¼¯ÃÀÂé¶¹ PERKUKUH DIPLOMASI BUDAYA MALAYSIA – INDONESIA MELALUI PEMENTASAN TEATER TARIAN KUCING HITAM
Ìý
¼¯ÃÀÂé¶¹, berteraskan semangat TEKAD 57, terus memperkukuh peranannya sebagai institusi ilmu yang menerajui kecemerlangan akademik, pembangunan budaya, jaringan komuniti dan hubungan serantau melalui penganjuran Teater Tarian Kucing Hitam pada 10 Jun 2026 bertempat di Panggung Seni, ¼¯ÃÀÂé¶¹ Bangi.
Ìý
Pementasan ini dianjurkan bersama oleh Pusat Pengurusan Penjanaan ¼¯ÃÀÂé¶¹ (selaku penaraju SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan), Pusat Pengajian Citra Universiti, Kelab Teater Rimba ¼¯ÃÀÂé¶¹, dan dengan kerjasama Universitas Indonesia, Institut Seni Budaya Indonesia (ISBI) Bandung, Sanggar Mancasari Malaysia, Comex Studio Indonesia dan Sanggar Obor Indonesia.
Pementasan ini turut dihadiri tetamu kehormat dan wakil kementerian, antaranya YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia; Bapak Ferry Iswandy, Minister Counsellor, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur; Professor Datuk Dr. Ramzah Dambul, Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara; YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Erfy bin Ismail, Menjalankan Tugas Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); Dr. Muhammad Firdaus bin Azizan, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan (KBS); Dr. Nor Suhara binti Fadzil, Setiausaha Bahagian, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); serta Mohamed Asrof Semin, Pengarah Pusat Kebudayaan ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Ìý
Pementasan ini turut diserikan dengan kehadiran dua mantan Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar ¼¯ÃÀÂé¶¹, iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh dan Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Othman A. Karim serta tokoh pengarah muzik dan komposer tanah air, Datuk Johari Salleh.
Di bawah arahan Prof. Madya Dr. Afifuddin Husairi Hussain selaku Pengarah Produksi, Teater Tarian Kucing Hitam mengangkat konflik cinta, pengorbanan serta dinamika sosial masyarakat dalam sebuah naratif seni.
Ìý
Pementasan ini menggabungkan elemen teater, tari, gerak, muzik dan naratif bagi menyampaikan kisah yang sarat dengan nilai kemanusiaan, emosi dan renungan budaya.
Ìý
Lebih daripada sebuah persembahan seni, pementasan ini menjadi wadah diplomasi budaya yang memperkukuh persefahaman antara Malaysia dan Indonesia, menyemai rasa hormat terhadap warisan bersama serta mempererat hubungan persahabatan antara kedua-dua negara. Melalui bahasa seni yang bersifat universal, ¼¯ÃÀÂé¶¹ terus memainkan peranan penting sebagai jambatan ilmu, budaya dan hubungan serantau.
Ìý
Pementasan ini juga menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan SDG 11: Sustainable Cities and Communities, khususnya dalam aspek pemerkasaan komuniti melalui seni, budaya dan warisan. Melalui penglibatan pelajar, warga universiti, penggiat seni, komuniti serta rakan strategik dari Malaysia dan Indonesia, ¼¯ÃÀÂé¶¹ bukan sahaja meraikan keindahan seni persembahan serumpun, malah turut memperkukuh komitmennya dalam membina masyarakat yang saling memahami, menghargai warisan budaya dan menjunjung nilai persahabatan antara negara.