¼¯ÃÀÂé¶¹

Majlis Penyerahan Replika Kunci Kafeteria Richiamo Coffee ¼¯ÃÀÂé¶¹ di AST

31 Oktober 2022

Sekitar sesi penyerahan replika kunci Kafeteria Richiamo Coffee ¼¯ÃÀÂé¶¹ Bangi yang berlangsung di Akademia Siber Teknopolis ¼¯ÃÀÂé¶¹ (AST). Majlis simbolik ini menandakan pembukaan rasmi kafeteria tersebut di ¼¯ÃÀÂé¶¹. Replika kunci telah diserahkan oleh YBrs. Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital), Pusat Pengurusan Penjanaan ¼¯ÃÀÂé¶¹ (JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹) kepada En. Adam Kassim, Pengarah Pemasaran Richiamo Coffee.

Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Prof. Madya Dr. Rabiah Abdul Kadir, Pengarah Institut IR4.0; Puan Safaniza Che Ani, Ketua Penolong Pendaftar JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹; Cik Najatulmuna Hamdan, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan Jabatan Pendaftar; En. Mujahid Abu Bakar, Ketua Pentadbiran Institut IR4.0; Cik Athirah Abdul Aziz, Pegawai Tadbir JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹; serta pegawai-pegawai dari JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹ dan Institut IR4.0.

Richiamo Coffee telah memulakan operasinya pada hari ini, 31 Oktober 2022 (Isnin), dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.