Syarahan Perdana Archives - Berita 集美麻豆 /beritaukm/category/syarahan-perdana/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Fri, 15 May 2026 02:38:01 +0000 en-US hourly 1 Gangguan Deria Bau Jejas Emosi dan Keyakinan Diri /beritaukm/gangguan-deria-bau-jejas-emosi-dan-keyakinan-diri/ /beritaukm/gangguan-deria-bau-jejas-emosi-dan-keyakinan-diri/#respond Fri, 15 May 2026 02:38:00 +0000 /beritaukm/?p=4665 Oleh Murniati Abu KarimFoto Izwan Azman Gangguan deria bau sering dianggap perkara kecil namun, ia mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan seseorang dari sudut emosi, keyakinan diri dan hubungan sosial.…

The post Gangguan Deria Bau Jejas Emosi dan Keyakinan Diri appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

Gangguan deria bau sering dianggap perkara kecil namun, ia mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan seseorang dari sudut emosi, keyakinan diri dan hubungan sosial.

Prof. Dr. Salina Husain dari Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher, Fakulti Perubatan 集美麻豆 berkata kehilangan keupayaan menghidu boleh menimbulkan rasa takut, terasing dan tekanan emosi kerana individu tidak lagi mampu mengenal pasti bau di sekeliling termasuk bau badan sendiri.

鈥溾淜alau kehilangan deria bau sepenuhnya, ada pesakit jadi takut untuk bergaul sebab dia tidak tahu sama ada dirinya berbau atau tidak. Mereka jadi kurang keyakinan diri, suka menyendiri dan lama-kelamaan boleh mengalami kemurungan dan cenderung untuk membunuh diri.

鈥淪elain itu, kajian oleh Keaveny yang diterbitkan pada tahun 2021 mendapati bau badan yang tidak menyenangkan dan penjagaan kebersihan diri yang tidak teratur boleh  merosakkan perhubungan, bahkan boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga,鈥 katanya.

Di samping itu, Prof. Dr. Salina Husain berkata gangguan deria bau turut menyebabkan makanan terasa hambar dan tawar kerana seseorang tidak lagi dapat menikmati aroma makanan seperti biasa.

鈥淒eria bau memainkan peranan penting dalam meningkatkan kenikmatan rasa makanan.

鈥淚a juga membantu mengesan potensi bahaya kesihatan seperti makanan basi atau busuk serta bahaya persekitaran seperti kebocoran gas yang boleh menyebabkan kebakaran di rumah,鈥 jelas beliau ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk  鈥淧ermasalahan Deria Bau: Rawatan dan Inovasi鈥.

Salah satu penyakit radang hidung adalah alahan hidung atau rinitis alergi, jelasnya.

鈥70 peratus pesakit alahan hidung tahap sederhana dan teruk mengalami masalah kekurangan bau.

鈥淕ejala lain adalah kerap bersin, gatal, hidung berair dan hidung tersumbat,鈥 katanya.

Tambah beliau, rawatan terkini untuk alahan hidung adalah imunoterapi alergen dan 集美麻豆 merupakan perintis untuk rawatan ini di Malaysia.

鈥淧esakit alahan hidung tahap teruk beserta alahan mata atau alahan kulit atau asma dengan ujian menunjukkan alahan kepada hama disarankan rawatan imunoterapi.

鈥淐ara penggunaannya adalah pil atau semburan di bawah lidah sekali sehari selama tiga tahun.

鈥淩awatan ini akan meningkatkan imuniti terhadap hama. Pesakit akan bebas dari gejala alahan dalam jangka masa panjang iaitu selama 5-10 tahun.

鈥淩awatan juga boleh mencegah serangan asma di masa akan datang,鈥 katanya.

Dr. Salina berkata kajian ini menunjukkan gejala alahan seperti gatal hidung, bersin, hidung tersumbat dan juga gatal mata dan gatal kulit, beserta dengan masalah tidur yang tidak nyenyak dan emosi negatif, telah berkurangan secara signifikan selepas tiga bulan menjalani rawatan imunoterapi.

Menurutnya, lebih 95 peratus pesakit tidak lagi bergantung kepada semburan steroid dan pil antihistamin selepas enam bulan rawatan.

The post Gangguan Deria Bau Jejas Emosi dan Keyakinan Diri appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/gangguan-deria-bau-jejas-emosi-dan-keyakinan-diri/feed/ 0
Psikologi Dakwah Penting Dalam Membentuk Potensi Remaja Gen Z /beritaukm/psikologi-dakwah-penting-dalam-membentuk-potensi-remaja-gen-z/ /beritaukm/psikologi-dakwah-penting-dalam-membentuk-potensi-remaja-gen-z/#respond Wed, 29 Apr 2026 04:57:08 +0000 /beritaukm/?p=4595 Oleh Melor Suria MinhatFoto Ikhwan Hashim BANGI, 28 April 2026 鈥 Pendekatan psikologi dakwah dilihat mampu menjadi kerangka penting dalam memahami dan membentuk potensi remaja generasi baharu yang berhadapan dengan…

The post Psikologi Dakwah Penting Dalam Membentuk Potensi Remaja Gen Z appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Melor Suria Minhat
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 28 April 2026 鈥 Pendekatan psikologi dakwah dilihat mampu menjadi kerangka penting dalam memahami dan membentuk potensi remaja generasi baharu yang berhadapan dengan cabaran dunia digital serta perubahan sosial yang semakin kompleks.

Menurut Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof. Dato鈥 Dr. Fariza Md Sham, dakwah bukan sekadar penyampaian mesej keagamaan, sebaliknya merupakan satu pendekatan dinamik yang menuntut kefahaman mendalam terhadap psikologi manusia, khususnya golongan remaja.

鈥淧endekatan psikologi dakwah perlu bersifat berhikmah dan meraikan fitrah manusia, dengan memberi penekanan kepada aspek emosi, pemikiran dan tingkah laku agar mesej dakwah dapat menyentuh jiwa serta memberi kesan yang mendalam,鈥 katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk 鈥淧sikologi Dakwah Memacu Potensi Remaja Gen Z鈥, di Bilik Senat, baru-baru ini.

Dalam tajuk itu, beliau telah mengupas berkenaan pendekatan psikologi dakwah dalam memahami dan membentuk potensi remaja, khususnya remaja Gen Z yang membesar dalam persekitaran digital.

Katanya, remaja Gen Z merupakan generasi yang membesar dalam persekitaran digital dan mempunyai keupayaan tinggi dalam mengakses maklumat serta berinteraksi secara maya.

鈥淕enerasi ini mempunyai potensi yang besar, namun pada masa yang sama berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk tekanan emosi dan ketagihan media sosial,鈥 tambah beliau.

Menurutnya, cabaran tersebut memerlukan pendekatan dakwah yang lebih kontemporari dan relevan agar dapat disesuaikan dengan realiti kehidupan generasi masa kini.

鈥淧endekatan dakwah perlu berkembang seiring perubahan zaman, termasuk memanfaatkan medium digital dan interaktif sebagai saluran yang dekat dengan kehidupan remaja,鈥 jelas beliau.

Dalam syarahan itu, Prof. Dato鈥 Dr. Fariza turut memperkenalkan Model Pembentukan Remaja Gen Z berasaskan konsep 5Q yang menekankan keseimbangan antara aspek rohani, emosi, kepimpinan dan keupayaan diri.

鈥淧embentukan remaja perlu dilihat secara menyeluruh agar potensi mereka dapat diperkasa secara seimbang antara keperluan dunia dan akhirat,鈥 katanya.

Selain itu, pendekatan psikospiritual Islam turut diketengahkan sebagai elemen penting dalam membina kesejahteraan mental dan emosi remaja.

Beliau turut menekankan kepentingan motivasi, pendekatan emosi positif serta tazkiyat al-nafs sebagai strategi dalam membentuk sahsiah dan daya tahan diri remaja dalam mendepani cabaran era digital.

Penganjuran syarahan ini mencerminkan komitmen berterusan 集美麻豆 dalam memperkukuh budaya wacana ilmu serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui pendekatan akademik yang relevan dan berimpak tinggi.

The post Psikologi Dakwah Penting Dalam Membentuk Potensi Remaja Gen Z appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/psikologi-dakwah-penting-dalam-membentuk-potensi-remaja-gen-z/feed/ 0
Status Ekonomi Keluarga Antara Faktor Jejas Pemakanan Kanak-Kanak /beritaukm/status-ekonomi-keluarga-antara-faktor-jejas-pemakanan-kanak-kanak/ /beritaukm/status-ekonomi-keluarga-antara-faktor-jejas-pemakanan-kanak-kanak/#respond Mon, 23 Feb 2026 00:34:26 +0000 /beritaukm/?p=4430 Oleh Murniati Abu KarimFoto Ikhwan Hashim BANGI 鈥 Status sosioekonomi keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti pemakanan kanak-kanak. Majori kanak-kanak didapati tidak mencapai tahap Kepelbagaian Makanan Minimum (MDD) dan…

The post Status Ekonomi Keluarga Antara Faktor Jejas Pemakanan Kanak-Kanak appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI 鈥 Status sosioekonomi keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti pemakanan kanak-kanak.

Majori kanak-kanak didapati tidak mencapai tahap Kepelbagaian Makanan Minimum (MDD) dan Diet Minimum yang Boleh Diterima (MAD) terutamanya mereka di kawasan luar bandar.

Profesor Pemakanan di Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Prof. Dr. Poh Bee Koon berkata situasi ini menjadi lebih meruncing akibat impak pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

鈥淟ebih 60 peratus isi rumah dilaporkan mengalami penurunan pendapatan bulanan, yang secara langsung mengakibatkan penurunan drastik dalam pengambilan sumber nutrien penting seperti susu dan produk tenusu.

鈥淢anakala, terdapat peningkatan dalam pengambilan makanan ruji mudah disediakan seperti mi segera.

鈥淩entetan daripada kekangan ekonomi dan peralihan persekitaran ini, kita kini melihat satu kitaran malpemakanan yang kompleks,鈥 katanya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor Fakulti Sains Kesihatan yang bertajuk 鈥楳enyingkap Realiti Malpemakanan Kanak-Kanak dan Strategi Menanganinya鈥.

Menurutnya, hampir 43 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengalami susut akibat malpemakanan akut yang turut menjejaskan pertumbuhan jangka panjang seperti bantut.

鈥淢alaysia mencatatkan peningkatan yang membimbangkan, iaitu lebih dua kali ganda di kawasan luar bandar, manakala kawasan bandar turut menunjukkan kenaikan hampir 3 peratus bagi isu kurang berat badan,鈥 katanya.

Selain itu, masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga semakin meningkat, dengan 5.5 peratus kanak-kanak terjejas, termasuk di Asia Tenggara dan Malaysia.

鈥淧revalens berat badan berlebihan dan obesiti di Malaysia kini hampir sama antara kawasan bandar dan luar bandar, iaitu sekitar 18 peratus,鈥 jelas Prof. Poh.

Menurut beliau, antara faktor lain yang menyebabkan corak pemakanan tidak seimbang ialah persekitaran makanan obesogenik yang dihadapi kanak-kanak hari ini.

鈥淧engaruh makanan moden, makanan Barat serta trend 鈥渕akanan viral鈥 yang tinggi kandungan gula dan lemak kini telah menjadi norma baharu.

鈥淧eralihan ini bukan sahaja menjejaskan kualiti diet, malah memberi kesan kepada kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan,鈥 ujarnya.

Pada majlis ini, beliau turut membentangkan beberapa inisiatif yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja bagi menangani masalah malpemakanan seperti Program ToyBox Study Malaysia, Program eToyBox, Program Juara Sihat, Program C.E.R.G.A.S. dan Program ENeA SEA (Early Nutriton eAcademy Southeast Asia).

The post Status Ekonomi Keluarga Antara Faktor Jejas Pemakanan Kanak-Kanak appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/status-ekonomi-keluarga-antara-faktor-jejas-pemakanan-kanak-kanak/feed/ 0
Masalah Mata Kanak-Kanak Boleh Dirawat Jika Dikesan Awal /beritaukm/masalah-mata-kanak-kanak-boleh-dirawat-jika-dikesan-awal/ /beritaukm/masalah-mata-kanak-kanak-boleh-dirawat-jika-dikesan-awal/#respond Tue, 23 Dec 2025 00:51:19 +0000 /beritaukm/?p=4235 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 22 Disember 2025 – Di Malaysia, punca utama gangguan penglihatan yang boleh dirawat ialah ralat refraksi yang tidak dibetulkan dan katarak. Menurut Profesor Fakulti…

The post Masalah Mata Kanak-Kanak Boleh Dirawat Jika Dikesan Awal appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 22 Disember 2025 – Di Malaysia, punca utama gangguan penglihatan yang boleh dirawat ialah ralat refraksi yang tidak dibetulkan dan katarak.

Menurut Profesor Fakulti Sains Kesihatan (FSK), 集美麻豆,聽Prof Datuk Dr Rokiah Omar, rawatan awal yang tepat seperti rawatan ambliopia atau mata malas boleh memberikan ramalan pemulihan yang sangat baik sekiranya dilakukan pada peringkat awal.

Beliau berkata, masalah penglihatan yang gagal dikesan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, boleh memberi kesan serius terhadap perkembangan mental dan sosial mereka.

鈥淜ajian oleh Duratul Ain et al. (2009) menunjukkan gangguan penglihatan yang tidak dirawat boleh menjejaskan pembelajaran dan interaksi sosial kanak-kanak.

鈥淒i Malaysia, saringan penglihatan sekolah telah dilaksanakan sejak tahun 1967, namun ia hanya melibatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas,鈥 katanya.

Menurut beliau lagi, apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan sistem prasekolah, saringan penglihatan turut diperluaskan kepada kanak-kanak berusia enam tahun. Walau bagaimanapun, liputan tersebut masih belum menyeluruh kerana ia hanya melibatkan sekolah aliran perdana.

鈥淪ebahagian besar kanak-kanak di Malaysia sebenarnya bersekolah di tadika swasta atau tadika KEMAS seawal usia empat tahun, dan mereka ini tidak termasuk dalam saringan penglihatan sekolah,鈥 jelasnya.

Sehubungan itu, bagi memperluas capaian saringan penglihatan kepada kanak-kanak prasekolah, saringan tersebut telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada aktiviti penyaringan di klinik kesihatan seluruh negara.

鈥淯saha hasil kerjasama penyelidik Program Optometri dan Sains Penglihatan FSK 集美麻豆 dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini telah menjadikan saringan penglihatan pada usia empat tahun sebagai satu polisi sejak tahun 2011.

Prof Datuk Dr Rokiah berkata demikian ketika menyampaikan聽Syarahan Perdana Profesor bertajuk聽Pencegahan Kebutaan, Pemulihan dan Kualiti Hidup Orang Berpenglihatan Terhad: Pendekatan Berasaskan Prinsip Pelbagai Disiplin.

Selain saringan di klinik kesihatan, beliau memaklumkan bahawa 集美麻豆 turut membangunkan聽Kit Saringan Penglihatan KieVision聽untuk digunakan oleh guru-guru prasekolah dan sekolah.

鈥淜it ini merangkumi tiga komponen utama, iaitu pemerhatian luaran mata, ujian juling dan ujian tahap penglihatan.

鈥淧elaksanaan saringan penglihatan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah amat penting kerana kira-kira 85 peratus keupayaan pembelajaran mereka berkait rapat dengan fungsi penglihatan,鈥 katanya.

Beliau menjelaskan bahawa usia prasekolah merupakan tempoh sensitif bagi perkembangan sistem penglihatan, iaitu tempoh di mana rangsangan visual sangat diperlukan untuk memastikan fungsi penglihatan berkembang secara optimum.

鈥淥leh itu, ujian saringan disarankan dilakukan setiap tahun bagi memantau perkembangan penglihatan kanak-kanak,鈥 jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Kit Saringan Penglihatan KieVision turut diuji ke atas kanak-kanak Orang Asli daripada suku Temuan. Hasil kajian mendapati聽40.9 peratus聽daripada sampel kanak-kanak tersebut mengalami gangguan penglihatan yang memerlukan rawatan.

鈥淩alat refraksi dikenal pasti sebagai punca utama gangguan penglihatan dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli ini,鈥 katanya.

Menariknya, beliau turut menjelaskan bahawa majoriti kanak-kanak tersebut mengalami聽hipermetropia atau rabun dekat聽sebanyak 28.2 peratus, berbeza dengan populasi etnik lain di Malaysia yang lebih lazim mengalami miopia atau rabun jauh.

Keseluruhannya, beliau menegaskan bahawa saringan penglihatan awal dan menyeluruh adalah langkah penting bagi memastikan kesihatan mata rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak, terus terpelihara demi kualiti hidup yang lebih baik.

The post Masalah Mata Kanak-Kanak Boleh Dirawat Jika Dikesan Awal appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/masalah-mata-kanak-kanak-boleh-dirawat-jika-dikesan-awal/feed/ 0
Rawat Rabun Jauh Kanak-Kanak dengan Kanta OK /beritaukm/rawat-rabun-jauh-kanak-kanak-dengan-kanta-ok/ /beritaukm/rawat-rabun-jauh-kanak-kanak-dengan-kanta-ok/#respond Mon, 15 Dec 2025 08:09:28 +0000 /beritaukm/?p=4163 Oleh Murniati Abu KarimFoto Izwan Azman BANGI, 12 Disember 鈥 Miopia atau rabun jauh kini diiktiraf sebagai masalah kesihatan awam global akibat kadar prevalens yang semakin meningkat, khususnya dalam kalangan…

The post Rawat Rabun Jauh Kanak-Kanak dengan Kanta OK appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 12 Disember 鈥 Miopia atau rabun jauh kini diiktiraf sebagai masalah kesihatan awam global akibat kadar prevalens yang semakin meningkat, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, miopia berisiko tinggi menyebabkan komplikasi penglihatan serius termasuk kebutaan.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, kajian McCullough et al. (2016) menunjukkan peningkatan prevalens miopia dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia, dengan kadar tertinggi direkodkan di negara jiran, Singapura.

Dijangka menjelang 2050, lima bilion penduduk dunia akan mengalami miopia, termasuk satu bilion yang berisiko menghidap miopia tinggi.

Dalam usaha menangani isu ini, Prof Dr Bariah telah mengenalpasti ortokeratologi (OK) merupakan kaedah kawalan miopia yang berkesan.

Menurutnya, OK adalah teknik kawalan miopia yang menggunakan kanta lekap khas direka untuk mengubah bentuk kornea secara sementara bagi menurunkan nilai miopia dan memulihkan penglihatan apabila kanta ditanggalkan.

鈥淪eorang miop hanya perlu memakai kanta OK pada waktu malam semasa tidur, dan menanggalkannya pada esok hari dan akan terus memperolehi penglihatan yang baik tanpa bantuan kanta optik.

鈥淧ada awalnya teknik OK tidak begitu popular kerana kurang maklumat atau kajian mengenai prosedur ini.

鈥淥leh itu, kami di telah mengambil inisiatif untuk memulakan penyelidikan mengenai OK dan seterusnya menerajui penyelidikan ini di Malaysia,鈥 katanya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk 鈥極rtokeratologi: Sinar Harapan Kanak- Kanak Miop鈥.

Menurutnya, kajian klinikal rawak terkawal pertama menggunakan kanta OK di Malaysia dan Asia Tenggara telah dijalankan di Klinik Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, 集美麻豆.

Kajian ini melibatkan 70 kanak-kanak miop dari sekitar Kuala Lumpur.

Pemantauan pemakaian kanta lekap dilakukan setiap bulan bagi memastikan keseragaman penggunaan, manakala penilaian kualiti hidup peserta dijalankan melalui soal selidik selepas 12 bulan pemakaian.

鈥淗asil kajian ini menunjukkan kanta OK berkesan mengawal perkembangan miopia dalam kanak-kanak Malaysia selepas 12 bulan pemakaian.

鈥淣ilai kuasa miopia berkurang sebanyak 60 peratus berbanding kacamata,鈥 katanya.

Berdasarkan penemuan ini, Prof. Dr. Bariah mencadangkan agar teknik OK dijadikan salah satu strategi utama dalam kawalan miopia kanak-kanak.

Beliau turut menekankan kepentingan latihan dan pengalaman klinikal berterusan bagi pegawai optometri supaya kemahiran mereka sentiasa selaras dengan perkembangan teknologi dan reka bentuk kanta OK.

鈥淧emeriksaan mata kanak-kanak sekolah juga mesti dijadikan mandatori setiap tahun. Ini selaras dengan dasar kesihatan negara yang proaktif dalam memastikan pengesanan awal masalah penglihatan bagi menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

鈥淏antuan kacamata secara percuma atau subsidi mesti diberikan kepada yang memerlukan bagi memastikan kanak-kanak sekolah tidak tercicir dalam akademik.

鈥淪elain itu, sistem pendidikan sekolah juga mesti ditambahbaik dengan mengurangkan tempoh penggunaan alat peranti visual atau membuat kerja dekat berlebihan, seperti yang diamalkan di beberapa negara di dunia seperti China, Singapura dan Taiwan,鈥 katanya.

Prof. Dr. Bariah berkata pasaran global untuk kanta OK dijangka meningkat seiring dengan peningkatan prevalens miopia secara global.

鈥淛usteru, halatuju penyelidikan OK seharusnya menumpu kepada material dan rekabentuk kanta, isyarat retina dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk meramal kejayaan pemasangan kanta dengan lebih tepat dan pantas.

鈥淪ehubungan itu, kerjasama yang kukuh dengan industri harus dipertingkatkan agar 集美麻豆 sentiasa terkehadapan dalam penyelidikan kanta lekap,鈥 jelasnya.

The post Rawat Rabun Jauh Kanak-Kanak dengan Kanta OK appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/rawat-rabun-jauh-kanak-kanak-dengan-kanta-ok/feed/ 0
Keutuhan DNA, Kunci Umur Panjang dan Kesihatan Seumur Hidup /beritaukm/keutuhan-dna-kunci-umur-panjang-dan-kesihatan-seumur-hidup/ /beritaukm/keutuhan-dna-kunci-umur-panjang-dan-kesihatan-seumur-hidup/#respond Sun, 16 Nov 2025 06:53:57 +0000 /beritaukm/?p=4023 Oleh Haiqal RawlinsFoto Pusat Komunikasi Korporat Keutuhan genetik bukan sekadar istilah saintifik yang rumit, tetapi sebenarnya asas kepada kesejahteraan kesihatan kita semua. Itulah mesej utama yang disampaikan oleh Prof. Dr.…

The post Keutuhan DNA, Kunci Umur Panjang dan Kesihatan Seumur Hidup appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Haiqal Rawlins
Foto Pusat Komunikasi Korporat

Keutuhan genetik bukan sekadar istilah saintifik yang rumit, tetapi sebenarnya asas kepada kesejahteraan kesihatan kita semua. Itulah mesej utama yang disampaikan oleh Prof. Dr. Nor Fadilah Rajab dalam Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk 鈥楰eutuhan Genetik Dalam Kesejahteraan Kesihatan鈥. Syarahan tersebut disampaikan di Bilik Senat 集美麻豆 pada 14 November 2025.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Prof. Dr. Suzana Shahar,serta barisan pengurusan fakulti.

Prof. Dr. Nor Fadilah yang merupakan pakar toksikologi biokimia dan molekul dari Fakulti Sains Kesihatan dan Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE),  menggunakan metafora 鈥楶okok Kesihatan鈥 dalam isi syarahan beliau. Dalam analogi ini, akar melambangkan gen yang sihat, batang mewakili ilmu dan faktor demografi, dahan menggambarkan gaya hidup seperti pemakanan dan senaman. Manakala daun pula merujuk kepada kesihatan fizikal dan mental yang terhasil.

鈥淧okok sihat datang daripada akar yang kukuh. Begitu juga manusia. Jika gen rosak, risiko kanser, diabetes atau penyakit neurodegeneratif tetap ada walaupun kita menjaga pemakanan dan bersenam,鈥 jelas beliau.

Beliau menerangkan bahawa keutuhan genetik merangkumi kestabilan dan fungsi DNA yang sempurna. Kerosakan boleh datang daripada mutasi, perubahan kromosom atau pendedahan kepada toksin persekitaran. Untuk mengesan masalah lebih awal, beliau memperkenalkan beberapa teknik mudah seperti Ujian Ames untuk mengenal pasti bahan karsinogen, Asai Komet yang menunjukkan DNA rosak seperti ekor komet di bawah mikroskop dan Asai Mikronukleus bagi mengesan aberasi kromosom.

鈥淜ita kini boleh 鈥榮can鈥 gen seperti membaca QR code untuk melihat risiko sebelum sakit. Ini membolehkan pencegahan lebih awal dan lebih tepat,鈥 tambah beliau.

Prof. Dr. Nor Fadilah turut menekankan kepentingan pendekatan multi-omik dalam memahami penyakit, yang membuka jalan kepada rawatan lebih peribadi berdasarkan profil genetik seseorang. Beliau juga menegaskan keperluan ujian genetik terhadap produk herba, kosmetik dan racun perosak sebelum dipasarkan bagi memastikan ia tidak merosakkan DNA pengguna.

鈥淎ir, udara dan tanah yang bersih bukan sekadar isu alam sekitar. Ia juga benteng pertama dalam melindungi genetik rakyat,鈥 katanya lagi.

Dalam aspek penuaan sihat, keutuhan genetik turut menjadi penanda awal kepada kecelaruan kognitif dan penyakit neurodegeneratif. Pemakanan kaya antioksidan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan teh hijau, disertai gaya hidup aktif, mampu membantu mengekalkan kestabilan DNA.

Sebagai penyelidik prolifik dengan lebih 200 artikel dan puluhan pelajar PhD di bawah bimbingannya, Prof. Dr. Nor Fadilah menunjukkan bahawa penyelidikan boleh memberi manfaat terus kepada masyarakat. Beliau berharap lebih banyak dasar kesihatan berasaskan genetik dapat dilaksanakan, termasuk saringan rutin, pendaftaran produk melalui ujian toksikologi genetik dan kerjasama erat antara universiti dan industri.

鈥淜esihatan masa depan bergantung pada bagaimana kita menjaga gen hari ini,鈥 ujar beliau mengakhiri syarahan.

The post Keutuhan DNA, Kunci Umur Panjang dan Kesihatan Seumur Hidup appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/keutuhan-dna-kunci-umur-panjang-dan-kesihatan-seumur-hidup/feed/ 0
Tingkah Laku Pekerja Pengaruhi Keselamatan di Tempat Kerja /beritaukm/tingkah-laku-pekerja-pengaruhi-keselamatan-di-tempat-kerja/ /beritaukm/tingkah-laku-pekerja-pengaruhi-keselamatan-di-tempat-kerja/#respond Fri, 24 Oct 2025 01:39:13 +0000 /beritaukm/?p=3900 Oleh Murniati Abu KarimFoto Izwan Azman Faktor tingkah laku pekerja dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan di tempat kerja, khususnya dalam sektor pembinaan. Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Risiko,…

The post Tingkah Laku Pekerja Pengaruhi Keselamatan di Tempat Kerja appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

Faktor tingkah laku pekerja dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan di tempat kerja, khususnya dalam sektor pembinaan.

Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Kebangsaan Malaysia (ROSH-UKM), Prof. Dr. Kadir Arifin, tingkah laku pekerja merangkumi aspek pengetahuan, motivasi, keterlibatan dan kepatuhan terhadap peraturan serta prosedur keselamatan di tempat kerja.

鈥淜ecuaian dan kesilapan pekerja sering berpunca daripada tindakan tidak mematuhi peraturan, melanggar arahan, sikap sambil lewa, kekurangan pengetahuan serta sikap tidak ambil peduli terhadap keselamatan di tempat kerja.

鈥淪etiap individu mempunyai karakter berbeza, ada yang patuh kepada peraturan, ada yang tegas, dan ada juga yang suka melawan arahan.

 鈥淧endekatan dalam menangani tingkah laku manusia di tempat kerja, serta pelaksanaan kempen dan latihan yang bersesuaian dengan subsektor pembinaan, mampu memberikan impak positif terhadap keselamatan.

鈥淏ekerja di tempat tinggi adalah antara sektor paling berbahaya. Oleh itu, latihan khusus, kempen kesedaran dan pengawasan berterusan sangat penting bagi memastikan setiap pekerja patuh kepada prosedur keselamatan,鈥 katanya.

Beliau menjelaskan bahawa sikap dan tingkah laku pekerja boleh dibentuk melalui pelbagai kaedah yang dirancang serta diurus dengan baik oleh pihak pengurusan.

Berdasarkan statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sektor pembinaan mencatatkan sebanyak 650 kemalangan maut pekerjaan bagi setiap 100,000 pekerja dalam tempoh 2017 hingga 2021.

Menurut Prof. Dr. Kadir, kadar kematian dalam sektor pembinaan adalah jauh lebih tinggi berbanding sektor-sektor lain.

Beliau baru-baru ini menyampaikan Syarahan Profesor Perdana yang bertajuk Sifar Kemalangan di Tempat Kerja: Realiti atau Fantasi.

Prof. Dr. Kadir turut menjelaskan bahawa pendekatan buddy system atau sistem rakan sekerja terbukti berkesan dalam membentuk budaya saling menegur dan mengingatkan antara satu sama lain bagi memastikan amalan kerja yang selamat.

鈥淒alam sistem ini, seorang pekerja akan berpasangan dengan rakan sekerja lain untuk saling memantau dan mengingatkan tentang tindakan keselamatan.

鈥淧endekatan ini lebih berkesan kerana ia bersifat micromanaging, iaitu tindakan keselamatan dikawal dari peringkat bawah, bukan hanya dari pihak atasan.

鈥淢elalui sistem ini, rakan sekerja dapat menegur secara langsung sekiranya terdapat tindakan tidak selamat, malah amalan selamat juga direkod dan diberikan penghargaan,鈥 katanya.

Tambahnya, antara punca kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa bekerja ialah tekanan untuk menyiapkan projek dalam tempoh yang singkat.

鈥淒alam mana-mana projek, biasanya terdapat pasukan projek, pengurus projek serta jabatan keselamatan yang bertanggungjawab memastikan kerja disiapkan mengikut jadual dan dalam masa yang sama mematuhi aspek keselamatan.

鈥淭ekanan masa dan kegagalan pihak pengurusan projek memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

鈥淣amun, jika kedua-dua pihak iaitu pasukan projek dan pasukan keselamatan mempunyai matlamat yang sama iaitu menyiapkan projek tepat pada masanya sambil menjaga kebajikan pekerja, maka kerjasama itu mampu memastikan projek siap dengan selamat dan mengikut jadual yang ditetapkan,鈥 katanya.

Jelas beliau, visi sifar kemalangan di tempat kerja merupakan satu cabaran besar, namun matlamat ini mampu direalisasikan melalui komitmen dan kerjasama pelbagai pihak.

鈥淰isi ini bukan sekadar menekankan matlamat akhir untuk mencapai sifar kemalangan, sebaliknya, lebih berfokus kepada kaedah dan proses kerja yang selamat bagi memastikan setiap tugasan dilaksanakan tanpa risiko kemalangan, khususnya dalam industri pengilangan dan pembinaan,鈥 jelasnya.

The post Tingkah Laku Pekerja Pengaruhi Keselamatan di Tempat Kerja appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/tingkah-laku-pekerja-pengaruhi-keselamatan-di-tempat-kerja/feed/ 0
70 Peratus Pesakit Kanser Usus adalah Golongan Muda /beritaukm/70-peratus-pesakit-kanser-usus-adalah-golongan-muda/ /beritaukm/70-peratus-pesakit-kanser-usus-adalah-golongan-muda/#respond Fri, 25 Apr 2025 07:34:26 +0000 /beritaukm/?p=3151 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 25 April 2025 – Kajian populasi yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik perubatan 集美麻豆 yang melibatkan 946 pesakit kanser usus mendapati bahawa…

The post 70 Peratus Pesakit Kanser Usus adalah Golongan Muda appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 25 April 2025 – Kajian populasi yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik perubatan 集美麻豆 yang melibatkan 946 pesakit kanser usus mendapati bahawa sebanyak 70 peratus pesakit itu adalah dalam kalangan mereka yang berumur bawah 50 tahun.

Profesor di Jabatan Fisiologi Fakulti Perubatan, Prof Dr Norfilza Mohd Mokhtar berkata mengikut kajian sistematik yang dijalankan oleh kumpulan GUT 集美麻豆, tiada satu pun faktor risiko tertentu yang boleh mejelaskan anjakan dalam usia permulaan kanser usus.

鈥淣amun, kajian yang dilakukan menunjukkan pesakit kanser usus usia muda sebenarnya mempunyai masalah iaitu mereka mengambil gula yang berlebihan, serat yang rendah dan gaya hidup yang tidak bagus.

鈥82 peratus pesakit kanser usus tidak menjalani kehidupan yang aktif,鈥 katanya semasa menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk Revolusi Fahaman Penyakit Berkait Usus: Impak Teknologi Omik Terkini dalam Diagnosis dan Rawatan, baru-baru ini.

Beliau berkata keadaan itu boleh dibetulkan dengan probiotik iaitu mikro organisma hidup (bakteria baik) yang memberi faedah kesihatan jika diambil dalan kuantiti yang mencukupi.

鈥淧engambilan susu berkultur untuk pesakit rengsa dapat mengurangkan skor kemurungan dan gejala pesakit IBS (tabiat buang air besar dan sakit perut) sebanyak 42 peratus,鈥 katanya.

Tambah beliau, penyelidikan penggunaan probiotik telah dijalankan secara konsisten oleh kumpulan penyelidik GUT kepada tiga lagi pesakit iaitu diabetes semasa mengandung, hati berlemak dan kanser usus.

鈥淜ajian kami mendapati bahawa pengambilakn probiotik adalah selamat untuk pesakit kanser usus yang telah menjalani pembedahan dan kimoterapi.

鈥淧engambilan probiotik selama enam bulan telah mengubah persekitaran usus dan seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat keradangan,鈥 katanya. 

Prof Dr Norfilza berkata wanita yang mengalami diabetes semasa hamil dan kemudiannya melahirkn anak, tidak menunjukkan sebarang gejala, tatapi mikrobiota usus mereka telah menyerupai pesakit diabetes jenis kedua.

鈥淧erubahan dalam komposisi bakteria usus ini dikaitkan dengan obesiti dan ini menunjukkan betapa kuatnya peranan diet terhadap mikrobiota usus kita,鈥 katanya.

Untuk penyakit hati berlemak pula, beliau berkata probiotik memainkan peranan penting dengan memulihkan semula fungsi penghalang usus, mencegah usus bocor dan mengurangkan sitokin (bahan kimia yang menyebabkan keradangan).

Ujarnya, penyelidikan usus itu memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat Malaysia, terutamanya dalam meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan usus serta hubungan antara mikrobiota dan penyakit.

鈥淚ntegrasi multi omik dalam amalan klinikal akan terus mengubah perubatan moden kita dengan segala diet yang kita amalkan.

鈥淒ata daripada pelbagai omik akan mendapat gambaran yang lebih komprehensif mengenai kesihatan seseorang individu.

鈥淏agi mengurangkan penyakit ini, sudah pasti kita mahukan rawatan peribadi yang berasaskan kecerdasan buatan (AI).

鈥淪etiap individu bertindak balas secara berbeza terhadap beberapa rawatan. Apa yang kita perlukan adalah segala ubat dan dos adalah disesuaikan utk setiap individu. Ini sebenrnya adalah peruabtan peribadi,鈥 jelasnya.

The post 70 Peratus Pesakit Kanser Usus adalah Golongan Muda appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/70-peratus-pesakit-kanser-usus-adalah-golongan-muda/feed/ 0
Kerangka Pedagogi Digital Pastikan Pedidikan Kekal Relevan /beritaukm/kerangka-pedagogi-digital-pastikan-pedidikan-kekal-relevan/ /beritaukm/kerangka-pedagogi-digital-pastikan-pedidikan-kekal-relevan/#respond Thu, 13 Jun 2024 07:59:52 +0000 /beritaukm/?p=2382 Oleh Murniati Abu KarimFoto Pusat Komunikasi Korporat Pendidik di Malaysia perlu kekal relevan untuk mempersiapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan masa depan selari dengan Revolusi Industri keempat…

The post Kerangka Pedagogi Digital Pastikan Pedidikan Kekal Relevan appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Pusat Komunikasi Korporat

Pendidik di Malaysia perlu kekal relevan untuk mempersiapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan masa depan selari dengan Revolusi Industri keempat (4IR).

Sehubungan itu, kerangka pedagogi digital kalis masa depan telah dibangunkan sebagai mekanisme utama untuk memastikan reka bentuk pembelajaran kekal relevan.

Karangka ini dibentangkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato鈥 Ts Dr Norazah Mohd Nordin dalam Syarahan Perdana Profesor ke-212 yang bertajuk Kerangka Pedagogi Digital: Ke Arah Pendidikan Kalis Masa Depan.

Menurut Prof Dato鈥 Dr Norazah, kerangka ini direka dengan mengintegrasikan teknologi digital dalam proses pembelajaran dan pengajaran, termasuk kecerdasan buatan, pemprosesan data raya, realiti maya dan terimbuh, serta komputasi awan.

鈥淜erangka pedagogi digital kalis masa depan melibatkan reka bentuk pedagogi, ruang pembelajaran, dan teknologi masa depan.

鈥淚a merangkumi kaedah inovatif dan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang tidak hanya melibatkan penggunaan peranti digital atau aplikasi pembelajaran, tetapi juga prinsip-prinsip pedagogi yang kukuh untuk meningkatkan pengalaman pendidikan,鈥 katanya.

Selain itu, model Higher Education Active Learning Spaces (HEALS) telah diaplikasi di Fakulti Pendidikan, 集美麻豆, dengan mengubahsuai lapan ruang pembelajaran.

Menurutnya, model ini mengandungi tiga aspek utama iaitu pedagogi, ruang, dan teknologi, serta menggabungkan tujuh lapisan spektrum iaitu keselesaan (comfort), estetik (aesthetic), aliran (flow), kesaksamaan (equity), percambahan (blending), kebolehlaksanaan (affordance), dan kebolehgunaan semula (repurposing), dikenali dengan akronim CAFEBAR.

鈥淧enggunaan ruang pembelajaran inovatif bersama pedagogi yang sesuai dan teknologi yang tepat telah memberi impak positif kepada pembelajaran aktif.

鈥淕abungan tujuh lapisan spektrum dalam Model HEALS telah menunjukkan pulangan besar terhadap pelaburan dalam aspek ruang pembelajaran di pendidikan tinggi,鈥 katanya.

Disamping itu, Prof Dato鈥 Dr Norazah  berkata pembelajaran berasaskan teknologi telah terbukti berkesan dalam mengubah bilik darjah konvensional menjadi bilik darjah abad ke-21 yang dinamik dengan transformasi digital dalam pendidikan bersama Google.

Google for Education membawa banyak perubahan dengan pelbagai peranti dan aplikasi untuk pendidikan.

鈥淧rojek Pendidikan Google yang diteraju oleh penulis mengkaji faedah transformasi digital dalam bilik darjah di Malaysia menggunakan Google Apps untuk pendidikan dan Chromebook sebagai peranti.

鈥淜ajian telah menunjukkan penggunaan pedagogi digital mampu meningkatkan pengalaman pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan, dan menyeronokkan,鈥 katanya.

The post Kerangka Pedagogi Digital Pastikan Pedidikan Kekal Relevan appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/kerangka-pedagogi-digital-pastikan-pedidikan-kekal-relevan/feed/ 0
Empat Perkara Perlu diberi Tumpuan Bagi Atasi Tekanan Ekonomi Negara /beritaukm/empat-perkara-perlu-diberi-tumpuan-bagi-atasi-tekanan-ekonomi-negara/ /beritaukm/empat-perkara-perlu-diberi-tumpuan-bagi-atasi-tekanan-ekonomi-negara/#respond Thu, 13 Jun 2024 07:56:10 +0000 /beritaukm/?p=2378 Oleh Asmahanim Amir Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 13 Jun 2024 – Profesor Ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (集美麻豆-GSB) yang juga merupakan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan…

The post Empat Perkara Perlu diberi Tumpuan Bagi Atasi Tekanan Ekonomi Negara appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Asmahanim Amir

Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 13 Jun 2024 – Profesor Ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (集美麻豆-GSB) yang juga merupakan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan Ghazali memberi empat saranan yang boleh digunakan bagi menghadapi tekanan ekonomi negara.

Empat saranan itu adalah enjin ekonomi, modal insan, persekitaran kondusif dan tatacara kerajaan.

Beliau berkata enjin ekonomi yang lebih canggih perlu diberi penekanan utama selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan perlu ada modal insan yang hebat dalam semua peringkat.

鈥淜erajaan juga perlu memastikan persekitaran ekonomi perniagaan, daya saing dan infrastruktur mesti hebat. Selain itu, jentera kerajaan mesti lebih cekap dan memudahkan,鈥 katanya pada sidang akhbar selepas Syarahan Perdana Profesor, di sini, baru-baru ini.

Selain itu, katanya dalam melakar masa depan ekonomi dengan landskap global baharu, empat penekanan yang dianggap sebagai misi sejagat dan khusus untuk Malaysia perlu laksanakan.

鈥淵ang pertama adalah matlamat pembangunan mapan (SDG). Contohnya daripada segi keterangkuman. Malaysia ada negeri maju dan kurang maju, itu kita kena hadapi bersama.

鈥淜edua, daripada segi kedudukan fiskal. Kita tak boleh menjadi negara yang sentiasa berhutang banyak. Berhutang tak salah tapi kalau berhutang sehingga menggugat dalam konteks pembangunan, itu salah.

鈥淪eterusnya, berkenaan dengan integriti. Perdana Menteri sering tekankan isu rasuah dan tatakelola. Bagi saya, kena bersihkan, hapuskan rasuah serta tingkatkan tatakelola tetapi mesti serentak dengan polisi dan pembangunan pertumbuhan ekonomi,鈥 katanya.

Menurut Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan, kestabilan politik juga adalah penting.

鈥淪aya bukan pakar politik tapi cukup untuk mengatakan bahawa perubahan politik yang terlalu kerap, keutamaan kesinambungan dasar yang berubah-ubah berkemungkinan mengehadkan potensi pertumbuhan negara kita,鈥 ujarnya.

Tambah beliau Malaysia juga perlu ada kejelasan – apa yang hendak dibuat dan hala tuju supaya ia tak berubah.

Beliau berkata yang menjadi cabaran pertumbuhan ekonomi negara adalah kelewatan dalam mengenal pasti, membuat keputusan dan melaksanakannya.

Terdahulu, Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan telah menympaikan Syarahan Perdana Profesor ke-213 bertajuk Melakar Masa Depan Ekonomi Malaysia dalam Landskap Global Baharu: Pengukuhan Pertumbuhan dan Daya Saing.

Program itu turut dihadiri Pro-Canselor 集美麻豆, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd Razak dan Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.

The post Empat Perkara Perlu diberi Tumpuan Bagi Atasi Tekanan Ekonomi Negara appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/empat-perkara-perlu-diberi-tumpuan-bagi-atasi-tekanan-ekonomi-negara/feed/ 0