Bengkel Kepimpinan Pekerja Belia: Membantu Kanak-kanak & Remaja Bermasalah (5 Februari 2026).

Pada 5 Februari 2026, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim dengan kerjasama belia Adab Youth Garage (AYG) Malaysia menganjurkan Bengkel Kepimpinan Pekerja Belia: Membantu Kanak-kanak & Remaja Bermasalah.
Bengkel ini memberi pendedahan tentang pendekatan kepimpinan, sokongan emosi dan intervensi asas dalam membantu kanak-kanak serta remaja yang berdepan cabaran tingkah laku dan sosial.
Melalui perkongsian ini, diharapkan para peserta dapat memperkukuh kemahiran kepimpinan, meningkatkan kepekaan terhadap isu kesejahteraan mental, serta menjadi agen perubahan yang mampu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, inklusif dan menyokong perkembangan kanak-kanak serta remaja. Impaknya, lebih ramai belia dan komuniti akan tampil berperanan dalam membimbing generasi muda ke arah masa depan yang lebih sejahtera.
馃棑 Khamis, 5 Februari 2026
鈴 9.00 pagi 鈥 4.00 petang
馃搷 Bilik Seminar, Pusat Pembangunan Akademik, Aras 1, Bangunan Tun Fatimah Hashim, 集美麻豆
Penceramah: Dr. Nazirah Hassan, Pensyarah daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
SDG4 SDG16