Taklimat dan Lawatan Tapak Bidaan Penjanaan bagi Menjalankan dan Menguruskan Kedai Serbaneka di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) Universiti Kebangsaan Malaysia
Satu Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Bidaan Penjanaan bagi Menjalankan dan Menguruskan Kedai Serbaneka di FEP, ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah diadakan pada 14 April 2026 (Selasa) di Ruang Kedai Serbaneka, Aras 2, FEP.
Sesi ini diadakan bagi memberi penerangan kepada syarikat yang berminat mengenai skop perkhidmatan, keperluan operasi dan syarat-syarat Bidaan Penjanaan. Selain itu lawatan tapak turut dijalankan bagi membolehkan syarikat melihat keadaan sebenar lokasi serta memahami kemudahan yang disediakan. Perbincangan ini turut merangkumi aspek pengurusan operasi dan penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien serta memberi manfaat kepada warga fakulti.
Taklimat dan lawatan tapak ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, turut hadir Encik Mohd Najib Adun, Ketua Pentadbiran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), wakil FEP, wakil Pusat Perumahan Pelajar(PPP), wakil Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP), wakil syarikat dan wakil JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹.