集美麻豆

Fakulti Perubatan 集美麻豆

馃攳 Carian
Malam Amal & Apresiasi Alumni Perubatan 集美麻豆 anjuran Batch 2000 telah berlangsung dengan penuh gemilang dan berjaya menghimpunkan hampir 370 orang alumni dalam satu majlis yang penuh dengan nilai kekeluargaan, nostalgia, serta semangat alma mater yang utuh.
Lebih daripada sekadar pertemuan, malam ini menjadi simbol keprihatinan dan komitmen warga alumni terhadap pembangunan serta kebajikan mahasiswa perubatan 集美麻豆. Dalam majlis penuh makna ini, para alumni turut menzahirkan sokongan mereka melalui sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan (PERSIAP) sebagai tanda sokongan kepada usaha memperkasakan aktiviti, kebajikan dan kecemerlangan pelajar.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Emeritus Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Turut hadir memeriahkan majlis Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor (Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato鈥 Dr. Hanafiah Harunarashid (Pro Naib Canselor 集美麻豆 Kampus KL) , Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki (Dekan Fakulti Perubatan), Dato鈥 Dr. Azmi Baharudin (Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz), Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap (Pengarah Hospital Pakar Kanak-Kanak 集美麻豆), Dr. Azman Mohd Nor (Naib Presiden Persatuan Doktor Perubatan), Dr. Marhisham Che Mod (Pengerusi Malam Amal & Apresiasi Alumni Perubatan 集美麻豆).
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran seramai 106 orang mantan pensyarah Fakulti Perubatan 集美麻豆, yang bersama-sama alumni mengenang jasa, perjalanan, dan warisan ilmu yang telah membentuk generasi demi generasi warga perubatan 集美麻豆.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua alumni yang hadir, menyumbang dan menjayakan malam yang bersejarah ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus subur dan menjadi inspirasi kepada generasi perubatan 集美麻豆 pada masa hadapan.