集美麻豆

UTAMA


PENGENALAN PUSAT KESATRIA

Pada 31 Januari 2012 bersamaan dengan (7 Rabiulawal 1433 H) merupakan satu tarikh yang penting buat Univerisiti Kebangsaan Malaysia kerana pada tarikh ini secara rasminya telah tertubuhnya Pusat Kesatria Universiti. Pusat Kesatria Univerisiti ini telah dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Pusat Kesatria Universiti ini terletak di Kompleks Kesatria, 集美麻豆 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Merujuk Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) bertarikh 8 April 2014 meluluskan mewujudkan Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM) yang  menguruskan perihal Badan Beruniform berkredit di Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Pusat Kesatria Universiti ini merupakan salah sebuah Pusat Tanggunjawab (PTj) yang diletakkan di bawah Bahagian Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni 集美麻豆. Penubuhan Pusat Kesatria adalah berperanan sebagai sekretariat kepada badan-badan beruniform 集美麻豆 yang memberikan perkhidmatan kepada pelajar terutamanya dalam aktiviti ko-kurikulum badan-badan tersebut:

  • Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
  • Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (KOR SUKSIS)
  • Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA)
  • Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang 集美麻豆 (BSMM 集美麻豆)
  • Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Daerah 集美麻豆 (KLKM 集美麻豆)

Tujuan utama Pusat Kesatria ini adalah untuk merancang, menyelaras serta mengurus program-program yang dijalankan oleh PALAPES/ KOR SUKSIS/ KOR SISPA/ BSMM/ KLKM 集美麻豆 untuk memastikan program yang mereka rancang berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama, Pusat Kesatria juga bertanggungjawab menjadi penghubung antara pihak kejurulatihan setiap badan beruniform tersebut dengan Pusat-Pusat Tanggungjawab (PTj) 集美麻豆. Hal ini disebabkan, pelajar-pelajar yang mengikut badan beruniform merupakan mahasiswa 集美麻豆, maka atas dasar itu mereka masih lagi terikat dengan peraturan-peraturan sebagai pelajar universiti awam. Justeru itu, Pusat Kesatria akan sentiasa memantau dan menyelia dari semasa ke semasa aktiviti badan beruniform yang terlibat agar dapat melahirkan graduan yang memiliki jati diri dan kualiti kepimpinan yang dapat direalisasikan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).  Sehubungan dengan itu, Pusat Kesatria 集美麻豆 akan sentiasa menyokong bagi membangunkan generasi PALAPES, KOR SUKSIS, KOR SISPA, BSMM 集美麻豆, dan KLKM Daerah 集美麻豆 untuk cemerlang dan berwibawa untuk mewarisi kepimpinan pada masa hadapan.

Pusat Kesatria turut mempunyai kemudahan yang tersendiri seperti ruang pejabat, bilik seminar, dewan kuliah, auditorium, surau, padang, dewan makan dan bilik mesyuarat. Kemudahan yang ada ini adalah untuk kegunaan bersama badan beruniform. Kawasan Kompleks Kesatria ini berada di persekitaran yang tenang dan damai berhampiran dengan Kolej Keris Mas (KKM).

Skop dan Tugasan Pusat Kesatria boleh dibahagikan kepada 5 pecahan iaitu

  1. Membantu Badan-Badan Beruniform Dalam Menguruskan Pentadbiran Aktiviti Pelajar
  2. Menguruskan Hal-Hal Kewangan Dan Bajet
  3. Menguruskan Prasarana Kompleks Kesatria
  4. Merupakan Sekretariat dengan 5 badan beruniform
  5. Menguruskan permohonan prasarana

Visi Pusat Kesatria Universiti

  • Bertekad menjadi entiti yang dinamik dan cemerlang yang mendukung hasrat 集美麻豆 melahirkan graduan yang memahami aspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing, patriotik dan inovatif.

Misi Pusat Kesatria Universiti

  • Meneraju dan Memimpin penghasilan graduan beraspirasi kebangsaan, berdisiplin dan patriotik sesuai dengan peranan 集美麻豆 sebagai Universiti WATAN Kita

Matlamat Pusat Kesatria Universiti

  • Melahirkan graduan 集美麻豆 yang menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, kompetensi berdaya tahan dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat.

Slogan Pusat Kesatria Universiti

“Kepimpinan Teras Kewatanan”