¼¯ÃÀÂé¶¹

Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM SANTUNI REMAJA PPR BERSAMA PERSATUAN SAHABAT PERKASA ¼¯ÃÀÂé¶¹

PUCHONG, 6 JUN 2026 – PERMATA Remaja telah menerima kunjungan daripada ahli Persatuan Sahabat PERKASA ¼¯ÃÀÂé¶¹ yang merupakan mahasiswi pelbagai bidang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melaksanakan program Santuni Remaja PPR di Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Kg Muhibbah. Program Santuni Remaja PPR ini telah melibatkan seramai 26 orang remaja yang tinggal di sekitar PPR Kg Muhibbah. Program selama tiga jam ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya mini explorace di sekitar kawasan pusat komuniti, permainan dinamika serta penyampaian hamper kepada semua kumpulan yang terlibat.

PERMATA Remaja ingin mengucapkan jutaan terima kepada ahli persatuan Sahabat PERKASA ¼¯ÃÀÂé¶¹ kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk hadir ke pusat komuniti dan menyantuni remaja-remaja di PPR Kg Muhibbah. Tahniah juga diucapkan kepada semua remaja yang terlibat dalam program ini. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *