IGD Archives - /jana-ukm/category/aktiviti-tahunan/igd/ Wed, 01 Jul 2026 08:47:39 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 Teater Tarian Kucing Hitam /jana-ukm/teater-tarian-kucing-hitam/ /jana-ukm/teater-tarian-kucing-hitam/#respond Thu, 11 Jun 2026 08:36:57 +0000 /jana-ukm/?p=14208 Teater Tarian Kucing Hitam – Diplomasi Budaya Malaysia Indonesia 11 Jun 2026 ¼¯ÃÀÂé¶¹ PERKUKUH DIPLOMASI…

The post Teater Tarian Kucing Hitam appeared first on .

]]>

Teater Tarian Kucing Hitam - Diplomasi Budaya Malaysia Indonesia

11 Jun 2026

¼¯ÃÀÂé¶¹ PERKUKUH DIPLOMASI BUDAYA MALAYSIA – INDONESIA MELALUI PEMENTASAN TEATER TARIAN KUCING HITAM
Ìý
¼¯ÃÀÂé¶¹, berteraskan semangat TEKAD 57, terus memperkukuh peranannya sebagai institusi ilmu yang menerajui kecemerlangan akademik, pembangunan budaya, jaringan komuniti dan hubungan serantau melalui penganjuran Teater Tarian Kucing Hitam pada 10 Jun 2026 bertempat di Panggung Seni, ¼¯ÃÀÂé¶¹ Bangi.
Ìý
Pementasan ini dianjurkan bersama oleh Pusat Pengurusan Penjanaan ¼¯ÃÀÂé¶¹ (selaku penaraju SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan), Pusat Pengajian Citra Universiti, Kelab Teater Rimba ¼¯ÃÀÂé¶¹, dan dengan kerjasama Universitas Indonesia, Institut Seni Budaya Indonesia (ISBI) Bandung, Sanggar Mancasari Malaysia, Comex Studio Indonesia dan Sanggar Obor Indonesia.
Pementasan ini turut dihadiri tetamu kehormat dan wakil kementerian, antaranya YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia; Bapak Ferry Iswandy, Minister Counsellor, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur; Professor Datuk Dr. Ramzah Dambul, Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara; YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Erfy bin Ismail, Menjalankan Tugas Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); Dr. Muhammad Firdaus bin Azizan, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan (KBS); Dr. Nor Suhara binti Fadzil, Setiausaha Bahagian, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); serta Mohamed Asrof Semin, Pengarah Pusat Kebudayaan ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Ìý
Pementasan ini turut diserikan dengan kehadiran dua mantan Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar ¼¯ÃÀÂé¶¹, iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh dan Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Othman A. Karim serta tokoh pengarah muzik dan komposer tanah air, Datuk Johari Salleh.
Di bawah arahan Prof. Madya Dr. Afifuddin Husairi Hussain selaku Pengarah Produksi, Teater Tarian Kucing Hitam mengangkat konflik cinta, pengorbanan serta dinamika sosial masyarakat dalam sebuah naratif seni.
Ìý
Pementasan ini menggabungkan elemen teater, tari, gerak, muzik dan naratif bagi menyampaikan kisah yang sarat dengan nilai kemanusiaan, emosi dan renungan budaya.
Ìý
Lebih daripada sebuah persembahan seni, pementasan ini menjadi wadah diplomasi budaya yang memperkukuh persefahaman antara Malaysia dan Indonesia, menyemai rasa hormat terhadap warisan bersama serta mempererat hubungan persahabatan antara kedua-dua negara. Melalui bahasa seni yang bersifat universal, ¼¯ÃÀÂé¶¹ terus memainkan peranan penting sebagai jambatan ilmu, budaya dan hubungan serantau.
Ìý
Pementasan ini juga menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan SDG 11: Sustainable Cities and Communities, khususnya dalam aspek pemerkasaan komuniti melalui seni, budaya dan warisan. Melalui penglibatan pelajar, warga universiti, penggiat seni, komuniti serta rakan strategik dari Malaysia dan Indonesia, ¼¯ÃÀÂé¶¹ bukan sahaja meraikan keindahan seni persembahan serumpun, malah turut memperkukuh komitmennya dalam membina masyarakat yang saling memahami, menghargai warisan budaya dan menjunjung nilai persahabatan antara negara.

The post Teater Tarian Kucing Hitam appeared first on .

]]>
/jana-ukm/teater-tarian-kucing-hitam/feed/ 0
Pemerkasaan Pembangunan Pendapatan bagi anak syarikat di bawah ¼¯ÃÀÂé¶¹ Holdings /jana-ukm/pemerkasaan-pembangunan-pendapatan-bagi-anak-syarikat-di-bawah-ukm-holdings/ /jana-ukm/pemerkasaan-pembangunan-pendapatan-bagi-anak-syarikat-di-bawah-ukm-holdings/#respond Tue, 12 May 2026 08:22:33 +0000 /jana-ukm/?p=14191 Pemerkasaan Pembangunan Pendapatan bagi Anak Syarikat di bawah ¼¯ÃÀÂé¶¹ Holdings 12 Mei 2026 Satu mesyuarat…

The post Pemerkasaan Pembangunan Pendapatan bagi anak syarikat di bawah ¼¯ÃÀÂé¶¹ Holdings appeared first on .

]]>

Pemerkasaan Pembangunan Pendapatan bagi Anak Syarikat di bawah ¼¯ÃÀÂé¶¹ Holdings

12 Mei 2026

Satu mesyuarat berkaitan pemerkasaan pembangunan pendapatan bagi anak syarikat di bawah ¼¯ÃÀÂé¶¹ Holdings telah diadakan pada 11 Mei 2026.
Mesyuarat ini memberi fokus kepada usaha memperkukuh strategi penjanaan pendapatan, meneroka peluang perniagaan strategik baharu serta memperkasa peranan anak syarikat dalam menyokong agenda kelestarian kewangan universiti secara lebih mampan, progresif dan berimpak.
Ìý
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah ¼¯ÃÀÂé¶¹ Holdings dan turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada anak syarikat di bawah ¼¯ÃÀÂé¶¹ Holdings.ÌýPusat Pengurusan Penjanaan ¼¯ÃÀÂé¶¹ (JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹) telah diwakili oleh Pro Naib Canselor, Prof. Adi serta Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan), Prof. Madya Dr. Afifuddin Husairi Hussain.
Ìý
Dalam mendepani cabaran ekonomi semasa serta keperluan universiti untuk memperkasa kemampanan kewangan, JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹ komited memperkukuh ekosistem penjanaan pendapatan universiti melalui pendekatan strategik, inovatif dan berimpak, selaras dengan aspirasi ¼¯ÃÀÂé¶¹ ke arah kelestarian kewangan dan kecemerlangan institusi.

The post Pemerkasaan Pembangunan Pendapatan bagi anak syarikat di bawah ¼¯ÃÀÂé¶¹ Holdings appeared first on .

]]>
/jana-ukm/pemerkasaan-pembangunan-pendapatan-bagi-anak-syarikat-di-bawah-ukm-holdings/feed/ 0
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria di Bangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) ¼¯ÃÀÂé¶¹ /jana-ukm/majlis-penyerahan-surat-setuju-terima-sst-bagi-projek-pemasangan-sistem-fotovolta-suria-di-bangunan-hospital-canselor-tuanku-muhriz-hctm-ukm/ /jana-ukm/majlis-penyerahan-surat-setuju-terima-sst-bagi-projek-pemasangan-sistem-fotovolta-suria-di-bangunan-hospital-canselor-tuanku-muhriz-hctm-ukm/#respond Wed, 24 Dec 2025 08:14:52 +0000 /jana-ukm/?p=13646 Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria Di Bangunan Hospital…

The post Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria di Bangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) ¼¯ÃÀÂé¶¹ appeared first on .

]]>

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria Di Bangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) ¼¯ÃÀÂé¶¹

24 Disember 2025

Pada 23 Disember 2025 bertempat di Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur, YBrs. Ir. Zularifin Sejo, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan dan Yang Menjalankan Tugas Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah menyempurnakan Majlis Penyerahan SST bagi Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria (Grid Connected PV System) di Bangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), ¼¯ÃÀÂé¶¹ kepada syarikat Intelligent Power System Technology Sdn Bhd.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Sr Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) ¼¯ÃÀÂé¶¹; YBhg. Dato’ Ir Dr. Hj. Nasehir Khan E.M Yahaya, Ketua Pengarah, National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM); YBrs. Ir. Dr. Abdul Muhaimin Mahmud, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik serta YBrs. Prof. Madya Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh @ Hussain, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹.

Pelaksanaan projek ini dijangka dapat meningkatkan kelestarian penggunaan tenaga dan keselesaan pengguna, serta menyokong inisiatif tenaga solar dalam meningkatkan kecekapan tenaga dan kelestarian alam sekitar.

The post Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria di Bangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) ¼¯ÃÀÂé¶¹ appeared first on .

]]>
/jana-ukm/majlis-penyerahan-surat-setuju-terima-sst-bagi-projek-pemasangan-sistem-fotovolta-suria-di-bangunan-hospital-canselor-tuanku-muhriz-hctm-ukm/feed/ 0
Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Kampus Kesihatan USM /jana-ukm/lawatan-penandaarasan-ke-jabatan-pembangunan-dan-pengurusan-fasiliti-jppf-kampus-kesihatan-usm/ /jana-ukm/lawatan-penandaarasan-ke-jabatan-pembangunan-dan-pengurusan-fasiliti-jppf-kampus-kesihatan-usm/#respond Tue, 14 Oct 2025 02:17:45 +0000 /jana-ukm/?p=12392 Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Kampus Kesihatan USM 14 Oktober 2025…

The post Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Kampus Kesihatan USM appeared first on .

]]>

Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Kampus Kesihatan USM

14 Oktober 2025

Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan pada 14 Oktober 2025 bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.
Ìý
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengadakan sesi perbincangan dua hala berkaitan pengurusan dan perkhidmatan aktiviti penjanaan pendapatan, khususnya dalam aspek kecekapan tenaga lestari di Kampus Kesihatan USM.
Ìý
Selain itu, lawatan ini turut bertujuan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung perancangan, pelaksanaan dan keberhasilan projek kecekapan tenaga lestari kampus yang telah dijalankan oleh USM, sebagai rujukan dan penanda aras kepada inisiatif seumpamanya di ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Ìý
Lawatan ini disertai oleh:
  • Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh@Hussain.
  • Felo Bersekutu SERI ¼¯ÃÀÂé¶¹, YBrs. Dr. Nurul Syakirah Nazri.
  • Ketua Unit Awam JPP ¼¯ÃÀÂé¶¹, Ir. Mohd Firdaus Shaharudin;
  • Ketua Unit Infostruktur & Tenaga JPP ¼¯ÃÀÂé¶¹, Encik Muhammad Syahidi Hasbullah.
  • Jurutera (Mekanikal) JPP ¼¯ÃÀÂé¶¹, Ts. Ahmad Muzakkir Ahmad Tajuddin.
  • Wakil JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹ dan pihak JPPF USM.

The post Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Kampus Kesihatan USM appeared first on .

]]>
/jana-ukm/lawatan-penandaarasan-ke-jabatan-pembangunan-dan-pengurusan-fasiliti-jppf-kampus-kesihatan-usm/feed/ 0
Mesyuarat bersama YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor /jana-ukm/mesyuarat-bersama-yab-menteri-besar-selangor-dato-seri-amirudin-shari-di-pejabat-dato-menteri-besar-selangor/ /jana-ukm/mesyuarat-bersama-yab-menteri-besar-selangor-dato-seri-amirudin-shari-di-pejabat-dato-menteri-besar-selangor/#respond Fri, 05 Sep 2025 01:04:56 +0000 /jana-ukm/?p=9259 Mesyuarat bersama YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Pejabat Dato’ Menteri Besar…

The post Mesyuarat bersama YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor appeared first on .

]]>

Mesyuarat bersama YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

10 September 2025

4 September 2025, Khamis: Mesyuarat bersama YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor.
Ìý
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Mesyuarat ini bagi membincangkan serta menyelesaikan isu isu yang melibatkan tanah hakmilik Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ìý
Mesyuarat ini telah dihadiri Naib Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹ Prof. Dr. Sufian Jusoh, Pro Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Timbalan Pengarah Eksekutif (Strategi Pembangunan Hartanah) JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed,
Turut dihadiri juga Pengarah Jabatan Pembangunan MPKj TPr. Haji Reduan Idris, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPKj Ir. Fadilah Razalli, wakil dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta wakil dari Pejabat Tanah & Daerah Hulu Langat.

The post Mesyuarat bersama YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor appeared first on .

]]>
/jana-ukm/mesyuarat-bersama-yab-menteri-besar-selangor-dato-seri-amirudin-shari-di-pejabat-dato-menteri-besar-selangor/feed/ 0
Mesyuarat Penyediaan Prosedur Kerja Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) ¼¯ÃÀÂé¶¹ /jana-ukm/mesyuarat-penyediaan-prosedur-kerja-pelawaan-untuk-cadangan-rfp-ukm2/ /jana-ukm/mesyuarat-penyediaan-prosedur-kerja-pelawaan-untuk-cadangan-rfp-ukm2/#respond Thu, 24 Apr 2025 07:45:27 +0000 /jana-ukm/?p=9602 Mesyuarat Penyediaan Prosedur Kerja Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) ¼¯ÃÀÂé¶¹ 24 April 2025 Mesyuarat Penyediaan Prosedur…

The post Mesyuarat Penyediaan Prosedur Kerja Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) ¼¯ÃÀÂé¶¹ appeared first on .

]]>

Mesyuarat Penyediaan Prosedur Kerja Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) ¼¯ÃÀÂé¶¹

24 April 2025

Mesyuarat Penyediaan Prosedur Kerja Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) ¼¯ÃÀÂé¶¹
Ìý
23 April 2025 (Rabu) – Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membincangkan dengan lebih terperinci berkaitan prosedur kerja RFP.
Ìý
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Bahagian Pembangunan KPT, En. Muhammad Faizaruddin Jamaluddin.
Ìý
Turut terlibat dalam mesyuarat ini adalah Penasihat Undang-Undang (PPUU); Pn. Hazlina Mohd Khalid, Timbalan Pendaftar ¼¯ÃÀÂé¶¹ Kampus Kuala Lumpur; En. Adli Muhammad, Timbalan Pengarah Eksekutif JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹; YBrs. Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed dan YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh @ Hussain serta pegawai-pegawai JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹; Sr. Mohd Za’im Aziz, En. Mohammad Firdaus Ishak, En. Amirul Shafiq Ahmad Nubli, En Noor Irwan Amri dan Pn. Elmi Suraya Yahya.
Turut hadir, Pegawai Undang-Undang; Cik Wan Nor Izzati Wan Zainal Abidin.

The post Mesyuarat Penyediaan Prosedur Kerja Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) ¼¯ÃÀÂé¶¹ appeared first on .

]]>
/jana-ukm/mesyuarat-penyediaan-prosedur-kerja-pelawaan-untuk-cadangan-rfp-ukm2/feed/ 0
Lawatan Penandaarasan di UTM Hotel & Residence /jana-ukm/lawatan-penandaarasan-di-utm-hotel-residence2/ /jana-ukm/lawatan-penandaarasan-di-utm-hotel-residence2/#respond Wed, 23 Apr 2025 07:30:16 +0000 /jana-ukm/?p=9577 Lawatan Penandaarasan di UTM Hotel & Residence 23 April 2025 UTM Hotel & Residence, Kuala…

The post Lawatan Penandaarasan di UTM Hotel & Residence appeared first on .

]]>

Lawatan Penandaarasan di UTM Hotel & Residence

23 April 2025

UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur pada 21 April 2025 (Isnin).
Bahagian Strategi Pembangunan Hartanah Jana@¼¯ÃÀÂé¶¹ telah mengadakan satu lawatan penandaarasan di UTM Hotel & Residence. Objektif lawatan adalah bagi meninjau dan mengadakan perbincangan dua hala bagi pengurusan dan perkhidmatan hotel.
Ìý
Rombongan pihak JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹ diketuai oleh Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed, Timbalan Pengarah Eksekutif (Strategi Pembangunan Hartanah).
Ìý
Manakala UTM Holdings Sdn Bhd diketuai oleh Encik Ahmad Kamil Kushairi (Ketua Pengarah Eksekutif UTM Holdings Sdn Bhd

The post Lawatan Penandaarasan di UTM Hotel & Residence appeared first on .

]]>
/jana-ukm/lawatan-penandaarasan-di-utm-hotel-residence2/feed/ 0
Lawat Periksa Kerja-Kerja bagi Naik Taraf Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh /jana-ukm/lawat-periksa-kerja-kerja-bagi-naik-taraf-dewan-tun-abdullah-mohd-salleh2/ /jana-ukm/lawat-periksa-kerja-kerja-bagi-naik-taraf-dewan-tun-abdullah-mohd-salleh2/#respond Tue, 25 Jun 2024 03:39:39 +0000 /jana-ukm/?p=10635 Lawat Periksa Kerja-Kerja bagi Naik Taraf Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh 25 Jun 2024 Satu…

The post Lawat Periksa Kerja-Kerja bagi Naik Taraf Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh appeared first on .

]]>

Lawat Periksa Kerja-Kerja bagi Naik Taraf Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh

25 Jun 2024

Satu lawat periksa kerja-kerja naik taraf Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh telah diadakan bagi memastikan segala proses pembaikan dan penambahbaikan berjalan lancar mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan. Lawatan ini disertai oleh YBrs. Prof Madya Dr. Mustazar Mansur bersama pegawai dari JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, Encik Muhammad Shazwan Mohd Shahadan.

Semasa lawatan, pihak pengurusan dan pegawai terlibat meneliti kemajuan kerja, memeriksa kualiti bahan dan pelaksanaan serta membincangkan sebarang isu yang perlu ditangani bagi memastikan projek selesai dengan jayanya. Inisiatif ini mencerminkan komitmen ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam mempertingkatkan fasiliti kampus demi keselesaan dan keselamatan warga universiti.

The post Lawat Periksa Kerja-Kerja bagi Naik Taraf Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh appeared first on .

]]>
/jana-ukm/lawat-periksa-kerja-kerja-bagi-naik-taraf-dewan-tun-abdullah-mohd-salleh2/feed/ 0
Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Projek Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Projek Pemasangan dan Pengoperasian Sistem Panel Solar di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan ¼¯ÃÀÂé¶¹ di Dewan Kuliah 1, HCTM /jana-ukm/sesi-taklimat-dan-lawatan-tapak-projek-pelawaan-untuk-cadangan-rfp-projek-pemasangan-dan-pengoperasian-sistem-panel-solar-di-hospital-canselor-tuanku-muhriz-hctm-dan-fakulti-perubatan-ukm-di-dewan/ /jana-ukm/sesi-taklimat-dan-lawatan-tapak-projek-pelawaan-untuk-cadangan-rfp-projek-pemasangan-dan-pengoperasian-sistem-panel-solar-di-hospital-canselor-tuanku-muhriz-hctm-dan-fakulti-perubatan-ukm-di-dewan/#respond Thu, 09 May 2024 03:31:12 +0000 /jana-ukm/?p=10610 Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Projek Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Projek Pemasangan dan Pengoperasian Sistem…

The post Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Projek Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Projek Pemasangan dan Pengoperasian Sistem Panel Solar di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan ¼¯ÃÀÂé¶¹ di Dewan Kuliah 1, HCTM appeared first on .

]]>

Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Projek Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Projek Pemasangan dan Pengoperasian Sistem Panel Solar di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan ¼¯ÃÀÂé¶¹ di Dewan Kuliah 1, HCTM

9 Mei 2024

Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Projek Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Projek Pemasangan dan Pengoperasian Sistem Panel Solar di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan ¼¯ÃÀÂé¶¹ di Dewan Kuliah 1, HCTM.

Sesi taklimat dan lawatan ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Strategi Pembangunan Hartanah) JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed, Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) (Kampus Kuala Lumpur), Encik Mohd Fahmeey Hashim, Timbalan Ketua Jabatan (I) JPP (Kampus Kuala Lumpur), Encik Mohd Farif Abd Rahman, Penolong Pendaftar JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, Puan Nasywa Sahrozi, wakil JPP dan wakil JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹.

Sebanyak 23 syarikat telah hadir bagi sesi taklimat dan lawatan tapak projek RFP ini.

The post Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Projek Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Projek Pemasangan dan Pengoperasian Sistem Panel Solar di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan ¼¯ÃÀÂé¶¹ di Dewan Kuliah 1, HCTM appeared first on .

]]>
/jana-ukm/sesi-taklimat-dan-lawatan-tapak-projek-pelawaan-untuk-cadangan-rfp-projek-pemasangan-dan-pengoperasian-sistem-panel-solar-di-hospital-canselor-tuanku-muhriz-hctm-dan-fakulti-perubatan-ukm-di-dewan/feed/ 0
Sesi Lawat Periksa dan Pemeriksaan ke atas Bangunan Blok 2 Kolej Keris Mas /jana-ukm/sesi-lawat-periksa-dan-pemeriksaan-ke-atas-bangunan-blok-2-kolej-keris-mas/ /jana-ukm/sesi-lawat-periksa-dan-pemeriksaan-ke-atas-bangunan-blok-2-kolej-keris-mas/#respond Wed, 27 Mar 2024 03:10:11 +0000 /jana-ukm/?p=10538 Sesi Lawat Periksa dan Pemeriksaan ke atas Bangunan Blok 2 Kolej Keris Mas 27 Mac…

The post Sesi Lawat Periksa dan Pemeriksaan ke atas Bangunan Blok 2 Kolej Keris Mas appeared first on .

]]>

Sesi Lawat Periksa dan Pemeriksaan ke atas Bangunan Blok 2 Kolej Keris Mas

27 Mac 2024

Sesi Lawat Periksa dan Pemeriksaan ke atas Bangunan Blok 2 Kolej Keris Mas pada 27 Mac 2024 oleh wakil pihak Pengurusan Penjanaan ¼¯ÃÀÂé¶¹ (JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹) Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed, Timbalan Pengarah Eksekutif (Strategi Pembangunan Hartanah) , pegawai Hartanah Sr. Mohd Za’im Aziz, Sr. Ts. Mohammad Firdaus Ishak dan En. Amirul Shafiq Ahmad Nubli. Turut serta bersama juga wakil pihak syarikat Encik Norman dan Encik Muktar Jamil.

The post Sesi Lawat Periksa dan Pemeriksaan ke atas Bangunan Blok 2 Kolej Keris Mas appeared first on .

]]>
/jana-ukm/sesi-lawat-periksa-dan-pemeriksaan-ke-atas-bangunan-blok-2-kolej-keris-mas/feed/ 0