Selamat Datang dan Selamat Bertugas En. Muhammad Irfan Waqiuddin Hasanudin

Warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada En. Muhammad Irfan Waqiuddin Hasanudin atas pelantikan sebagai Penolong Pegawai Tadbir N5 berkuat kuasa 3 Jun 2026.
Semoga kehadiran Encik Irfan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi serta membawa idea, komitmen dan semangat baharu dalam memperkukuh perkhidmatan, tadbir urus dan pembangunan PKWTFH. Semoga terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan amanah yang diberikan.
Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga PKWTFH.