¼¯ÃÀÂé¶¹

Majlis Kecemerlangan ¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB dalam Penarafan QS Global MBA Rankings 2026

¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB Cipta Sejarah

Majlis Kecemerlangan ¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB dalam Penarafan QS Global MBA Rankings 2026 telah berlangsung dengan penuh gemilang di Bangi Resort Hotel bagi meraikan pencapaian bersejarah ¼¯ÃÀÂé¶¹-Graduate School of Business (¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB) yang buat pertama kalinya tersenarai dalam QS Global MBA Rankings 2026, apabila berada pada kedudukan 151–200 terbaik dunia, ke-23 terbaik di Asia dan kedua terbaik di Malaysia.

Pencapaian ini memperkukuh kedudukan ¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB sebagai antara sekolah perniagaan paling berprestij di rantau ini, berteraskan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan tadbir urus bertaraf antarabangsa. ¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB turut meraih akreditasi penuh AACSB (2025–2031) serta pengiktirafan dua sarjananya dalam senarai 2% saintis terbaik dunia (Elsevier 2025) iaitu Prof. Ts. Dr. Mohd Helmi Ali dan Prof. Madya Dr. Abdullah Al Mamun.

Dalam majlis tersebut, Naib Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹, Prof. Dr. Sufian Jusoh, menzahirkan rasa bangga atas pengiktirafan ini yang mencerminkan keunggulan ¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB di pentas global, manakala Dekan ¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB, Prof. Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul, menegaskan bahawa ¼¯ÃÀÂé¶¹ kekal satu-satunya universiti di Malaysia yang menggunakan kurikulum rasmi Harvard Business School.

Majlis turut dihadiri oleh Tunku Kecil Muda Negeri Sembilan, Yang Mulia Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin, Pengarah Yayasan Canselor yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed dan Pendaftar, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud.

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga ¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB atas pencapaian gemilang ini yang terus mengangkat jenama ¼¯ÃÀÂé¶¹ di persada antarabangsa.

Video liputan penuh oleh Astro Awani

Baca lanjut di sini: