Jabatan Farmakologi听merupakan sebuah jabatan pra-klinikal di Fakulti Perubatan, 集美麻豆. Ia ditubuhkan pada听tahun 1974. Pada masa itu jabatan ini terletak di Jalan Dr. Latif, Kuala Lumpur, berdekatan dengan Hospital Kuala Lumpur. Pada tahun 2014, Jabatan Farmakologi telah berpindah ke premis yang sedia ada sekarang ini, iaitu di tingkat 17, Bangunan Pra Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di Jalan Yaacob Latiff, Cheras, Kuala Lumpur.
听
Setakat tahun 2025, Jabatan Farmakologi mempunyai听12 orang kakitangan akademik听dan听14 orang kakitangan听sokongan dan pelaksana听terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Setiausaha pejabat , seorang Pegawai Sains, seorang Pegawai Penyelidik, tujuh orang Penolong Pegawai Sains Perubatan dan tiga orang Pembantu Operasi. Jabatan Farmakologi terlibat dalam pengajaran pelajar Perubatan Tahun 1 dan Tahun 2 (Kurikulum Integrasi). Pensyarah di jabatan ini bukan sahaja terlibat dalam pengajaran aspek farmakologi yang terdapat dalam pelbagai modul induk bagi kursus Perubatan Tahun 1 dan 2, tetapi juga terlibat sepenuhnya dalam pengajaran modul-modul lain seperti 鈥淧rofessional and Personal Development鈥, 鈥淐linical Sciences鈥 dan juga sesi PBL (Problem-based learning/Pembelajaran berasaskan masalah).
听
Beberapa pensyarah di jabatan ini juga terlibat dalam memberi kuliah kepada para pelajar di Fakulti Pergigian. Pensyarah di jabatan ini juga menyelia projek penyelidikan pelajar-pelajar tahun akhir kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dan Sarjan Muda Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Di samping itu, kakitangan akademik di jabatan ini juga aktif menyelia siswazah di peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah.