Sesi Perbincangan Women鈥檚 Entrepreneurship & Leadership Project
Pada 18 Mei 2026, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim telah mengadakan sesi Perbincangan Women鈥檚 Entrepreneurship & Leadership Project bersama Dr. Anna Sekhar daripada Torrens University, Australia dan ahli akademik dalam kalangan pensyarah 集美麻豆 yang berpengalaman serta pakar dalam bidang keusahawanan dan juga ekonomi wanita.
Sesi perbincangan ini menjadi wadah penting dalam menghimpunkan pandangan, idea dan kepakaran pelbagai pihak ke arah memperkukuh pembangunan kepimpinan dan keusahawanan wanita melalui pendekatan akademik, penyelidikan serta jaringan kolaborasi antarabangsa. Pelbagai cadangan dan pandangan strategik telah diketengahkan bagi memperluas peluang pembangunan kapasiti wanita, khususnya dalam aspek kepimpinan, inovasi, keusahawanan dan pemerkasaan komuniti.
Selain itu, perbincangan turut memberi penekanan kepada potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan program berimpak tinggi serta pelaksanaan inisiatif yang mampu menyumbang kepada pembangunan wanita secara holistik dan mampan pada masa hadapan. Diharapkan sesi seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan wanita dan belia.






