集美麻豆

Fakulti Perubatan 集美麻豆

馃攳 Carian

TAJAAN IFTAR RAMADHAN 2026 OLEH ALUMNI PERUBATAN 集美麻豆

Fakulti Perubatan 集美麻豆 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para Alumni Perubatan 集美麻豆 menerusi Persatuan Doktor Perubatan 集美麻豆 atas kemurahan hati menyumbangkan tajaan juadah berbuka puasa bagi program Iftar Ramadhan 1447H. Inisiatif tahunan yang berlangsung selama 20 hari sepanjang bulan Ramadhan ini memberi manfaat kepada 300 pelajar terpilih yang menetap di Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) 集美麻豆.

Pihak Fakulti turut merakamkan penghargaan kepada pentadbiran Kolej Tun Dr. Ismail atas jalinan kerjasama yang erat bagi memastikan kelancaran program ini. Pelaksanaan proses agihan makanan dijalankan secara kolaboratif melibatkan Persatuan Mahasiswa/i Perubatan 集美麻豆 (PERSIAP), Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KTDI, serta Kesatuan Mahasiswa 集美麻豆 (KM集美麻豆).

Satu majlis simbolik penyerahan juadah iftar telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan 集美麻豆 bersama YBhg. Prof. Dr. Mohd Razif Mohamad Yunus, Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Dr. Syamsa Rizal Abdullah, Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Fakulti Perubatan 集美麻豆.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan sebagai tradisi kecemerlangan bakti alumni pada masa hadapan. Pihak Fakulti mendoakan agar setiap sumbangan yang dihulurkan diberkati dan dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran yang sebaik-baiknya.