Selaras dengan moto ‘Bersama Membangunkan Negara’, MINDA-UKM menganjurkan MINDA Policy Roundtable (MPR) siri keenam yang telah berlangsung pada petang tadi di Bilik Mesyuarat dengan perbincangan yang lebih komprehensif berkaitan ‘Malaysia’s Macro, Meso and Micro Challenges’.
Perbincangan kali ini dikelola oleh moderator tetap YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah MINDA ¼¯ÃÀÂé¶¹) dan diketuai pembahasannya oleh YBrs. Dr. Apurva Sanghi (Lead Economist World Bank) dan YBhg. Datuk Dr. Suhana Md Salleh (Director of Macroeconomics Division, Ministry of Economy). Turut hadir ialah tokoh-tokoh terkemuka, wakil-wakil daripada kementerian, agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, syarikat-syarikat daripada pelbagai bidang terkait.