¼¯ÃÀÂé¶¹

Aspirasi Komuniti Unggul (AKU-SISWA)

Bengkel Asli Preneur

Meningkatkan akses 

3 solar panel

Membekalkan elektrik pada sistem akuaponik dan hidroponik

15 Solar Street Lamp

Dipasang di sekeliling kampung

2 set akuaponik 10 set hidroponik

Membekalkan sumber makanan alternatif

85 set bantuan alat tulis

Diagihkan kepada 85 orang penerima dalam kalangan murid sekolah

50 Bakul Kasih

Bakul kasih dipenuhi dengan bantuan makanan harian seperti beras, gula, tepung dan lain-lain

Mahasiswa Tanam Harapan Masyarakat Tuai Perubahan

Seramai 37 orang mahasiswa/i bersama seorang felo penasihat telah terlibat dalam pelaksanaan Program Aspirasi Komuniti Unggul (AKU-SISWA) 1.0 anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub sesi 2025/2026. Program ini telah berjaya dilaksanakan di Kampung Tiat dan Kampung Pompinang sebagai manifestasi komitmen mahasiswa dalam memperkasa pembangunan komuniti luar bandar secara holistik dan mampan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat Orang Asli melalui pelaksanaan inisiatif berteraskan pembangunan infrastruktur, kelestarian, pendidikan serta pembangunan sosial komuniti. Selain itu, program ini turut menjadi medium pemerkasaan teknologi dan inovasi dalam kalangan masyarakat setempat menerusi pendekatan komuniti yang inklusif.

Melalui program ini, sebanyak 15 unit solar street lamp telah berjaya dipasang bagi meningkatkan aspek keselamatan dan kemudahan penduduk. Di samping itu, Projek Impian Komuniti turut dilaksanakan menerusi pemasangan 3 buah solar panel serta kerja-kerja penambahbaikan dewan komuniti bagi mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan lestari. Program ini turut merealisasikan pembinaan Taman AKU-SISWA melalui pemasangan 2 set akuaponik, 12 set GreenKit dan 1 set hidroponik sebagai usaha memperkenalkan teknologi pertanian moden serta memperkukuh keterjaminan makanan komuniti.

Selain itu, program ini turut memperkasakan literasi digital dan pendedahan terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pelaksanaan Bengkel Asli Preneur yang berfokus kepada pembangunan kemahiran, inovasi dan keusahawanan digital dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Seramai 35 peserta telah menghadiri bengkel tersebut.

Program ini turut disempurnakan dengan penyampaian Bakul Kasih Rakyat serta sumbangan alat bantuan pembelajaran kepada penduduk dan pelajar sebagai tanda keprihatinan sosial terhadap kesejahteraan komuniti setempat. Seramai 50 keluarga bagi penerima Bakul Kasih dan 85 pelajar sekolah bagi alat bantuan pembelajaran.

Kejayaan pelaksanaan program ini turut disokong melalui kerjasama strategik bersama pelbagai pihak, antaranya Kolej Vokasional Kuala Lipis bagi komponen solar, MARDI dan MARDICORP bagi pembangunan hidroponik serta GreenKit, Yayasan Kosma menerusi sumbangan Bakul Kasih Rakyat serta Zakat ¼¯ÃÀÂé¶¹ melalui sumbangan alat bantuan pembelajaran. Program ini juga menerima tajaan daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Pejabat Ahli Parlimen Cameron Highlands, Tenaga Nasional Berhad dan Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Negeri Pahang.

Majlis penutup program telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Dato’ Dr. Ramli Mohd Nor selaku Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia. Secara keseluruhannya, program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 230 masyarakat Orang Asli di kedua-dua kampung sekali gus memperlihatkan impak positif dan berterusan terhadap pembangunan komuniti secara inklusif dan mampan.

Translate »