BANGI, 31 Oktober 2023 – Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU), ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah mengadakan mesyuarat bersama ¼¯ÃÀÂé¶¹ eSports Arena bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan di antara kedua-dua belah pihak dalam sukan berteraskan e-Sport di peringkat ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Nazri Muslim, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Jaringan), PPCU, ¼¯ÃÀÂé¶¹. Manakala pihak eSports Arena diwakili oleh Dr. Daniel Chong, Pengasas ¼¯ÃÀÂé¶¹ eSports Arena.
Di dalam mesyuarat tersebut, kedua belah pihak bersetuju bahawa sukan berteraskan e-Sport sedang berkembang pesat di peringkat kebangsaan dan dunia. Perkara ini tidak hanya merangkumi aspek permainan hiburan semata-mata, tetapi turut melibatkan pengurusan acara, pengurusan korporat, pengurusan IT dan perancangan kewangan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar.
Oleh itu, kerjasama antara PPCU dengan ¼¯ÃÀÂé¶¹ eSports Arena amat digalakan tambahan pula PPCU telah menawarkan kursus eSport kepada pelajar ¼¯ÃÀÂé¶¹, manakala ¼¯ÃÀÂé¶¹ eSports Arena telah mempunyai prasarana dan fasiliti yang terletak di Pusanika, ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Di dalam pertemuan ini kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama diperingkat MoA bagi memajukan sukan berteraskan e-Sport.




