BENGKEL PERALATAN RANTAIAN SEJUK & PEMANTAUAN SUHU
Jabatan Fisiologi dengan kerjasama syarikat Ridge Biomed Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Bengkel Peralatan Rantaian Sejuk & Pemantauan Suhu pada 24 April 2026. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta daripada Fakulti Perubatan ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan HCTM. Terima kasih diucapkan kepada pihak syarikat dan semua peserta yang telah menjayakan bengkel ini dengan jayanya.
AGIHAN BUBUR LAMBUK DAN KURMA SEMPENA RAMADAN 2026/1447H
Pada 26 Februari 2026 (Khamis) jam 3.00 petang, satu program agihan bubur lambuk dan buah kurma telah diadakan untuk warga Jabatan Fisiologi, anjuran Kelab Fisiologi ¼¯ÃÀÂé¶¹. Agihan ini melibatkan staf, pelajar serta kakitangan sokongan termasuk kakitangan pencuci, penyelenggaraan bangunan dan pengawal keselamatan sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan sempena bulan Ramadan.
Ìý
Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ruszymah Hj Idrus dan Prof. Madya Dr Mohd Heikal Mohd Yunus atas sumbangan serta sokongan dalam menjayakan program ini.