MoU / MoA Archives - Berita 集美麻豆 /beritaukm/category/mou-moa/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Wed, 01 Jul 2026 04:31:14 +0000 en-US hourly 1 Kolaborasi FTSM 集美麻豆 dengan MSC Trustgate Sokong Pelan Migrasi PQC Kebangsaan /beritaukm/kolaborasi-ftsm-ukm-dengan-msc-trustgate-sokong-pelan-migrasi-pqc-kebangsaan/ /beritaukm/kolaborasi-ftsm-ukm-dengan-msc-trustgate-sokong-pelan-migrasi-pqc-kebangsaan/#respond Mon, 29 Jun 2026 04:45:36 +0000 /beritaukm/?p=4862 Oleh Murniati Abu KarimFoto Izwan Azman BANGI, 23 Jun 2026 – 集美麻豆 melalui Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) menandatangani memorandum perjanjian penyelidikan (MoA) dengan MSC Trustgate.com…

The post Kolaborasi FTSM 集美麻豆 dengan MSC Trustgate Sokong Pelan Migrasi PQC Kebangsaan appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 23 Jun 2026 – 集美麻豆 melalui Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) menandatangani memorandum perjanjian penyelidikan (MoA) dengan MSC Trustgate.com Sdn. Bhd.

Kolaborasi penyelidikan ini merupakan satu inisiatif penyelidik di 集美麻豆 dan MSC Trustgate bagi pembangunan dan penyelidikan inisiatif nasional Kriptografi Pasca-Kuantum (PQC) Sandbox.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ismanizan Ismail, inisiatif ini digerakkan melalui penyelidikan dan kolaborasi strategik bersama Pusat Teknologi Pengujian Kriptografi Malaysia serta Agensi Keselamatan Siber Negara bagi menyokong Pelan Migrasi PQC Kebangsaan.

鈥淧embangunan dan penyelidikan inisiatif nasional PQC Sandbox ini dijayakan oleh Ketua Projek daripada FTSM iaitu Prof. Madya Dr. Azana Hafizah Mohd Aman bersama pelajar prasiswazah FTSM, Nurul Syafiqah Norihsan sebagai pembantu penyelidik projek ini dan pelajar latihan industri di MSC Trustgate.

鈥淜omitmen ini bukan sahaja menunjukkan yang kita bersedia mendepani cabaran era komputer kuantum, malah menjadi bukti nyata keupayaan 集美麻豆 dalam melahirkan bakat penyelidik yang kalis masa hadapan di era digitalisasi yang mementingkan keselamatan siber, sekali gus memperkukuh ekosistem tadbir urus kepercayaan digital negara,鈥 katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan jalinan kerjasama strategik ini dan berharap dapat melihat impak positif kepada komuniti hasil pelaksanaan inisiatif nasional PQC Sandbox.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan jalinan kerjasama strategik ini dan menantikan impak positif yang bakal dinikmati oleh komuniti melalui pelaksanaan inisiatif nasional PQC Sandbox.

The post Kolaborasi FTSM 集美麻豆 dengan MSC Trustgate Sokong Pelan Migrasi PQC Kebangsaan appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/kolaborasi-ftsm-ukm-dengan-msc-trustgate-sokong-pelan-migrasi-pqc-kebangsaan/feed/ 0
集美麻豆 Meterai Kerjasama Baharu dengan Institusi Uzbekistan /beritaukm/ukm-meterai-kerjasama-baharu-dengan-institusi-uzbekistan/ /beritaukm/ukm-meterai-kerjasama-baharu-dengan-institusi-uzbekistan/#respond Sat, 20 Jun 2026 00:36:25 +0000 /beritaukm/?p=4813 Oleh Noor Hayati Ahmad Rasol TASHKENT, 16 Jun 2026 鈥 集美麻豆 memperbaharui dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan dua institusi penyelidikan terkemuka Uzbekistan bagi memperkasa agenda pengantarabangsaan dan…

The post 集美麻豆 Meterai Kerjasama Baharu dengan Institusi Uzbekistan appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Noor Hayati Ahmad Rasol

TASHKENT, 16 Jun 2026 鈥 集美麻豆 memperbaharui dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan dua institusi penyelidikan terkemuka Uzbekistan bagi memperkasa agenda pengantarabangsaan dan penyelidikan.

MoU tersebut melibatkan penyambungan kerjasama dengan Islamic Civilization Center in Uzbekistan (ICCU) serta jalinan kolaborasi baharu bersama Imam Maturidi International Scientific Research Center untuk tempoh lima tahun.

Dokumen berkenaan ditandatangani oleh Naib Canselor 集美麻豆, Prof. Dato鈥 Dr. Sufian Jusoh dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato鈥 Dr. Fariza Md Sham FASc bersama Pengarah ICCU, Firdavs Abdukhalikov dan Pengarah Imam Maturidi International Scientific Research Center, Prof. Dr. Komiljon Shermuhamedov.

Prof. Sufian berkata kerjasama tersebut akan memberi tumpuan kepada program mobiliti pelajar, pertukaran akademik, penyelidikan bersama dan sangkutan penyelidikan.

“Kerjasama akademik ini bukan sahaja mengangkat martabat kesarjanaan Islam di persada global, malah membuka ruang luas buat warga 集美麻豆 dan institusi di Uzbekistan untuk meneroka inovasi dalam penyelidikan rentas disiplin yang relevan dengan cabaran kontemporari.

鈥淏agi merealisasikan hasrat tersebut, fokus kerjasama ini akan ditumpukan kepada program mobiliti pelajar dan pertukaran akademik.

鈥淟angkah ini bakal membuka ruang serta peluang yang lebih luas bagi program pertukaran pelajar antarabangsa antara kedua-dua buah negara demi perkongsian ilmu, pengalaman dan pemahaman budaya yang lebih mendalam,鈥 katanya.

Sempena lawatan itu, delegasi 集美麻豆 turut mengunjungi galeri ICCU bagi meninjau koleksi manuskrip dan khazanah sejarah tamadun Islam dari Asia Tengah.

Lawatan tersebut turut memberi pendedahan kepada 集美麻豆 mengenai penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) diaplikasikan secara praktikal bagi memelihara, menganalisis dan memartabatkan warisan sejarah warisan dunia dalam konteks zaman moden.

The post 集美麻豆 Meterai Kerjasama Baharu dengan Institusi Uzbekistan appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/ukm-meterai-kerjasama-baharu-dengan-institusi-uzbekistan/feed/ 0
集美麻豆 and Green University Collaborate on Climate Data, Research and Capacity Building /beritaukm/ukm-and-green-university-collaborate-on-climate-data-research-and-capacity-building/ /beritaukm/ukm-and-green-university-collaborate-on-climate-data-research-and-capacity-building/#respond Fri, 12 Jun 2026 01:14:00 +0000 /beritaukm/?p=4754 SAMARKAND, 2 June 2026 鈥 集美麻豆 has expanded its international climate change network into Central Asia through a strategic partnership with the Central Asian University of Environmental…

The post 集美麻豆 and Green University Collaborate on Climate Data, Research and Capacity Building appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
SAMARKAND, 2 June 2026 鈥 集美麻豆 has expanded its international climate change network into Central Asia through a strategic partnership with the Central Asian University of Environmental and Climate Change Studies (Green University), Uzbekistan.

The partnership formalised through the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) during Eco-Expo 2026 at the Silk Road Samarkand Congress Center.

Director of IPI 集美麻豆, Associate Professor Dr. Zaini Sakawi, said the collaboration represents an important milestone in strengthening 集美麻豆鈥檚 international network in climate change research, capacity building, academic exchange, and scientific publication.

鈥淭his partnership creates opportunities for both institutions to share expertise and resources in advancing climate change research and supporting sustainable development initiatives in Malaysia and Uzbekistan.

鈥淎s an institution committed to climate change research, 集美麻豆, through IPI, continuously seeks to expand strategic international collaborations to develop evidence-based solutions for global climate challenges.

鈥淏y combining the strengths and expertise of both institutions, we are confident that this collaboration will generate significant impact in advancing knowledge, research, and policy development related to climate change,鈥 he said.

Through the MoU, both institutions will undertake several strategic initiatives, including the development of a national climate data repository for Uzbekistan, which will serve as a critical platform for climate research, evidence-based policymaking, and climate adaptation planning.

He added that the collaboration will also facilitate hands-on training programmes in climate modelling, enabling researchers, academics, and students to strengthen their technical competencies in climate projections and climate impact assessment.

鈥淚n addition, both institutions will promote student mobility programmes to encourage academic exchange, cross-cultural engagement, and research opportunities between Malaysia and Uzbekistan.

鈥淛oint research projects and publications in high-impact indexed journals will also be a key focus of the partnership, aimed at enhancing the global visibility of research outputs from both institutions,鈥 he explained.

Meanwhile, Rector of Green University, Professor Dr. Bakhtiyor Pulatov, said the strategic collaboration would serve as an important platform for enhancing the university鈥檚 research capacity and expanding knowledge exchange with one of Southeast Asia鈥檚 leading universities.

鈥淭his partnership not only strengthens academic ties between Uzbekistan and Malaysia but also contributes to the advancement of research in environmental sustainability, climate change, and green technologies, which are increasingly important in today鈥檚 world,鈥 he said.

The signing of the MoU during Eco-Expo 2026 reflects the shared commitment of both institutions to advancing climate science, promoting academic excellence, and supporting global efforts towards environmental sustainability and climate resilience.

The post 集美麻豆 and Green University Collaborate on Climate Data, Research and Capacity Building appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/ukm-and-green-university-collaborate-on-climate-data-research-and-capacity-building/feed/ 0
Kerjasama 集美麻豆 dan Kamakura Women鈥檚 University Perkukuh Jaringan Akademik Antarabangsa /beritaukm/kerjasama-ukm-dan-kamakura-womens-university-perkukuh-jaringan-akademik-antarabangsa/ /beritaukm/kerjasama-ukm-dan-kamakura-womens-university-perkukuh-jaringan-akademik-antarabangsa/#respond Wed, 11 Mar 2026 01:57:45 +0000 /beritaukm/?p=4488 Oleh Melor Suria MinhatFoto Ikhwan Hashim BANGI, 11 Mac 2026 鈥 集美麻豆 memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kamakura Women鈥檚 University, Jepun bagi…

The post Kerjasama 集美麻豆 dan Kamakura Women鈥檚 University Perkukuh Jaringan Akademik Antarabangsa appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Melor Suria Minhat
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 11 Mac 2026 鈥 集美麻豆 memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kamakura Women鈥檚 University, Jepun bagi memperluas kolaborasi akademik dan pembangunan pendidikan.

Dokumen MoU tersebut ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali yang mewakili 集美麻豆, manakala Kamakura Women鈥檚 University diwakili oleh Naib Presidennya, Prof. Dr. Fumitake Fukui.

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama termasuk penyelidikan dan penerbitan bersama, mobiliti pelajar serta staf akademik, pembangunan program akademik dan latihan profesional, inovasi dan pengkomersialan, selain penganjuran persidangan serta forum akademik secara kolaboratif.

Dalam ucapannya, Prof. Dr. Bariah berkata kerjasama tersebut selaras dengan komitmen 集美麻豆 dalam memperkukuh pendidikan berkualiti dan memperluas jaringan kerjasama global dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata, sebagai universiti kebangsaan, 集美麻豆 terus komited dalam mencapai kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak serta perkhidmatan kepada masyarakat, selain memperkukuh kedudukan universiti di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi antarabangsa mampu memperkasa pembangunan bakat, meningkatkan produktiviti akademik serta memperluas perkongsian ilmu antara komuniti akademik global.

鈥淒alam masa yang sama, 集美麻豆 kekal komited memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selaras dengan identiti 集美麻豆 sebagai universiti kebangsaan,鈥 katanya.

Beliau turut berharap MoU tersebut dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan inisiatif kerjasama yang tersusun dan berimpak tinggi, khususnya dalam bidang pendidikan bahasa, pendidikan guru serta penyelidikan.

Pemeteraian MoU itu diharap menjadi platform kukuh dalam memperkasa kerjasama pendidikan, penyelidikan dan perkongsian kepakaran secara berterusan antara kedua-dua institusi.

The post Kerjasama 集美麻豆 dan Kamakura Women鈥檚 University Perkukuh Jaringan Akademik Antarabangsa appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/kerjasama-ukm-dan-kamakura-womens-university-perkukuh-jaringan-akademik-antarabangsa/feed/ 0
Fakulti Perubatan Anjur Persidangan Antarabangsa, Fokus Peranan AI dalam Pendidikan Perubatan /beritaukm/fakulti-perubatan-anjur-persidangan-antarabangsa-fokus-peranan-ai-dalam-pendidikan-perubatan/ /beritaukm/fakulti-perubatan-anjur-persidangan-antarabangsa-fokus-peranan-ai-dalam-pendidikan-perubatan/#respond Wed, 24 Dec 2025 08:26:37 +0000 /beritaukm/?p=4251 Oleh Prof Madya Noor Akmal Shareela IsmailFoto Muhammad Zubair Kassim KUALA LUMPUR, 12 Disember 2025 鈥 Persidangan Artificial Intelligence in Medical Education (AIMEC) 2025 anjuran Fakulti Perubatan (FPER), Universiti Kebangsaan…

The post Fakulti Perubatan Anjur Persidangan Antarabangsa, Fokus Peranan AI dalam Pendidikan Perubatan appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Prof Madya Noor Akmal Shareela Ismail
Foto Muhammad Zubair Kassim

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2025 鈥 Persidangan Artificial Intelligence in Medical Education (AIMEC) 2025 anjuran Fakulti Perubatan (FPER), 集美麻豆 menjadi wadah perbincangan peranan kecerdasan buatan (AI) dalam mentransformasikan pendidikan perubatan.

Memasuki edisi kedua penganjurannya, AIMEC mencatat penyertaan seramai 182 peserta yang merangkumi 127 peserta tempatan dan 55 peserta antarabangsa dari Qatar, Jordan, New Zealand, Thailand, Indonesia, Arab Saudi, Sudan dan Pakistan. Para peserta terdiri dari ahli akademik, pemimpin universiti, rakan industri, pensyarah serta pelajar perubatan.

Penganjuran AIMEC 2025 adalah usaha berterusan mengintegrasikan AI dalam pendidikan tinggi, selaras dengan keperluan latihan perubatan masa hadapan yang lebih adaptif dan berfokuskan pelajar.

Majlis perasmian AIMEC telah disempurnakan oleh Pro-Naib Canselor 集美麻豆, Prof. Dato鈥 Dr. Hanafiah Harunarashid.

Beliau menekankan bahawa AI merupakan satu keperluan strategik dalam menyokong keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, namun tidak boleh menggantikan peranan manusia, khususnya dalam profesion perubatan.

鈥溂缆槎 terus komited melahirkan graduan yang yakin menggunakan teknologi baharu, tanpa mengabaikan nilai profesionalisme, empati, integriti dan khidmat bakti.

鈥淣ilai-nilai ini akan sentiasa menjadi teras amalan perubatan, walau sejauh mana kemajuan teknologi dicapai.

 鈥淎I harus berfungsi sebagai pemudah cara yang meningkatkan kecekapan dan kualiti pendidikan perubatan, tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan, empati dan pertimbangan klinikal,鈥 katanya.

Majlis perasmian turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara FPER dan DGA Healthcare Group.

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan fakulti termasuk Dekan Fakulti Perubatan 集美麻豆, Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, timbalan-timbalan dekan serta wakil institusi rakan.

AIMEC 2025 turut diserikan dengan Penyampaian Anugerah Student Pitching Competition (Edisi Sekolah) yang dimenangi oleh Epsom College dan Sekolah Menengah Agama MAIWP, sebagai usaha memupuk minat awal generasi muda terhadap inovasi AI dalam bidang kesihatan.

The post Fakulti Perubatan Anjur Persidangan Antarabangsa, Fokus Peranan AI dalam Pendidikan Perubatan appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/fakulti-perubatan-anjur-persidangan-antarabangsa-fokus-peranan-ai-dalam-pendidikan-perubatan/feed/ 0
集美麻豆 dan Unbound Jalin Kerjasama Kukuhkan Hubungan Strategik Universiti-Industri /beritaukm/ukm-dan-unbound-jalin-kerjasama-kukuhkan-hubungan-strategik-universiti-industri/ /beritaukm/ukm-dan-unbound-jalin-kerjasama-kukuhkan-hubungan-strategik-universiti-industri/#respond Fri, 19 Dec 2025 03:31:21 +0000 /beritaukm/?p=4210 Oleh Melor Suria MinhatFoto Izwan Azman BANGI, 18 Disember 2025 鈥 集美麻豆 memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Unbound Sdn. Bhd. bagi memperkukuh hubungan strategik universiti鈥搃ndustri, sekali gus…

The post 集美麻豆 dan Unbound Jalin Kerjasama Kukuhkan Hubungan Strategik Universiti-Industri appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Melor Suria Minhat
Foto Izwan Azman

BANGI, 18 Disember 2025 鈥 集美麻豆 memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Unbound Sdn. Bhd. bagi memperkukuh hubungan strategik universiti鈥搃ndustri, sekali gus menyokong aspirasi Kerajaan Malaysia ke arah ekonomi berasaskan ilmu, bakat dan inovasi digital.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada bidang gamifikasi, Kecerdasan Buatan (AI), Realiti Terimbuh (AR) serta inisiatif inovasi digital berimpak tinggi, selaras dengan usaha 集美麻豆 melahirkan graduan future-ready dan memperkukuh ekosistem penyelidikan universiti鈥搃ndustri.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ismanizan Ismail, berkata kerjasama universiti dan industri bukan sekadar perkongsian kepakaran, tetapi merupakan usaha bersama dalam membangunkan bakat, inovasi serta solusi masa hadapan, selaras dengan peranan universiti dalam menyokong pembangunan negara.

鈥淜ita (集美麻豆) berbangga kerana dipilih sebagai rakan universiti pertama dalam kolaborasi PRIDE Game, yang mengintegrasikan elemen gamifikasi dengan pengangkutan awam bagi meningkatkan aspek keselamatan dan mobiliti pelajar.

鈥淭ahniah kepada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) atas inisiatif proaktif menerajui jalinan kerjasama strategik bersama rakan industri,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Unbound Sdn. Bhd. atas komitmen menjalin kerjasama bersama 集美麻豆, serta menyifatkan penglibatan MDEC dan PRIDE sebagai sokongan penting terhadap pembangunan ekosistem digital negara.

Pemeteraian MoU ini mencerminkan komitmen bersama 集美麻豆 dan Unbound Sdn. Bhd. dalam memperkukuh hubungan strategik universiti鈥搃ndustri serta menyokong agenda pembangunan ilmu dan inovasi digital negara.

Dokumen MoU ditandatangani oleh Prof. Dr. Ismanizan Ismail, yang mewakili 集美麻豆 manakala Unbound Sdn. Bhd. Diwakili oleh Pengarahnya, Ryan Kang Jee Hong.

The post 集美麻豆 dan Unbound Jalin Kerjasama Kukuhkan Hubungan Strategik Universiti-Industri appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/ukm-dan-unbound-jalin-kerjasama-kukuhkan-hubungan-strategik-universiti-industri/feed/ 0
Projek WaRiSAN MELAYU Perkasa Ekosistem AI Bahasa Melayu /beritaukm/projek-warisan-melayu-perkasa-ekosistem-ai-bahasa-melayu/ /beritaukm/projek-warisan-melayu-perkasa-ekosistem-ai-bahasa-melayu/#respond Fri, 19 Dec 2025 03:21:18 +0000 /beritaukm/?p=4206 BANGI, 18 Disember 2025 -UKM mengukuhkan kredibitinya dalam memartabatkan bahasa Melayu apabila melancarkan Projek Wahana Rintis Semantik Ayat Nasional, (WaRiSAN MELAYU) bagi memperkasa ekosistem kecerdasan buatan (AI)…

The post Projek WaRiSAN MELAYU Perkasa Ekosistem AI Bahasa Melayu appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
BANGI, 18 Disember 2025 -UKM mengukuhkan kredibitinya dalam memartabatkan bahasa Melayu apabila melancarkan Projek Wahana Rintis Semantik Ayat Nasional, (WaRiSAN MELAYU) bagi memperkasa ekosistem kecerdasan buatan (AI) Bahasa Melayu.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman berkata WaRiSAN MELAYU adalah usaha strategik dan berpandangan jauh dalam membangunkan ekosistem kolaborasi data Bahasa Melayu yang melibatkan kerjasama ahli akademik, pihak kerajaan, industri dan komuniti yang berwibawa dan berautoriti, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan.

鈥淒alam dunia yang semakin dipacu oleh kecerdasan buatan, pemprosesan bahasa semula jadi (NLP), dan teknologi digital, bahasa bukan lagi sekadar alat komunikasi, tetapi telah menjadi aset strategik negara.

鈥淛usteru, WaRiSAN MELAYU hadir sebagai wahana penting untuk memastikan Bahasa Melayu tidak tercicir, malah terus relevan dan berdaya saing di peringkat nasional dan global,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Prapelancaran Projek WaRiSAN MELAYU dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara 集美麻豆 dengan  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

Beliau berharap agar Projek WaRiSAN MELAYU itu dapat dilaksanakan secara berterusan, inklusif dan berskala besar, melibatkan pelbagai pihak termasuk universiti, agensi kerajaan, industri teknologi dan masyarakat umum.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof  Dr Sufian Jusoh berkata projek WaRiSAN MELAYU merupakan satu inisiatif strategik yang mencerminkan komitmen 集美麻豆 sebagai universiti watan dalam menerajui pembangunan ilmu, penyelidikan dan inovasi berteraskan bahasa kebangsaan.

鈥淧rojek ini dirangka bagi membangunkan wahana rintis semantik ayat Bahasa Melayu yang berautoriti, sistematik dan berskala nasional, selari dengan keperluan semasa dalam bidang kecerdasan buatan, analitik data bahasa dan pemprosesan bahasa semula jadi.

鈥淯saha ini bukan sahaja menyumbang kepada pengayaan khazanah linguistik Bahasa Melayu, malah membuka ruang kepada penerokaan baharu dalam bidang teknologi bahasa, pendidikan digital dan penyelidikan rentas disiplin yang melibatkan lima domain utama penyelidikan iaitu Sains dan Teknologi, Bahasa, Perubatan, Pendidikan dan Undang-undang,鈥 katanya.

WaRiSAN MELAYU memberi tumpuan kepada pembangunan Model Bahasa Besar (LLM) Bahasa Melayu berdaulat, berteraskan kolaborasi nasional, kedaulatan data dan konteks tempatan untuk menyokong perkhidmatan awam dan sektor strategik negara.

Dengan peruntukan RM8 juta di bawah Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, ia menandakan komitmen kerajaan untuk memperkasakan AI Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa digital negara.

Dalam majlis itu juga, turut diadakan penandatanganan MoU antara 集美麻豆 dan DBP yang menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh kerjasama strategik untuk berkongsi aspirasi yang sama, iaitu memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penyelidikan dan bahasa masa hadapan.

The post Projek WaRiSAN MELAYU Perkasa Ekosistem AI Bahasa Melayu appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/projek-warisan-melayu-perkasa-ekosistem-ai-bahasa-melayu/feed/ 0
集美麻豆 dan USIM Jalin Kerjasama Perkasa Pendidikan Islam Golongan OKU /beritaukm/ukm-dan-usim-jalin-kerjasama-perkasa-pendidikan-islam-golongan-oku/ /beritaukm/ukm-dan-usim-jalin-kerjasama-perkasa-pendidikan-islam-golongan-oku/#respond Fri, 19 Dec 2025 01:05:23 +0000 /beritaukm/?p=4198 Oleh Asmahanim AmirFoto Izwan Azman NILAI, 18 Disember 2025 – Fakulti Pendidikan (FPEND), 集美麻豆 menjalin kerjasama strategik dengan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Makhtum (UMMI), Universiti Sains Islam…

The post 集美麻豆 dan USIM Jalin Kerjasama Perkasa Pendidikan Islam Golongan OKU appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

NILAI, 18 Disember 2025 – Fakulti Pendidikan (FPEND), 集美麻豆 menjalin kerjasama strategik dengan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Makhtum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi memperkasa pendidikan Islam dan pendidikan al-Quran untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Dekan FPEND, Prof Dr Mohd Mahzan Awang berkata kerjasama itu adalah langkah besar dalam usaha memartabatkan pendidikan inklusif yang benar-benar meraikan kepelbagaian keperluan pelajar, selari dengan prinsip tiada yang tertinggal dalam agenda pembangunan negara.

鈥溂缆槎 melalui Fakulti Pendidikan mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang pendidikan khas sama ada daripada aspek penyelidikan, latihan guru, pembangunan kurikulum sehinggalah kepada amalan terbaik bilik darjah.

鈥淯SIM pula mempunyai kekuatan dalam bidang Pengajian al-Quran dan al-Sunnah serta integrasi ilmu naqli yang menjadi teras penubuhannya.

鈥淛adi apabila kita gabungkan kepakaran dari kedua-dua universiti ini, ia menjadi lambang bersama mengilmukan ummah inklusif,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara 集美麻豆 dengan USIM, di sini, baru-baru ini.

Melalui MoU itu, kedua-dua institusi bakal menjalankan penyelidikan bersama, membangunkan modul latihan dan program pembangunan profesional untuk guru Pendidikan Islam, menganjurkan pelbagai program advokasi dan kesukarelawan dakwah OKU, dan memperluas jaringan kolaborasi dengan pelbagai agensi.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM, Prof Dato鈥 Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor berkata kerjasama strategik itu bertujuan memperkukuh hubungan antara kedua-dua universiti, khususnya melalui pembangunan pendidikan al-Quran yang inklusif serta pemerkasaan ekosistem kesukarelawanan cakna OKU di institusi pengajian tinggi

鈥淗asil penyelidikan yang diperkenalkan ini bukan sahaja memenuhi keperluan akademik, malah menjadi rujukan penting kepada pelaksana dasar, pendidik, sukarelawan dan agensi agama dalam usaha membangunkan masyarakat yang lebih inklusif,鈥 katanya.

Pada majlis itu juga turut diadakan penyerahan buku hasil penyelidikan USIM-UKM dan pelancaran buku Sukarelawan Dakwah OKU.

The post 集美麻豆 dan USIM Jalin Kerjasama Perkasa Pendidikan Islam Golongan OKU appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/ukm-dan-usim-jalin-kerjasama-perkasa-pendidikan-islam-golongan-oku/feed/ 0
Kerjasama 集美麻豆SC-FAM Perkenalkan Sijil Penjagaan Pitch Side Care in Football /beritaukm/kerjasama-ukmsc-fam-perkenalkan-sijil-penjagaan-pitch-side-care-in-football/ /beritaukm/kerjasama-ukmsc-fam-perkenalkan-sijil-penjagaan-pitch-side-care-in-football/#respond Tue, 16 Dec 2025 08:44:27 +0000 /beritaukm/?p=4184 Oleh Murniati Abu KarimFoto Ikhwan Hashim KUALA LUMPUR , 14 Disember 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre (集美麻豆SC) mengadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)…

The post Kerjasama 集美麻豆SC-FAM Perkenalkan Sijil Penjagaan Pitch Side Care in Football appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

KUALA LUMPUR , 14 Disember 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre (集美麻豆SC) mengadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memperkenalkan Sijil Penjagaan Pitch Side Care in Football (PSCiF) Level 1 Certification.

Sijil ini adalah bagi memperkukuh kecekapan pegawai pasukan, jurulatih dan tenaga perubatan dalam pengendalian kecemasan di padang.

Usaha ini merangkumi penilaian risiko kecederaan, pembangunan protokol kecemasan, serta pengukuhan pemahaman mengenai kecederaan kardiovaskular, trauma neurologi dan kecederaan muskuloskeletal dalam kalangan pemain.

Pengarah Perubatan 集美麻豆SC, Prof Madya Dato鈥 Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff berkata 集美麻豆SC sentiasa bersedia menerajui rawatan berasaskan teknologi dan inovasi terkini.

鈥淗al ini selaras dalam memastikan pemain bola sepak Malaysia mendapat akses kepada rawatan yang setanding dengan piawaian antarabangsa.

鈥淭ambahan pula, 集美麻豆SC komited untuk menyokong pemain negara bukan sahaja ketika mereka cedera, tetapi juga dalam pencegahan, pemulihan dan pembangunan prestasi jangka panjang.

鈥淜ami amat menyayangi dan menghargai atlet negara oleh itu, sokongan kami adalah menyeluruh dan berterusan,鈥 katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali yang merasmikan majlis ini berkata kerjasama dengan FAM ini juga mencerminkan peranan universiti sebagai rakan strategik pembangunan nasional, khususnya dalam memastikan keselamatan atlet negara.

鈥淚a juga membuka ruang baharu dalam penyelidikan klinikal, pembangunan modul latihan perubatan sukan, serta peluang latihan untuk pelajar dan pakar 集美麻豆 di peringkat nasional dan antarabangsa.

鈥淪aya berharap agar kolaborasi antara 集美麻豆SC dan FAM ini akan menjadi model terbaik jalinan antara akademia dan industri sukan, dan memberi impak besar terhadap budaya 鈥渂ola sepak selamat鈥 di Malaysia,鈥 katanya.

Sebagai langkah awal kerjasama, Simposium Perubatan Bola Sepak dan PSCiF Level 1 telah dianjurkan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih, meningkatkan kesedaran terhadap kecederaan sukan serta memantapkan tahap kesiapsiagaan perubatan dalam perlawanan bola sepak di seluruh negara.

Inisiatif ini membentuk rangka kerja latihan perubatan yang tersusun dan berstandard, sekali gus mencerminkan komitmen bersama 集美麻豆SC dan FAM dalam mewujudkan sistem tindak balas kecemasan yang lebih cekap, selamat dan konsisten.

The post Kerjasama 集美麻豆SC-FAM Perkenalkan Sijil Penjagaan Pitch Side Care in Football appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/kerjasama-ukmsc-fam-perkenalkan-sijil-penjagaan-pitch-side-care-in-football/feed/ 0
集美麻豆 Perkasa Malaysia sebagai Hab Kuantum Serantau melalui Kerjasama Strategik dengan AIST, Jepun /beritaukm/ukm-perkasa-malaysia-sebagai-hab-kuantum-serantau-melalui-kerjasama-strategik-dengan-aist-jepun/ /beritaukm/ukm-perkasa-malaysia-sebagai-hab-kuantum-serantau-melalui-kerjasama-strategik-dengan-aist-jepun/#respond Tue, 16 Dec 2025 00:22:19 +0000 /beritaukm/?p=4167 Oleh Asmahanim Amir dan Melor Suria MinhatFoto oleh Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi BANGI, 10 Disember 2025 – Kerjasama antara 集美麻豆 dengan National Institute of Advanced Industrial…

The post 集美麻豆 Perkasa Malaysia sebagai Hab Kuantum Serantau melalui Kerjasama Strategik dengan AIST, Jepun appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Asmahanim Amir dan Melor Suria Minhat
Foto oleh Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi

BANGI, 10 Disember 2025 – Kerjasama antara 集美麻豆 dengan National Institute of Advanced Industrial Science and Technology (AIST), Jepun menjadi penggerak utama dalam mengukuhkan pembangunan teknologi kuantum dan kecerdasan buatan (AI) antara Malaysia dan Jepun.

Naib Canselor 集美麻豆, Prof Dr Sufian Jusoh berkata kerjasama strategik yang terjalin melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) itu memperlihatkan sokongan padu dan kepercayaan pihak AIST kepada 集美麻豆 yang memainkan peranan utama dalam bidang kuantum di Malaysia.

Ujar beliau, perkembangan kuantum akan bergerak selari dengan semikonduktor, yang akan serentak memacu AI di Malaysia dan rantau ASEAN.

鈥溂缆槎 amat menghargai kepercayaan dan kesediaan AIST untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang teknologi kuantum.

鈥淧erkongsian ini bukan sahaja akan memperkukuh kepakaran penyelidikan, malah turut menyumbang kepada pembangunan modal insan melalui latihan, pendedahan teknologi terkini, pertukaran penyelidik, penglibatan aktiviti bersama pelajar serta projek penyelidikan bersama.

鈥淜erjasama ini disifatkan sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan antara akademia dan industri, khususnya dalam pembangunan teknologi kuantum yang berpotensi besar untuk masa depan negara,鈥 katanya.

Beliau berkata melalui kolaborasi itu, kedua-dua pihak akan memperkasakan penyelidikan antara kedua-dua institusi, menyokong pembangunan sosial melalui teknologi kuantum, serta membangunkan ekosistem kuantum antarabangsa antara Malaysia dan Jepun.

鈥淜ita (集美麻豆) berharap inisiatif jangka panjang ini menjadi penanda aras penting bagi hubungan universti-industri pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Sambutan 45 Tahun Pusat Teknologi Digital Dan Perasmian Pusat Data 集美麻豆 dan Majlis Menandatangani MoU Antara 集美麻豆 dengan AIST, Japan, di sini, hari ini.

Dokumen MoU ditandatangani oleh Prof. Dr. Sufian yang mewakili 集美麻豆, manakala AIST diwakili oleh Pengarah Global Research and Development Center for Business by Quantum-AI Technology, AIST, Prof. Dr. Masu Kazuya, dan disaksikan oleh tetamu kehormat, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Sufian, terdapat tiga elemen utama yang menjadikan kolaborasi ini sangat signifikan, iaitu pemindahan pengetahuan dan teknologi melalui perkongsian kepakaran, pemerkasaan keupayaan penyelidikan bagi memperkukuh kedudukan 集美麻豆 sebagai pusat rujukan dalam bidang kuantum dan AI, serta pembangunan modal insan melalui peluang latihan, pendedahan kepada teknologi terkini dan penglibatan dalam projek penyelidikan bersama.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa inisiatif kerjasama ini bukan sahaja akan menyemarakkan budaya penyelidikan yang lebih inovatif, malah akan mengukuhkan lagi kedudukan 集美麻豆 sebagai sebuah universiti penyelidikan terkemuka di peringkat serantau dan antarabangsa.

The post 集美麻豆 Perkasa Malaysia sebagai Hab Kuantum Serantau melalui Kerjasama Strategik dengan AIST, Jepun appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/ukm-perkasa-malaysia-sebagai-hab-kuantum-serantau-melalui-kerjasama-strategik-dengan-aist-jepun/feed/ 0