri, 15 May 2026 02:17:00 +0000 /pptc/?p=17143

Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO

PEKAN, 15 Mei 2026 鈥 Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi penganjuran Bengkel Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) yang memfokuskan kepada inovasi teknologi biochar dan perapi tanah bagi tujuan penanaman semula pokok. Program strategik ini merupakan kolaborasi antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama 集美麻豆 di bawah dana APEC menerusi forum Policy Partnership on Food Security (PPFS).

Projek Projek yang diterajui oleh Dr. Ahmad Razi Othman dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) itu bertujuan menangani isu kemerosotan kualiti tanah melalui penyelesaian berasaskan alam semulajadi.

Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Dr. Sufian Jusoh dalam ucapannya menekankan kepentingan lokasi penyelidikan tersebut yang bukan sahaja signifikan dari sudut akademik, malah diiktiraf di peringkat global.

鈥淧enganjuran bengkel bertaraf antarabangsa di sini adalah sangat bertepatan memandangkan kedudukan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sebagai salah sebuah tapak warisan UNESCO.

鈥淧enggunaan teknologi hijau seperti听biochar听bukan sekadar inovasi, tetapi tanggungjawab kita dalam memastikan kelestarian ekosistem di kawasan sensitif alam sekitar seperti ini kekal terpelihara untuk generasi akan datang,鈥 ujar beliau.

Bengkel tersebut dihadiri oleh delegasi dari pelbagai negara anggota APEC termasuk Australia, Viet Nam, China, Chinese Taipei, Brunei Darussalam, Thailand, dan Malaysia.

Kehadiran wakil antarabangsa ini membuktikan pengiktirafan dunia terhadap usaha Malaysia dalam menerajui teknologi perapi tanah yang mampu memulihkan kualiti tanah dan mempercepatkan proses penanaman semula hutan serta tanaman pertanian.

Turut hadir memberikan sokongan adalah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPKM, Yee Chen Hua; Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF 集美麻豆), Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin dan Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa鈥檃riwijaya.

Selain penglibatan akademik, program ini turut diperkukuhkan menerusi sinergi bersama pemain industri gergasi seperti FGV Holdings dan SD Guthrie.

Kerjasama ini turut melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Kebuniti Selangor, serta penglibatan bermakna daripada Komuniti Orang Asli Tasik Chini yang menjadi rakan strategik dalam usaha pemuliharaan setempat.

罢别办苍辞濒辞驳颈听biochar听yang dihasilkan daripada sisa organik ini dijangka menjadi pemangkin kepada agenda kelestarian global, sekali gus memperkukuhkan peranan Malaysia sebagai hab rujukan teknologi hijau utama di rantau Asia Pasifik.

]]>
PROGRAM YOSH LEADER CAMP /pptc/program-yosh-leader-camp/ Mon, 16 Feb 2026 02:20:14 +0000 /pptc/?p=11191

PROGRAM YOSH LEADER CAMP

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menjadi lokasi penganjuran Program YOSH (Youth of Strength Happiness) Leader Camp yang melibatkan penyertaan seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia berumur 16 tahun ke atas serta 15 orang urus setia. Program ini telah berlangsung selama dua hari, iaitu dari 14 hingga 15 Februari 2026. YOSH merupakan sebuah program pembangunan belia yang dianjurkan oleh MyFundAction, sebuah unit sukarelawan yang aktif dalam memperkasa potensi golongan muda melalui pelbagai inisiatif pembangunan diri dan kepimpinan.

Program ini memberi peluang kepada para peserta mengikuti aktiviti pembangunan diri berasaskan cabaran yang selari dengan objektif program, iaitu membangunkan kemahiran kepimpinan yang berteraskan kecerdasan spiritual, emosi dan sosial. Program ini turut bertujuan memperkukuh rasa tanggungjawab serta semangat kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. Melalui pengisian dan aktiviti yang dirangka, program ini juga memberi inspirasi kepada golongan belia untuk memimpin perubahan positif di kampus dan komuniti masing-masing, sekali gus mewujudkan rangkaian sokongan yang kukuh dalam kalangan bakal pemimpin muda.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan selaras dengan tentatif yang dirancang. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program termasuklah aktiviti berkayak serta eksplorasi denai di sekitar denai PPTC. Program ini turut dibantu oleh kakitangan PPTC yang terlibat secara langsung bagi memastikan kelancaran setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program.

PPTC merakamkan penghargaan kepada MyFundAction atas kerjasama dan kepercayaan memilih PPTC sebagai lokasi pelaksanaan program pembangunan diri ini. Diharapkan program seumpama ini akan terus mampu melahirkan generasi pemimpin muda yang berwibawa dan bertanggungjawab selaras dengan objektif program.

#PPTC #TasikChini #集美麻豆 #MyFundAction #YOSHLeaderCamp #BeliaMalaysia #SDG4 #SDG14 #SDG15 #SDG17 #Leadership #YouthPower #ALAF集美麻豆 #UniversitiWatanKita #集美麻豆Sharing

]]>
LAWATAN GOHEK鈥橲 (GROUP OF HEALING EXCLUSIVE SCOOTER) RIDER KE PPTC /pptc/lawatan-goheks-group-of-healing-exclusive-scooter-rider-ke-pptc/ Mon, 16 Feb 2026 01:47:32 +0000 /pptc/?p=11182

LAWATAN GOHEK鈥橲 (GROUP OF HEALING EXCLUSIVE SCOOTER) RIDER KE PPTC

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menerima kunjungan daripada Gohek鈥檚 (Group of Healing Exclusive Scooter) Rider dari Terengganu yang disertai oleh seramai 25 orang peserta. Lawatan yang berlangsung pada 13 Februari 2026 (Jumaat) ini merupakan sebahagian daripada program jelajah yang dianjurkan oleh Gohek鈥檚 Rider bagi meneroka serta mengenali dengan lebih dekat keunikan alam semula jadi dan warisan biodiversiti di Tasik Chini.

Sepanjang lawatan ini, kakitangan PPTC telah membawa para peserta melawat Galeri PPTC bagi memberikan pendedahan mengenai Tasik Chini serta kepentingannya sebagai sebahagian daripada Rizab Biosfera Dunia, di samping berkongsi maklumat berkaitan sejarah Tasik Chini, mitos naga Tasik Chini serta kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di Tasik Chini.

Selain itu, Gohek鈥檚 Rider turut mengambil Pakej Eksplorasi Ilmu @ PPTC: Eksplorasi Tasik Chini, di mana para peserta dibawa menaiki bot mengelilingi tasik sambil menikmati keindahan landskap semula jadi Tasik Chini serta didedahkan dengan penerangan mengenai ekosistem akuatik dan kepelbagaian biodiversiti tasik ini.

Pihak PPTC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Gohek鈥檚 Rider kerana memilih Tasik Chini sebagai destinasi lawatan serta atas sumbangan ikhlas berjumlah RM500 kepada Tabung Penyelidikan dan Pemuliharaan Alam (ALAF-UKM) sempena program ride eksplorasi Tasik Chini ini.

#PPTC #TasikChini #集美麻豆 #GoheksRider #RizabBiosferaUNESCO #SDG4 #SDG15 #SDG17 #ALAF集美麻豆 #LestariAlam

]]>
AKTIVITI PENSAMPELAN KUALITI AIR TASIK CHINI: KOLABORASI AKADEMIK DAN SOKONGAN OPERASI PPTC /pptc/aktiviti-pensampelan-kualiti-air-tasik-chini-kolaborasi-akademik-dan-sokongan-operasi-pptc/ Fri, 13 Feb 2026 03:19:44 +0000 /pptc/?p=11176

AKTIVITI PENSAMPELAN KUALITI AIR TASIK CHINI: KOLABORASI AKADEMIK DAN SOKONGAN OPERASI PPTC

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), di bawah pentadbiran ALAF-UKM, terus memperkukuh fungsinya sebagai hab penyelidikan lapangan apabila menjadi lokasi pelaksanaan aktiviti pensampelan kualiti air yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Aznan Fazli daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST), 集美麻豆. Aktiviti ini telah dijalankan pada 11 hingga 12 Februari 2026 bersama seorang Penolong Pegawai Sains serta dua orang pelajar sebagai sebahagian daripada komponen penyelidikan dan latihan akademik.

Kerja lapangan ini memberi tumpuan kepada pensampelan air dan sedimen di 12 stesen terpilih sekitar Tasik Chini bagi mendapatkan data representatif berkaitan parameter fizikal dan kimia air serta ciri sedimen. Data yang diperoleh akan menyumbang kepada analisis kualiti air dan pemantauan status ekosistem tasik secara berterusan.

Pelaksanaan aktiviti ini turut dibantu oleh Encik Izzat Emir bersama dua orang pelajar latihan industri PPTC dalam aspek penyediaan peralatan, penyelarasan logistik dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Sokongan operasi yang sistematik ini memastikan proses pengumpulan sampel dilaksanakan secara teratur, tepat dan menepati piawaian penyelidikan saintifik.

Sebagai tapak yang diiktiraf di bawah Program Man and the Biosphere (MAB), Tasik Chini memainkan peranan penting dalam menyokong penyelidikan berkaitan kelestarian sumber air dan biodiversiti. Aktiviti ini selaras dengan komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan oleh United Nations, khususnya:

  • SDG 6: Clean Water and Sanitation 鈥 melalui pemantauan dan pengurusan kualiti sumber air.
  • SDG 14: Life Below Water 鈥 dengan pemeliharaan ekosistem akuatik.
  • SDG 15: Life on Land 鈥 melalui perlindungan ekosistem daratan dan biodiversiti sekitar tasik.

Kolaborasi antara pihak akademik dan sokongan teknikal PPTC ini mencerminkan sinergi strategik dalam memperkukuh penyelidikan berimpak tinggi, pembangunan kapasiti pelajar serta usaha pemuliharaan alam sekitar secara bersepadu.

]]>
SESI LIBAT URUS KOMUNITI ORANG ASLI /pptc/sesi-libat-urus-komuniti-orang-asli/ Thu, 12 Feb 2026 03:10:43 +0000 /pptc/?p=11170

SESI LIBAT URUS KOMUNITI ORANG ASLI

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menerima kehadiran pasukan penyelidik daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azlan bin Abbas bagi menjalankan kajian berkaitan perubahan iklim serta strategi adaptasi komuniti Orang Asli terhadap pengurusan dan kelestarian hutan. Program ini telah berlangsung pada 8 hingga 10 Februari 2026 dengan penglibatan wakil Komuniti Orang Asli dari Kampung Melai dan Kampung Gumum.

Sesi libat urus ini bertujuan memahami pengalaman, pengetahuan serta bentuk adaptasi komuniti terhadap perubahan persekitaran dan iklim, termasuk strategi penyesuaian, amalan tradisional, mitos dan pantang larang ketika memasuki hutan, kaedah mengesan perubahan iklim serta mencari hasil hutan. Program ini turut diselitkan lawatan ke tapak semaian bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) serta aktiviti pembelajaran lapangan melalui eksplorasi Tasik Chini bagi memupuk kesedaran terhadap pemuliharaan dan pengurusan hutan secara lestari.
Diharapkan program ini dapat memperkukuh usaha pemeliharaan, pengurusan dan kelestarian hutan khususnya di Tasik Chini secara mampan pada masa hadapan.
]]>
LAWATAN PELAJAR GENERASI MADANI DAERAH PEKAN KE PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI /pptc/lawatan-pelajar-generasi-madani-daerah-pekan-ke-pusat-penyelidikan-tasik-chini/ Fri, 05 Dec 2025 02:45:27 +0000 /pptc/?p=11163

LAWATAN PELAJAR GENERASI MADANI DAERAH PEKAN KE PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI

Pada 3 Disember 2025, Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan peserta Kem Generasi MADANI (Perkhemahan Siri 1 & Siri 2) di bawah Program Pembangunan Karakter Murid Generasi MADANI Fasa 3 Tahun 2025 Daerah Pekan. Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, dan melibatkan 30 murid serta lima guru pengiring.

Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami ekosistem Tasik Chini, peranan PPTC sebagai pusat rujukan saintifik, dan isu-isu berkaitan pemuliharaan alam sekitar. Murid turut mengikuti aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman yang merangkumi pemerhatian lapangan, pengumpulan maklumat, dan penerokaan hubungan antara manusia, komuniti dan alam sekitar. Pendekatan ini mengukuhkan kefahaman tentang tanggungjawab sosial serta kepentingan menjaga kelestarian alam.

Sepanjang sesi, peserta berpeluang berinteraksi dengan warga PPTC dan melihat secara dekat proses kerja penyelidikan yang dijalankan, sekali gus memupuk minat terhadap bidang sains, penyelidikan dan pemuliharaan. Pengisian lawatan turut merangkumi sesi temu bual bersama kakitangan PPTC serta kunjungan ke kawasan sekitar pusat penyelidikan seperti jeti, galeri dan makmal.

Program ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran bermakna kepada murid, malah memperkasa nilai generasi MADANI melalui penerapan ilmu, akhlak dan kesedaran alam sekitar.
 
]]>