Rancangan penubuhan Pusat IDEA ¼¯ÃÀÂé¶¹ atau IDEA ¼¯ÃÀÂé¶¹ akronim INOVATIF, DINAMIK, EFISIEN dan AKAUNTABILITI telah diluluskan dalam mesyuarat MPU bil 9/2017 pada 8 Ogos 2017. Pusat ini telah dirasmikan penubuhannya pada 20 November 2017 oleh YB Menteri Pengajian Tinggi secara majlis pelancaran program ¼¯ÃÀÂé¶¹ – International Integrated Conference (¼¯ÃÀÂé¶¹-IIC). Antara fungsi utama penubuhan Pusat IDEA ¼¯ÃÀÂé¶¹ adalah untuk menggerakkan cetusan idea-idea penyelidikan multidisiplin berdampak bagi mencari penyelesaian tuntas terhadap cabaran-cabaran Perdana yang dihadapi negara.

IDEA ¼¯ÃÀÂé¶¹ pada mulanya bergerak dengan 7 Cabaran Perdana yang disokong oleh sejumlah kumpulan penyelidikan dari PTJ yang bernaung bawah teras penyelidikan yang berkaitan. Setiap Cabaran Perdana dipimpin oleh penyelidik-penyelidik tersohor sebagai peneraju.
Bagi menggerakkan idea penyelidikan rentas disiplin, IDEA ¼¯ÃÀÂé¶¹ juga telah mengadakan program jerayawara ke seluruh fakulti dan institut bagi menerangkan fungsi dan peranan IDEA ¼¯ÃÀÂé¶¹ serta memperjelaskan lagi konsep Cabaran Perdana dalam kalangan penyelidik. Sepanjang 2 tahun Cabaran Perdana diperkenalkan, IDEA ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah menawarkan sebanyak 127 projek penyelidikan dengan jumlah dana sebanyak RM11.5 juta tidak termasuk sumbangan RM1.2 juta daripada pihak berkepentingan (stakeholder).
Selain itu, bagi merancakkan lagi interaksi silang disiplin antara penyelidik, IDEA ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah mengadakan lapan program Rampai Penyelidik dengan pelbagai tema yang menarik. Antara tema yang pernah dianjurkan adalah Air, Kelapa Sawit, ASEAN dan STEM Untuk Komuniti. Program ini bukan sahaja telah menarik penyertaan daripada penyelidik ¼¯ÃÀÂé¶¹, malah dari luar ¼¯ÃÀÂé¶¹ juga.
Dengan semangat baru tahun 2020, IDEA ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah memperkenalkan Kluster Penyelidikan bagi meneraju penyelidikan multidisiplin ¼¯ÃÀÂé¶¹. Kluster Penyelidikan ini wujud berteraskan Nic Penyelidikan ¼¯ÃÀÂé¶¹, Cabaran Perdana, Sustainable Development Goals, Agenda Global 2030-SDGs, World Economic Forum, ASEAN Forging Forward 2025, Rancangan Malaysia ke-11, Wawasan Kemakmuran Bersama dan Malaysian Urban Forum. Terdapat 5 Kluster Penyelidikan yang setiap satunya diketuai oleh Peneraju Kluster.
Di samping menjadi pakar rujuk, Kluster Penyelidikan juga ditugaskan untuk merangcang strategi dan mengukuhkan ekosistem penyelidikan ¼¯ÃÀÂé¶¹ dengan lebih teratur, cekap dan sistematik. Selain itu, Kluster Penyelidikan ini juga bakal meningkatkan dan mengukuhkan hubungan kerjasama dalam penyelidikan dalam dan luar negara melalui program benchmarking dengan universiti-universiti tersohor. Semua ini hanya akan mampu dicapai dengan penglibatan dan sokongan yang padu daripada semua penyelidik ¼¯ÃÀÂé¶¹ sama ada penyelidik tersohor mahupun penyelidik muda.

