Majlis Penyerahan Penginapan Luar Kampus Daripada Jana@¼¯ÃÀÂé¶¹ & Professional-UKM kepada Pusat Perumahan Pelajar.
Tarikh 23 Jun 2022 merupakan detik bersejarah buat warga ¼¯ÃÀÂé¶¹ apabila secara rasminya Pusat Perumahan Pelajar mengambil alih pengurusan penginapan luar kampus yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022. Majlis penyerahan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar ¼¯ÃÀÂé¶¹ di Bilik Mesyuarat Lembaga, Aras 6 Bangunan Canselori.
Pusat Pengurusan Penjanaan ¼¯ÃÀÂé¶¹ (JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹) telah menguruskan 300 unit penginapan luar kampus di Pangsapuri ¼¯ÃÀÂé¶¹ Seksyen 1, Pangsapuri ¼¯ÃÀÂé¶¹ Seksyen 3, Pangsapuri ¼¯ÃÀÂé¶¹ Taman Tenaga dan Rumah Teres Jalan 6 sejak tahun 2015. Semoga dengan penyerahan ini pengurusan penginapan dan kebajikan pelajar ¼¯ÃÀÂé¶¹ akan lebih maju demi ¼¯ÃÀÂé¶¹ tercinta.
Turut hadir menyaksikan penyerahan ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar ¼¯ÃÀÂé¶¹, YBrs. Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Bendahari ¼¯ÃÀÂé¶¹, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM, YBrs. Dr. Shazli Ezzat Ghazali, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar dan YBrs. Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, timbalan-timbalan pengarah dan pegawai-pegawai dari JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, Profesional-UKM dan Pusat Perumahan Pelajar.