Majlis Pelancaran Buku Tokoh Akademia Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada 16 Mac 2021 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Tokoh Akademia Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia anjuran Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, ¼¯ÃÀÂé¶¹ di Bilik Senat, Bangunan Canselori ¼¯ÃÀÂé¶¹. Buku Tokoh Akademia Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah dilancarkan oleh Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, mantan Naib Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Buku terbitan Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ ini telah berjaya menghimpun seramai 167 orang Tokoh Akademia Wanita dari pelbagai latar belakang kesarjanaan.

Turut hadir adalah barisan pengurusan tertinggi ¼¯ÃÀÂé¶¹ diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad; Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki bin Mustafa dan Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar, Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim serta Ahli Lembaga Pengarah ¼¯ÃÀÂé¶¹, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang turut hadir secara dalam talian.