¼¯ÃÀÂé¶¹

Perbincangan Aduan Perkhidmatan Dobi Berpusat Layan Diri di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), ¼¯ÃÀÂé¶¹

11 Mei 2026

Satu sesi perbincangan berhubung aduan berkaitan perkhidmatan dobi berpusat layan diri di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pada 10 Mac 2026 (Selasa) di Tapak Dobi Berpusat Layan Diri, Blok K3P dan K3M, KTHO.

Perbincangan ini diadakan bagi meneliti isu dan maklum balas yang diterima berkaitan perkhidmatan dobi yang disediakan kepada penghuni kolej.Melalui sesi perbincangan ini, beberapa perkara telah dibincangkan termasuk aspek pengurusan operasi, penyelenggaraan mesin serta penambahbaikan perkhidmatan bagi memastikan kemudahan dobi dapat berfungsi dengan lebih baik dan memberi manfaat kepada warga kolej.

Perbincangan dan lawatan tapak ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹, turut hadir YBrs. Prof. Madya P.Geol Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin, Pengetua Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Puan Athirah Abdul Aziz, wakil Kolej Tun Hussien Onn, wakil syarikat dan wakil JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹