SPRM, ENAM ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH (AMAR) BERKOLABORASI MENJAYAKAN BUAL BICARA ANTIRASUAH AMAR 2024
Sumber : Facebook SPRM
BANGI, 25 Mei 鈥 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkolaborasi bersama enam institusi pengajian tinggi awam dan swasta menjayakan Program Bual Bicara Antirasuah Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) 2024 bertempat di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, 集美麻豆, Bangi, Selangor.
BANGI, 25 Mei 鈥 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkolaborasi bersama enam institusi pengajian tinggi awam dan swasta menjayakan Program Bual Bicara Antirasuah Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) 2024 bertempat di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, 集美麻豆, Bangi, Selangor.
听
Kesemua 250 peserta program tersebut terdiri daripada mahasiswa pelbagai jurusan yang menuntut di 集美麻豆, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Selangor (UIS), Kolej Newton, Kolej Universiti Saito, dan Asian Pacific Universiti of Technology (APU).
听
Program anjuran bersama AMAR 集美麻豆 dengan Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman mahasiswa terhadap isu rasuah disamping memperkasakan integriti dalam kalangan barisan pelapis kepimpinan negara di masa hadapan.
听
Acara bermula dengan perkongsian 鈥淶ero to Hero鈥 oleh Encik Amar Faiz Mohamed, Pegawai eksekutif CSR al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd yang berkongsi pandangan dan pengalaman tentang aspek pembangunan sahsiah diri dan prinsip integriti dalam muamalat seharian.
听
Program diteruskan dengan perkongsian bertajuk 鈥淪PRM: Betul ke Telus?鈥 yang disampaikan oleh KPKPj Mohd Nur Lokman Samingan selaku Ketua Sektor Inisiatif Antirasuah, Bahagian Perancangan Governans Nasional, SPRM dengan memberi penekanan mengenai usaha-usaha serta peranan yang dimainkan SPRM dalam membanteras salah laku rasuah di Malaysia.
听
Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, KPKPj Samsul bin Salip. Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kepimpinan) Pusat Hal-Ehwal Pelajar, 集美麻豆 YBrs Ts. Dr. Ahmad Firdaus bin Arham.
听
