GEOGRAPHY
Ìý
PENGENALANÌý
Program Geografi pada asalnya merupakan sebuah jabatan sebelum FSKK distrukturkan semula.ÌýÌýJabatan ini ditubuhkan seiring dengan penubuhan ¼¯ÃÀÂé¶¹ pada Mei 1970.ÌýÌýBermula dengan 7 orang pelajar, Program Geografi (dahulunya Jabatan Geografi) telah melahirkanÌý620Ìýorang graduan sehingga tahun 2007. Selain menawarkan ilmu teras dalam disiplin Geografi Manusia dan Geografi Fizikal, program ini juga menerapkan pelbagai ilmu aplikasi yang selari dengan perkembangan teknologi semasa seperti aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS), pemodelan bagi tujuan peramalan sesuatu fenomena geografi dan aplikasi penderiaan jauh (RS).ÌýÌýDi samping itu, sebuah pusat kecemerlangan, iaitu Pusat Pencerapan Bumi (EOC) telah diwujudkan dan ditempatkan di bawah pengendalian Program Geografi sejak tahun 1996. Kaedah pelaksanaan kursus disemak secara dalaman oleh ¼¯ÃÀÂé¶¹ melalui pelbagai mekanisme yang dirancang oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pengurusan Akademik (JPPA) Universiti dan Fakulti.
Matlamat Program Geografi
- Memperkasa ilmu geografi dari segi teori dan praktik.
- Melahirkan siswazah yang berkebolehan dari segi mengamati, menganalisis, memahami dan menangani persoalan semasa mengenai alam, manusia dan pembangunan.
- Menjana ilmu dan sumber manusia untuk pembangunan negara.
Prasiswazah
Urusan pemilihan kemasukan pelajar tidak dikendalikan oleh pihak Program atau Pusat tetapi dalam bidang kuasa Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Kementerian ini bertanggungjawab menyelaraskan dasar pemilihan dengan situasi pembangunan negara dan ketetapan Kabinet.
Pemohon perlu memenuhi syarat am universitiÌý dan syarat keperluan khas program seperti berikut:
Syarat Kelayakan :
a.ÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý Kelayakan minimum calon STPM/setaraf
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik;
- Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
- Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan,
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
- Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)
b.ÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý Kelayakan minimum calon Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik;
- Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
- Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
- Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)
c.ÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý Kelayakan Minimum Calon Kelayakan Setaraf
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik;
- Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
- Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
- Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)
d.ÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý Syarat khas
- Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut:
- Geografi
- Ekonomi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan
- Satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab
- Sejarah
- Kesusasteraan Melayu
- Literature in English
- Ekonomi
- Syariah
- Usuluddin
- Perkauanan
- Pengajian Perniagaan
- Perkomputeran
- Matematik S
- Calon yang tidak mempunyai kelulusan Gred C mata pelajaran Ekonomi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan di peringkat STPM perlu lulus dengan sekurang-kurangnya 6C dalam mata pelajaran Prinsip Akaun/ Perdagangan / Ekonomi Asas di peringkat SPM.
Kriteria dan syarat kemasukan yang diberikan oleh pihak Fakulti melalui Universiti akan dinilai, dilulus dan disahkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Seterusnya pihak BPKP akan menggunakan syarat ini untuk menyaring permohonan dan memilih pelajar.
Syarat Untuk Lepasan Diploma
Kelayakan permohonan menggunakan kelulusan diploma hendak mempunyaiÌý PNGK 3.00 ke atas:
- Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
- Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)
Cara Memohon
Pelajar Tempatan
Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.
Borang permohonan untuk warganegara:Ìý
Pelajar Antarabangsa
Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di ¼¯ÃÀÂé¶¹ perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian ¼¯ÃÀÂé¶¹ yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.
Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klikÌý



