¼¯ÃÀÂé¶¹

Lawatan dan Pemantauan Perkhidmatan Dobi Berpusat Layan Diri di Kolej ke-13

29 April 2026

Lawatan dan Pemantauan Perkhidmatan Dobi Berpusat Layan Diri di Kolej ke-13, Universiti Kebangsaan Malaysia

Satu sesi lawatan dan pemantauan tapak berkaitan pengoperasian dobi berpusat layan diri di Kolej 13, Universiti Kebangsaan Malaysia telah dijalankan pada 27 April 2026 di tapak dobi berkenaan.

Sesi ini diadakan bagi menilai tahap operasi serta memastikan kemudahan dobi yang disediakan berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lancar. Selain itu, lawatan tapat turut dilaksanakan bagi meninjau keadaan sebenar lokasi dan kemudahan yang disediakan. Sepanjang sesi ini, beberapa perkara telah diberikan perhatian termasuk aspek pengurusan operasi, penyelenggaraan mesin serta kebersihan kawasan bagi memastikan perkhidmatan dobi dapat digunakan dengan lebih efisien, selesa dan memberi manfaat kepada penghuni kolej.

Lawatan dan pemantauan tapak ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, turut hadir wakil Kolej 13 dan wakil JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹.