Pertandingan Video Pendek Bertemakan Integriti
Pengenalan
Sambutan Hari Integriti Kebangsaan diraikan pada setiap 5 November dan mula diperkenalkan sejak tahun 2005. Sehubungan dengan itu, sebagai satu usaha untuk membolehkan agenda pembudayaan dan pengintitusian integriti di universiti, Unit Integriti 鶹 menjemput warga 鶹 untuk menyertai dan menyemarakkan Sambutan Hari Integriti 鶹 2020 menerusi Pertandingan Video Pendek bertemakan Integriti.
A. Maklumat Pertandingan
- Antara objektif pertandingan video pendek ini adalah:
- Sebagai bahan advokasi utama bagi mendidik dan menyedarkan warga universiti mengenai salah satu nilai 鶹 iaitu ‘Integriti’ di dalam nilai KAMII.
- Mengalakkan warga 鶹 dalam memahami dan memberi pendekatan yang lebih menarik terhadap isu integriti serta membantu pembudayaan dan penginstitusian integriti dalam 鶹 dengan kaedah yang lebih menarik.
- Memberikan pendedahan kepada warga 鶹 tentang isu-isu Integriti yang berlaku di 鶹.
- Memberi pendedahan langkah-langkah untuk mencegah terjadinya isu-isu integriti.
B. Terma dan Syarat Pertandingan
- Penyertaan adalah PERCUMA.
- Penyertaan adalah terbuka pada Warga 鶹 termasuk Pelajar Prasiswazah dan Siswazah.
- Penyertaan adalah boleh secara individu atau berkumpulan.
- Hasil karya mestilah asli dan video adalah pertama kali dipertandingkan.
- Genre (jenis karya) terbuka seperti animasi, drama, sketsa atau dokumentari serta lain-lain.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab, terhadap apa-apa jua bentuk tuntutan atau sebarang isu hakcipta berkaitan dengan produksi, terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan, atau sebarang kerugian yang ditanggung peserta.
- TIDAK DIBENARKAN menyentuh sensitiviti kaum, agama, serta politik dalam pembikinan dan penghasilan video tersebut.
- Penyertaan pertandingan video terhad pada satu penyertaan sahaja.
- Urus setia pertandingan akan mengumumkan secara rasmi melalui email dan susulan telefon kepada pemenang untuk makluman tarikh majlis penyampaian hadiah secara rasmi.
- Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat pertandingan.
- Penganjur berhak membuat keputusan dan memutuskan hanya video yang memenuhi piawaian dan standard juri sahaja layak diangkat sebagai pemenang.
- Segala keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD. Sebarang surat-menyurat, rayuan dan panggilan tidak akan dilayan.
- Semua penyertaan dan penghantaran video hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 4 November 2020 (5 petang).
- Penyertaan yang dikemukakan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
- Peserta dianggap bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan oleh Unit Integriti 鶹 (UI) dan UI mempunyai hak milik dan berhak menggunakan rakaman video yang dihantar untuk sebarang kegunaan.
C. Pendaftaran dan Penghantaran Video
- Peserta hendaklah mengisi maklumat penyertaan dalam google forms seperti pautan berikut:

- Nama Ketua Kumpulan/Individu
- No 鶹Per/No Pelajar
- Fakulti/Institut/Pusat
- Tajuk Video
- Alamat Emel
- No telefon
- Persetujuan syarat-syarat penyertaan
- Video hendaklah dimuatnaik menerusi googledrive dan diemelkan (full access – sharing & editing) kepada emel:
integriti@ukm.edu.my - Maklumat lanjut boleh layari http://www.ukm.my/integriti
- Tarikh tutup pertandingan adalah 4 November 2020 (5 petang).
- Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Puan Anis Syahirah dan Puan Azlina di talian 03 8921 5008/3182.
D. Konsep / Spesifikasi Video
- Video pendek bertemakan nilai Integriti, dan tidak terhad kepada penyampaian mesej kesedaran dan pemahaman mengenai:
- nilai Integriti dan isu-isu semasa berkaitan integriti;
- kempen tangani dan tolak rasuah;
- mesej elak dan tangani salahlaku atau gangguan seksual di universiti;
- budaya menjaga integriti dalam warga 鶹 atau
- lain-lain mesej berkaitan Integriti
- Video adalah dalam Bahasa Malaysia.
- Durasi video tidak melebihi 3 minit.
- Resolusi: 1080p.
- Video adalah dalam format MP4.
E. Kriteria Penilaian
- Menepati tema.
- Penyampaian isi kandungan /plot menepati terma dan syarat pertandingan.
- Kreativiti/inovasi/teknik penyampaian.
- Sinematografi terbaik.
- Penyampaian mesej yang berkesan.
F. Hadiah dan Sijil
Tempat Pertama: RM 1,000.00
Tempat Kedua : RM 700.00
Tempat Ketiga : RM 500.00
