¼¯ÃÀÂé¶¹

loader image

LAWATAN GOHEK’S (GROUP OF HEALING EXCLUSIVE SCOOTER) RIDER KE PPTC

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menerima kunjungan daripada Gohek’s (Group of Healing Exclusive Scooter) Rider dari Terengganu yang disertai oleh seramai 25 orang peserta. Lawatan yang berlangsung pada 13 Februari 2026 (Jumaat) ini merupakan sebahagian daripada program jelajah yang dianjurkan oleh Gohek’s Rider bagi meneroka serta mengenali dengan lebih dekat keunikan alam semula jadi dan warisan biodiversiti di Tasik Chini.

Sepanjang lawatan ini, kakitangan PPTC telah membawa para peserta melawat Galeri PPTC bagi memberikan pendedahan mengenai Tasik Chini serta kepentingannya sebagai sebahagian daripada Rizab Biosfera Dunia, di samping berkongsi maklumat berkaitan sejarah Tasik Chini, mitos naga Tasik Chini serta kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di Tasik Chini.

Selain itu, Gohek’s Rider turut mengambil Pakej Eksplorasi Ilmu @ PPTC: Eksplorasi Tasik Chini, di mana para peserta dibawa menaiki bot mengelilingi tasik sambil menikmati keindahan landskap semula jadi Tasik Chini serta didedahkan dengan penerangan mengenai ekosistem akuatik dan kepelbagaian biodiversiti tasik ini.

Pihak PPTC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Gohek’s Rider kerana memilih Tasik Chini sebagai destinasi lawatan serta atas sumbangan ikhlas berjumlah RM500 kepada Tabung Penyelidikan dan Pemuliharaan Alam (ALAF-UKM) sempena program ride eksplorasi Tasik Chini ini.

#PPTC #TasikChini #¼¯ÃÀÂé¶¹ #GoheksRider #RizabBiosferaUNESCO #SDG4 #SDG15 #SDG17 #ALAF¼¯ÃÀÂé¶¹ #LestariAlam

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal ¼¯ÃÀÂé¶¹ (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 ¼¯ÃÀÂé¶¹ Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
·¡³¾±ð±ô:Ìý±è²µ³ó²¹±ô²¹´Ú°ª³Ü°ì³¾.±ð»å³Ü.³¾²â

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Waktu Operasi

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Media Sosial

ILMU, MUTU DAN BUDI

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal ¼¯ÃÀÂé¶¹