Satu sesi lawatan bersama telah dijalankan di Kafeteria Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 04 Jun 2026 bagi meninjau keadaan semasa pengoperasian kafeteria tersebut.
Ìý
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memantau tahap kebersihan serta memastikan persekitaran kafeteria berada dalam keadaan yang bersih, selamat dan selesa untuk digunakan oleh warga kolej. Sepanjang lawatan, beberapa teguran telah diberikan kepada pihak pengurusan kafeteria khususnya berkaitan aspek kebersihan premis, pengendalian makanan serta penyelenggaraan kawasan sekitar.
Ìý
Selain itu, turut ditekankan adalah berkenaan kepentingan pematuhan terhadap piawaian kebersihan yang telah ditetapkan serta menggalakkan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Ìý
Secara keseluruhannya, lawatan ini diharap dapat membantu memastikan pengoperasian kafeteria berada pada tahap yang memuaskan serta memberi manfaat kepada penghuni kolej.
Ìý
Lawatan tapak ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, turut hadir YBhg. Prof. Madya. Ts Dr. Saiful Irwan Zubairi merupakan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, Puan Athirah Abdul Aziz pegawai tadbir JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹ dan wakil Kolej Pendeta Za’ba.