Syarikat Brahim’s Holding Berhad melalui anak syarikatnya Desatera Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama bersama ¼¯ÃÀÂé¶¹ melalui proses Pelawaan Untuk Cadangan atau Request For Proposal (RFP) bagi menaik taraf tapak F&B di ¼¯ÃÀÂé¶¹ untuk tempoh 5 + 5 tahun.
Dua kafe iaitu Kafe Canseloria di Bangunan Canselori dan Kafe Randau Rasa di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh telah dibangunkan dan telah beroperasi sejak tahun 2017.
Pihak syarikat telah berjaya melaksanakan penyegaran F&B di ¼¯ÃÀÂé¶¹ dengan memperkenalkan perkhidmatan penyediaan makanan yang lebih berkualiti. Kafe Canseloria merupakan premis makanan pertama di ¼¯ÃÀÂé¶¹ yang menyediakan perkhidmatan F&B dengan konsep selesa dan santai yang sering dijadikan tempat untuk meraikan tetamu oleh pihak pengurusan serta warga ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Manakala Kafe Randau Rasa telah dinaik taraf sebagai ‘food court’ yang lebih berkualiti dengan kemudahan ‘central kitchen’ yang memenuhi spesifikasi antarabangsa. Kafe Canseloria dan Kafe Randau Rasa juga merupakan dua premis makanan pertama di ¼¯ÃÀÂé¶¹ yang mendapat penarafan gred A bagi Penggeredan Premis Makanan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).