Kolumnis Archives - Berita 集美麻豆 /beritaukm/category/kolumnis/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 18 May 2026 07:49:28 +0000 en-US hourly 1 Guru yang Mendidik dengan Hati /beritaukm/guru-yang-mendidik-dengan-hati/ /beritaukm/guru-yang-mendidik-dengan-hati/#respond Mon, 18 May 2026 07:49:27 +0000 /beritaukm/?p=4698 Oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Setiap kali Hari Guru diraikan, masyarakat biasanya mengangkat guru sebagai insan…

The post Guru yang Mendidik dengan Hati appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Setiap kali Hari Guru diraikan, masyarakat biasanya mengangkat guru sebagai insan mulia yang mendidik, membimbing dan membentuk masa depan anak bangsa. Namun, dalam suasana semasa, profesion keguruan turut diuji dengan pelbagai persepsi, polemik dan cabaran baharu. Ada pelbagai kisah berkaitan guru yang menjadi perhatian masyarakat, sama ada melibatkan isu profesionalisme, etika, keselamatan murid mahupun kepercayaan awam terhadap institusi pendidikan. Walaupun isu-isu ini tidak mewakili keseluruhan warga pendidik, realitinya setiap perkara yang berlaku tetap memberi kesan kepada pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan.

Dalam keadaan ini, sambutan Hari Guru bukan hanya wajar menjadi ruang untuk meraikan jasa guru, tetapi juga medan untuk bermuhasabah tentang makna sebenar menjadi seorang pendidik. Guru bukan sekadar individu yang hadir ke sekolah untuk mengajar sukatan pelajaran, menanda buku latihan atau menyiapkan rekod pentaksiran. Guru ialah insan yang memegang amanah besar untuk menyentuh akal, membina jiwa dan membentuk peribadi murid. Oleh itu, guru yang benar-benar mendidik bukan hanya mengajar dengan ilmu, tetapi mendidik dengan hati.

Mendidik dengan hati

Mendidik dengan hati bermaksud guru hadir dalam dunia pendidikan dengan keikhlasan, kesabaran, empati dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Murid datang ke sekolah dengan pelbagai latar belakang. Ada yang cemerlang dan mudah dibimbing. Ada yang perlahan, kurang yakin, sering melakukan kesilapan atau membawa beban emosi dari rumah. Dalam keadaan ini, guru tidak boleh hanya melihat murid melalui keputusan peperiksaan atau tingkah laku luaran semata-mata. Guru perlu mempunyai mata hati untuk memahami bahawa di sebalik setiap murid, ada cerita, keperluan dan potensi yang belum tentu dapat dilihat dengan segera.

Namun, mendidik dengan hati bukan bermaksud guru perlu membiarkan semua kesalahan murid tanpa teguran. Guru tetap perlu tegas, berprinsip dan berani membetulkan kesilapan. Bezanya, ketegasan seorang guru mesti berpaksikan kasih sayang, bukan kemarahan yang tidak terkawal. Teguran guru seharusnya membina, bukan merendahkan. Hukuman yang diberikan perlu mendidik, bukan memalukan. Dalam dunia pendidikan hari ini, guru perlu lebih berhati-hati kerana setiap tindakan mudah dinilai, dirakam, disebarkan dan ditafsir oleh masyarakat. Justeru, kekuatan emosi dan kebijaksanaan profesional menjadi sangat penting.

Dalam perkembangan pendidikan semasa, profesion keguruan turut berhadapan dengan persekitaran sosial yang semakin kompleks. Masyarakat kini lebih peka terhadap keselamatan murid, hak kanak-kanak, etika profesional dan kesejahteraan sekolah. Perubahan ini menuntut guru untuk melaksanakan tugas dengan lebih berhati-hati, berhemah dan berlandaskan prinsip profesionalisme yang tinggi. Dalam mendidik, guru perlu mengimbangi ketegasan dengan kebijaksanaan, kasih sayang dengan batas profesional dan tanggungjawab dengan integriti. Kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa, sekolah dan masyarakat merupakan amanah besar yang perlu dipelihara melalui tindakan yang adil, beretika dan mendidik.

Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu berlaku adil terhadap guru. Tidak wajar seluruh profesion keguruan dinilai hanya berdasarkan kesilapan segelintir individu. Di sebalik cerita negatif yang menjadi perhatian, masih ramai guru yang bekerja dalam diam, mendidik dengan penuh sabar, menggunakan wang sendiri untuk membantu murid, menenangkan anak-anak yang bermasalah, mengajar murid berkeperluan khas dengan penuh kasih dan terus hadir ke sekolah walaupun diri sendiri sedang penat. Mereka inilah wajah sebenar profesion keguruan yang perlu terus dihargai.

Guru perlu memiliki hati yang kuat

Guru hari ini memikul beban yang jauh lebih kompleks. Selain mengajar, guru perlu mengurus data, melaksanakan pentaksiran, memenuhi keperluan dokumentasi, menangani tingkah laku murid, berkomunikasi dengan ibu bapa dan menyesuaikan diri dengan perubahan kurikulum serta teknologi. Dalam tekanan ini, guru perlu mempunyai hati yang kuat. Hati yang kuat bukan bermaksud tidak pernah letih atau kecewa, tetapi hati yang masih memilih untuk kembali kepada tujuan asal pendidikan, iaitu membangunkan manusia.

Justeru, guru perlu sentiasa menjaga jiwa pendidik dalam diri. Jiwa pendidik ialah kekuatan dalaman yang menjadikan guru terus bersemangat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Jiwa ini lahir daripada rasa kasih kepada ilmu, rasa tanggungjawab terhadap murid dan keyakinan bahawa setiap anak mempunyai peluang untuk berubah. Tanpa jiwa ini, pengajaran boleh menjadi rutin semata-mata. Guru mungkin hadir di bilik darjah, tetapi tidak benar-benar menyentuh kehidupan murid.

Empati merupakan asas penting dalam pendidikan masa kini kerana guru berperanan mendidik murid sebagai insan yang mempunyai latar belakang, keperluan, emosi dan potensi yang berbeza. Guru yang berempati mampu memahami murid secara lebih menyeluruh, bukan hanya berdasarkan pencapaian akademik atau tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah. Sikap empati membolehkan guru memilih pendekatan pengajaran, bimbingan dan teguran yang lebih sesuai dengan keadaan murid. Dalam konteks ini, empati tidak menjadikan guru lemah, sebaliknya memperkukuh kebijaksanaan profesional dalam membina hubungan pendidikan yang lebih manusiawi, berkesan dan bermakna. Murid bukan sahaja memerlukan guru yang mahir menyampaikan ilmu, tetapi juga guru yang mampu memahami, membimbing dan memberi ruang kepada mereka untuk berkembang.

Sempena Hari Guru, sudah tiba masanya kita mengangkat semula nilai hati dalam profesion keguruan. Pendidikan yang hebat tidak boleh hanya bergantung kepada dasar, teknologi, modul atau sistem pentaksiran. Semua itu penting, tetapi rohnya tetap terletak pada guru. Guru yang mempunyai ilmu akan mengajar dengan baik. Guru yang mempunyai kemahiran akan mengurus bilik darjah dengan berkesan. Namun, guru yang mempunyai hati akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan murid.

Guru bukan sekadar pekerjaan, tetapi amanah

Akhirnya, menjadi guru bukan sekadar pekerjaan, tetapi amanah. Amanah ini menuntut ilmu, kesabaran, integriti, empati dan kekuatan jiwa. Dalam dunia yang semakin mencabar, guru perlu terus mendidik dengan hati yang jernih, akal yang bijaksana dan tindakan yang beretika. Masyarakat pula perlu terus menyokong guru yang ikhlas menjalankan tugas, sambil memastikan profesion ini kekal dihormati melalui budaya profesional yang tinggi.

Hari Guru seharusnya mengingatkan kita bahawa guru bukan hanya membina kejayaan akademik, tetapi membentuk manusia. Manusia hanya dapat dibentuk dengan sebenar-benarnya apabila pendidikan lahir daripada hati. Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang terus mendidik dengan hati, walaupun dunia pendidikan hari ini penuh dengan ujian, tekanan dan perubahan.

The post Guru yang Mendidik dengan Hati appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/guru-yang-mendidik-dengan-hati/feed/ 0
Guru Sebagai Nadi Kurikulum Persekolahan 2027 /beritaukm/guru-sebagai-nadi-kurikulum-persekolahan-2027/ /beritaukm/guru-sebagai-nadi-kurikulum-persekolahan-2027/#respond Mon, 18 May 2026 07:45:32 +0000 /beritaukm/?p=4695 Oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Setiap perubahan kurikulum membawa harapan baharu kepada sistem pendidikan negara. Kurikulum…

The post Guru Sebagai Nadi Kurikulum Persekolahan 2027 appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Setiap perubahan kurikulum membawa harapan baharu kepada sistem pendidikan negara. Kurikulum bukan sekadar dokumen rasmi yang mengandungi mata pelajaran, standard pembelajaran dan kaedah pentaksiran tetapi mencerminkan hala tuju pembentukan generasi masa depan. Dalam konteks Kurikulum Persekolahan 2027, penekanan pendidikan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan akademik sahaja. Namun, sebenarnya memberi perhatian kepada pembentukan insan sejahtera yang seimbang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan adab.

Sebaik mana pun kerangka kurikulum dibina, guru tetap menjadi faktor utama yang menentukan keberkesanan pelaksanaannya. Kurikulum yang baik tidak akan memberi makna sekiranya tidak diterjemahkan melalui kefahaman profesional, pertimbangan pedagogi yang tepat, kepekaan terhadap keperluan murid dan penguasaan kemahiran dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru ialah penghubung antara aspirasi pendidikan negara dengan realiti bilik darjah yang pelbagai. Di tangan gurulah kandungan kurikulum, strategi pengajaran, pendekatan pedagogi dan amalan pentaksiran dapat dijelmakan sebagai pengalaman pembelajaran yang hidup, tersusun, bermakna dan berkesan kepada murid.

Kurikulum Persekolahan 2027 memperlihatkan penekanan yang jelas terhadap pembentukan insan sejahtera melalui tiga unsur utama, iaitu pengetahuan, kemahiran dan adab. Pengetahuan penting kerana murid perlu memahami ilmu, konsep dan maklumat yang menjadi asas kepada kehidupan. Kemahiran pula penting kerana murid perlu mampu menggunakan ilmu tersebut dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, berfikir secara kritis, berkolaborasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan dunia. Namun, pengetahuan dan kemahiran sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak dipandu oleh adab.

Adab

Penekanan terhadap adab menjadi semakin penting kerana cabaran generasi masa kini tidak lagi sama seperti generasi terdahulu. Murid hari ini hidup dalam persekitaran digital yang pantas, terbuka dan sarat dengan maklumat. Mereka terdedah kepada media sosial, kecerdasan buatan, budaya segera, persaingan sosial dan pelbagai bentuk pengaruh yang mudah membentuk cara berfikir serta tingkah laku. Dalam keadaan ini, murid bukan sahaja perlu diajar untuk mengetahui sesuatu, tetapi juga perlu dibimbing untuk menilai, memilih, menghormati dan bertindak secara beretika.

Adab dalam pendidikan tidak hanya bermaksud murid menghormati guru atau mematuhi peraturan sekolah. Adab merangkumi cara murid berfikir, berbicara, berinteraksi, berbeza pandangan, menggunakan teknologi, menghargai ilmu, menyantuni rakan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat. Murid yang beradab bukan sahaja mengetahui perkara yang benar, tetapi berusaha memilih tindakan yang benar. Murid yang beradab bukan sahaja memiliki kemahiran komunikasi, tetapi menggunakan komunikasi untuk membina hubungan, bukan mencetuskan konflik. Murid yang beradab bukan sahaja mahir menggunakan teknologi, tetapi memahami batas, etika dan tanggungjawab dalam dunia digital.

Di sinilah peranan guru menjadi sangat penting. Guru bukan hanya menyampaikan kandungan kurikulum, tetapi membentuk cara murid memahami kehidupan. Dalam bilik darjah, guru mengajar lebih daripada mata pelajaran. Guru membimbing murid untuk bertanya dengan sopan, mendengar pandangan rakan, menerima teguran, menyelesaikan konflik dan menghormati perbezaan. Nilai ini mungkin tidak sentiasa tertulis secara langsung dalam buku teks, tetapi terbina melalui teladan, budaya bilik darjah dan hubungan pedagogi yang dibina oleh guru setiap hari.

Kompetensi

Kompetensi seperti perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat memerlukan guru yang bukan sahaja menguasai ilmu, tetapi turut mempunyai kepekaan terhadap pembentukan sahsiah murid. Kompetensi ini tidak boleh dibentuk melalui hafalan semata-mata. Murid perlu melalui pengalaman pembelajaran yang memberi ruang kepada mereka untuk berfikir, berbincang, mencuba, membuat keputusan, menerima maklum balas dan memperbaiki diri. Guru perlu bijak membina suasana pembelajaran yang aktif, terarah dan beradab.

Sebagai contoh, apabila guru melaksanakan aktiviti perbincangan kumpulan, guru bukan hanya menilai ketepatan jawapan murid. Guru juga membimbing murid supaya mendengar pandangan orang lain, tidak memotong percakapan rakan, memberi hujah dengan tertib dan menerima perbezaan idea secara matang. Apabila guru menggunakan teknologi dalam pembelajaran, guru bukan hanya mengajar murid mencari maklumat, tetapi turut membimbing mereka menyemak kesahihan sumber, menjaga etika komunikasi dan menggunakan ruang digital secara bertanggungjawab. Dalam keadaan ini, pengetahuan, kemahiran dan adab bergerak secara bersama dalam proses pendidikan.

Cabaran

Cabaran guru dalam menjayakan aspirasi kurikulum baharu semestinya bukan mudah. Guru hari ini berhadapan dengan beban tugas, perubahan dasar, kepelbagaian murid, tekanan pentaksiran, harapan ibu bapa dan perkembangan teknologi yang sangat pantas. Murid pula hadir dengan latar belakang emosi, sosial, ekonomi dan keupayaan pembelajaran yang berbeza. Dalam keadaan ini, guru memerlukan sokongan yang kukuh, latihan yang jelas dan ruang profesional yang mencukupi untuk memahami serta melaksanakan kurikulum secara berkesan.

Dalam konteks transformasi pendidikan semasa, peranan guru perlu dilihat sebagai faktor utama yang menentukan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di bilik darjah. Sesuatu kurikulum tidak dapat berfungsi secara bermakna sekiranya tidak diterjemahkan melalui kefahaman profesional, pertimbangan pedagogi dan kepekaan guru terhadap keperluan murid. Oleh itu, guru bukan sekadar pelaksana kandungan pembelajaran, tetapi penghubung antara aspirasi pendidikan negara dengan keperluan sebenar murid di bilik darjah.

Pendidikan yang berkesan perlu kembali kepada matlamat asasnya, iaitu membentuk manusia secara menyeluruh. Pengetahuan membolehkan murid memahami dunia, manakala kemahiran membolehkan mereka bertindak, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan perubahan. Namun, kedua-duanya perlu dipandu oleh adab supaya ilmu dan keupayaan yang dimiliki dapat digunakan secara bertanggungjawab. Dalam konteks generasi masa kini yang berhadapan dengan kepesatan teknologi, limpahan maklumat dan perubahan sosial yang pantas, adab menjadi asas penting bagi membentuk murid yang bukan sahaja cerdas dan berkemahiran, tetapi juga matang, beretika, bertanggungjawab dan sejahtera.

Dalam membincangkan hala tuju pendidikan masa depan, kedudukan guru perlu dilihat secara lebih substantif sebagai penggerak utama pembentukan insan sejahtera. Guru bukan sekadar pelaksana dasar atau penyampai kandungan pembelajaran, tetapi pendidik yang membentuk cara murid berfikir, bersikap, berinteraksi dan membuat keputusan dalam kehidupan. Keberhasilan pendidikan tidak wajar diukur melalui pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga melalui keupayaan sistem pendidikan melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran, beradab, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Akhirnya, pendidikan negara memerlukan guru yang memahami bahawa tugas mendidik bukan hanya berkaitan pencapaian kurikulum, tetapi juga pembentukan manusia. Guru yang memiliki ilmu akan mampu menyampaikan pengajaran dengan baik. Guru yang memiliki kemahiran akan mampu mengurus pembelajaran dengan berkesan. Namun, guru yang mendidik dengan adab, empati dan tanggungjawab akan mampu membina murid sebagai insan sejahtera. Dalam perjalanan pendidikan masa depan, guru tetap menjadi nadi yang menghidupkan kurikulum dan membentuk generasi Malaysia yang lebih berilmu, berkemahiran dan berakhlak.

The post Guru Sebagai Nadi Kurikulum Persekolahan 2027 appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/guru-sebagai-nadi-kurikulum-persekolahan-2027/feed/ 0
Apabila Profesion Guru Dipilih Kerana Jaminan, Bukan Minat /beritaukm/apabila-profesion-guru-dipilih-kerana-jaminan-bukan-minat/ /beritaukm/apabila-profesion-guru-dipilih-kerana-jaminan-bukan-minat/#respond Mon, 18 May 2026 07:04:10 +0000 /beritaukm/?p=4692 Disediakan oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah kanan, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mutakhir ini, bidang pendidikan semakin menjadi pilihan ramai pelajar lepasan…

The post Apabila Profesion Guru Dipilih Kerana Jaminan, Bukan Minat appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Disediakan oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah kanan, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mutakhir ini, bidang pendidikan semakin menjadi pilihan ramai pelajar lepasan ijazah. Ramai yang menyambung pengajian dalam program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) sebagai laluan untuk menjadi guru. Malahan, semakin banyak universiti awam dan swasta menawarkan program ikhtisas pendidikan ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Fenomena ini bukan sesuatu yang menghairankan kerana syarat asas untuk menjadi guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memerlukan seseorang calon memiliki kelayakan ikhtisas pendidikan.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut membuka pelbagai peluang pekerjaan dalam profesion keguruan, termasuk melalui laluan 鈥淐ontract of Service鈥 atau COS dan pengambilan guru bagi memenuhi keperluan sekolah yang semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan profesion guru dilihat sebagai kerjaya yang mempunyai jaminan masa depan. Bagi sesetengah graduan, menjadi guru dianggap sebagai pilihan yang stabil, mempunyai laluan pekerjaan yang jelas dan menawarkan keselamatan kerjaya dalam jangka panjang.

Namun, di sebalik peningkatan minat terhadap bidang pendidikan, satu persoalan besar perlu direnungkan. Adakah profesion guru dipilih kerana benar-benar ingin mendidik, atau sekadar kerana kerjaya ini dilihat lebih selamat? Persoalan ini penting kerana menjadi guru bukan sekadar memenuhi kekosongan jawatan. Guru bukan hanya pekerja dalam sistem pendidikan. Guru sebenarnya adalah merupakan  insan yang membentuk pemikiran, sikap, nilai, akhlak dan masa depan generasi.

Masyarakat sering melihat tugas guru secara mudah. Ada yang beranggapan guru hanya masuk ke kelas, mengajar beberapa waktu, pulang awal dan menikmati cuti sekolah yang panjang. Tanggapan seperti ini terlalu sempit dan tidak menggambarkan realiti sebenar dunia keguruan. Hakikatnya, tugas guru jauh lebih rencam daripada sekadar berdiri di hadapan kelas dan menyampaikan isi pelajaran.

Seorang guru perlu merancang pengajaran, menyediakan rancangan pengajaran harian, membina bahan bantu mengajar, menyemak latihan, merekod perkembangan murid, melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah, mengurus data, menghadiri mesyuarat, membimbing murid yang lemah, menangani masalah disiplin, terlibat dalam kokurikulum dan menjayakan pelbagai program sekolah. Di luar bilik darjah, guru juga sering menjadi kaunselor tidak rasmi, pendengar masalah murid, penghubung dengan ibu bapa dan pelaksana pelbagai agenda pendidikan negara.

Kerja guru bukan hanya menuntut ilmu dan kemahiran tetapi memerlukan kekuatan mental, fizikal dan emosi. Guru perlu sabar berdepan kerenah murid yang pelbagai. Guru seharusnya perlu bijak mengurus tekanan kerja. Guru perlu tenang apabila berhadapan dengan ibu bapa, pentadbir, komuniti dan perubahan dasar pendidikan. Dalam banyak keadaan, guru juga perlu mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit sendiri demi memastikan murid mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih baik.

Profesion guru menuntut jiwa yang besar dan tidak wajar didekati dengan sikap terlalu berkira. Menjadi guru memerlukan empati yang tinggi kerana setiap murid hadir dengan latar kehidupan, keupayaan dan pengalaman yang berbeza. Sebahagian murid mudah memahami pelajaran . Manakala sebahagian yang lain memerlukan bimbingan berulang kali. Terdapat murid yang mendapat sokongan keluarga yang baik tetapi terdapat  juga yang membesar dalam suasana kurang perhatian. Malah, sebahagian mereka hadir ke sekolah bukan sahaja untuk belajar, tetapi turut membawa beban emosi dan cabaran kehidupan dari rumah. Dalam realiti inilah guru berperanan bukan sekadar sebagai penyampai ilmu, tetapi sebagai pembimbing, pemudah cara dan contoh teladan kepada murid.

Justeru, kelayakan ikhtisas semata-mata belum cukup untuk menjadikan seseorang itu benar-benar bersedia menjadi guru. Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pendidikan, sijil profesional atau kelulusan akademik hanyalah asas kelayakan. Perkara yang lebih utama ialah kesediaan hati untuk mendidik. Guru yang baik tidak hanya bertanya tentang gaji yang diterima, tempoh cuti yang diperoleh atau sejauh mana kerjaya ini mampu menjamin masa depan. Sebaliknya, guru yang benar-benar berjiwa pendidik akan bertanya tentang sumbangan yang boleh diberikan kepada murid, sekolah, msyarakat dan negara.

Profesion guru juga menuntut seseorang menjadi contoh kepada masyarakat. Guru dilihat, diperhatikan dan dinilai bukan sahaja ketika berada di sekolah, tetapi turut dilihat dalam kehidupan seharian. Cara guru bercakap, bertindak, membuat keputusan dan berinteraksi memberi kesan kepada pandangan masyarakat terhadap profesion ini. Oleh itu, seorang guru perlu menjaga keimanan, integriti, adab, disiplin dan nilai diri. Guru bukan hanya bertugas di sekolah, tetapi turut membawa imej pendidikan dalam masyarakat.

Tidak salah memilih profesion guru kerana menawarkan laluan kerjaya yang stabil. Namun, kestabilan kerjaya tidak boleh menjadi satu-satunya sebab seseorang memilih untuk menjadi guru. Jika profesion ini dipilih hanya kerana jaminan kerja, tanpa ada rasa minat dan jiwa mendidik, akhirnya murid yang menerima kesannya. Murid memerlukan guru yang hadir dengan kesungguhan, bukan sekadar hadir kerana tanggungjawab jawatan. Murid memerlukan guru yang mengajar dengan hati, bukan sekadar menghabiskan sukatan pelajaran.

Oleh itu, sudah tiba masanya masyarakat melihat profesion guru dengan lebih adil dan mendalam. Menjadi guru bukan laluan mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Menjadi guru ialah amanah besar yang menuntut ilmu, kesabaran, pengorbanan dan keikhlasan. Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar, negara tidak hanya memerlukan lebih ramai guru, tetapi memerlukan lebih ramai guru yang benar-benar memiliki jiwa mendidik.

Akhirnya, profesion guru bukan sekadar tentang jaminan masa depan seorang graduan. Profesion guru adalah tentang masa depan anak bangsa dan negara. 聽Jika guru dipilih kerana minat, disuburkan dengan ilmu dan dipandu oleh hati yang Ikhlas serta memahami aspirasi negara maka pendidikan akan terus menjadi ruang pembentukan manusia yang beradab, berilmu dan bermanfaat kepada masyarakat.

The post Apabila Profesion Guru Dipilih Kerana Jaminan, Bukan Minat appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/apabila-profesion-guru-dipilih-kerana-jaminan-bukan-minat/feed/ 0
Menelusuri Legasi Sasterawan Negara Ke-16, Mana Sikana /beritaukm/menelusuri-legasi-sasterawan-negara-ke-16-mana-sikana/ /beritaukm/menelusuri-legasi-sasterawan-negara-ke-16-mana-sikana/#respond Fri, 08 May 2026 01:06:01 +0000 /beritaukm/?p=4634 Oleh Dr Hasrul HashimFoto Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Tanggal 28 April 2026 akan terus terpahat sebagai lembaran sejarah gemilang dalam dunia kesusasteraan tanah air. Pengumuman tokoh ilmuwan dan pengarang…

The post Menelusuri Legasi Sasterawan Negara Ke-16, Mana Sikana appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Dr Hasrul Hashim
Foto Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Tanggal 28 April 2026 akan terus terpahat sebagai lembaran sejarah gemilang dalam dunia kesusasteraan tanah air.

Pengumuman tokoh ilmuwan dan pengarang prolifik, Allahyarham Dr. Abdul Rahman Napiah atau lebih dikenali sebagai Mana Sikana sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-16 merupakan satu pengiktirafan tertinggi yang membanggakan negara, khususnya 集美麻豆.

Pengiktirafan ini bukan sekadar penganugerahan gelaran, malah mencerminkan kekuatan tradisi keilmuan 集美麻豆 sebagai sebuah universiti yang konsisten melahirkan tokoh pemikir dan sasterawan berwibawa.

Ia menjadi bukti bahawa 集美麻豆 terus berperanan sebagai medan subur dalam pembinaan intelektual dan pengembangan wacana kesusasteraan Melayu.

Di mimbar akademik inilah beliau belajar dan menabur bakti sebagai seorang sarjana, pendidik, dan pemikir yang tidak pernah lelah menyuburkan wacana intelektual, khususnya di Jabatan Persuratan Melayu kini dikenali sebagai Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA-MELAYU).

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera Kelas pertama pada tahun 1978, Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1980 dan Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1990.

Di sinilah beliau berkembang sebagai sarjana, pendidik dan pemikir yang tekal menyumbang kepada perkembangan ilmu dan kesusasteraan tanah air.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah melahirkan ramai sarjana, pengkritik sastera dan ilmuwan yang kini meneruskan legasi keilmuan di pelbagai institusi.

Sebagai pelopor dalam Kesusasteraan Melayu Moden, Mana Sikana terkenal dengan keberanian yang membawa anjakan paradigma dalam Kesusasteraan Melayu Moden.

Ratusan karya beliau merangkumi cerpen, novel, drama pentas, skrip televisyen, hinggalah kepada esei kritikan sarat dengan elemen eksperimentasi naratif.

Karya-karya besar beliau seperti Ronjang, Klimaks, Kesesatan, dan Syajar bukan sekadar naskhah bacaan santai. Ia adalah medan di mana pendekatan intertekstual, metafiksyen, dan metasejarah diadun dengan begitu berseni. 

Beliau membawa sastera Melayu keluar daripada kepompong konvensional, menyuntik elemen falsafah pascamodenisme dan kritikan sosial tanpa sesekali meninggalkan nilai kemanusiaan serta kepekaan terhadap realiti sosiopolitik tanah air.

Malah, sumbangan terbesar beliau turut melangkaui penulisan kreatif menerusi pengislamisasian teori sastera seperti Teori Teksdealisme yang terus dikaji dan dimanfaatkan di pelbagai universiti.

Penganugerahan ini menjadi simbol kecemerlangan 集美麻豆 dalam melahirkan tokoh pembina peradaban bangsa. Ia juga menyuntik semangat baharu kepada seluruh warga universiti untuk terus meneroka, memperkasa dan memartabatkan ilmu dalam pelbagai bidang.

Penobatan ini mencerminkan kejayaan falsafah ilmu yang sekian lama berakar dalam tradisi akademik 集美麻豆.

Al-Fatihah buat Sang Sasterawan, Dr. Abdul Rahman Napiah; tintamu telah berhenti mengalir, namun gagasan pemikiranmu akan terus berdegup di dada setiap warga keilmuan kami.

The post Menelusuri Legasi Sasterawan Negara Ke-16, Mana Sikana appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/menelusuri-legasi-sasterawan-negara-ke-16-mana-sikana/feed/ 0
Laju Itu Pilihan, Risiko Itu Pasti: Harga Sebenar Memandu Laju /beritaukm/laju-itu-pilihan-risiko-itu-pasti-harga-sebenar-memandu-laju/ /beritaukm/laju-itu-pilihan-risiko-itu-pasti-harga-sebenar-memandu-laju/#respond Fri, 24 Apr 2026 00:57:26 +0000 /beritaukm/?p=4577 Oleh Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan, Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. Suatu pagi di lebuh raya, sebuah…

The post Laju Itu Pilihan, Risiko Itu Pasti: Harga Sebenar Memandu Laju appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan, Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suatu pagi di lebuh raya, sebuah kereta memotong laju dari sebelah kanan. Dalam beberapa saat, kereta itu hilang dari pandangan. Kita mungkin bersangka baik: 鈥淐epat sampai.鈥 Namun, beberapa kilometer kemudian, trafik mula perlahan. Di bahu jalan, kelihatan kenderaan yang sama mengalami kemalangan kecil, tetapi cukup untuk menahan aliran panjang kenderaan di belakangnya. Situasi ini kerap berlaku dan ia mengingatkan kita bahawa had laju bukan sekadar angka pada papan tanda, tetapi garis panduan keselamatan yang dibina atas asas yang kukuh.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malaysia merekodkan sekitar 6,000 hingga 7,000 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun. Laporan rasmi juga menunjukkan bahawa faktor seperti kelajuan berlebihan, kecuaian, dan kegagalan mematuhi peraturan jalan raya merupakan antara penyumbang utama kepada kemalangan maut.

Di sebalik had laju, terdapat hakikat yang tidak boleh dielakkan iaitu hukum fizik. Apabila kelajuan meningkat, tenaga hentaman meningkat dengan ketara. Perubahan kecil pada kelajuan boleh membawa perbezaan besar dalam impak pelanggaran. Begitu juga dengan jarak membrek; semakin laju kenderaan, semakin panjang jarak yang diperlukan untuk berhenti dengan selamat. Dalam situasi kecemasan, perbezaan ini boleh menjadi penentu antara selamat dan sebaliknya.

Namun, keselamatan di jalan raya tidak hanya bergantung kepada hukum fizik ini. Ia juga bergantung kepada keupayaan manusia. Masa reaksi pemandu, walaupun dalam keadaan fokus, tetap terhad. Dalam satu hingga dua saat, kenderaan pada kelajuan tinggi boleh bergerak puluhan meter. Dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai situasi boleh berlaku. Kenderaan di hadapan membrek secara mengejut, objek berada di laluan, atau perubahan pergerakan trafik yang tidak dijangka.

Jalan raya pula direka dengan parameter tertentu. Setiap selekoh, cerun dan jarak pandangan telah diambil kira oleh jurutera berdasarkan kelajuan yang sesuai. Apabila had ini dipatuhi, sistem jalan raya berfungsi secara optimum. Sebaliknya, apabila ia dilanggar, risiko kehilangan kawalan dan kemalangan meningkat.

Dalam masa yang sama, penting untuk memahami bahawa keselamatan bukan hanya tentang mengelakkan kelajuan tinggi. Perbezaan kelajuan yang terlalu besar antara kenderaan juga boleh meningkatkan risiko. Pemanduan yang terlalu perlahan boleh mengganggu aliran trafik dan menyebabkan pemandu lain mengambil tindakan seperti memotong secara mengejut. Oleh itu, had laju sebenarnya membantu mewujudkan keseimbangan dalam pergerakan trafik.

Satu lagi aspek yang sering menjadi perhatian ialah masa perjalanan. Ramai pemandu memilih untuk memandu lebih laju dengan harapan dapat sampai lebih awal. Namun dalam kebanyakan situasi, perbezaan masa yang diperoleh adalah kecil, selalunya hanya beberapa minit. Dalam perjalanan harian, kelebihan ini mudah hilang akibat lampu isyarat, kesesakan atau keadaan jalan yang tidak menentu.

Selain itu, kemalangan jalan raya juga memberi kesan kepada ramai pihak. Ia boleh menyebabkan kesesakan yang panjang, melibatkan pengguna jalan raya lain, dan memerlukan respons daripada pihak kecemasan seperti ambulans dan polis. Ini menunjukkan bahawa setiap tindakan di jalan raya bukan sahaja memberi kesan kepada individu, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan.

Kelajuan yang tinggi turut memberi kesan kepada penggunaan bahan api dan penyelenggaraan kenderaan. Kenderaan yang dipandu laju cenderung menggunakan lebih banyak bahan api, dan komponen seperti tayar serta sistem brek mengalami kehausan yang lebih cepat. Dalam jangka panjang, ini membawa kepada kos tambahan serta kesan terhadap alam sekitar.

Seiring dengan itu, pendekatan dasar seperti yang digalakkan oleh Kerajaan MADANI Malaysia melalui inisiatif Bekerja Dari Rumah (BDR) turut membuka ruang untuk mengurangkan kebergantungan terhadap perjalanan harian yang panjang dan tergesa-gesa. Dengan mengurangkan keperluan mobiliti yang tidak kritikal, tekanan untuk memandu laju dapat dikurangkan, sekali gus menyumbang kepada penjimatan tenaga, pengurangan pelepasan karbon, dan peningkatan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.

Akhirnya, had laju wujud sebagai panduan untuk memastikan keseimbangan antara keselamatan, kelancaran trafik dan kecekapan perjalanan. Ia bukan bertujuan untuk menyekat, tetapi untuk melindungi. Dengan mematuhinya, kita bukan sahaja menjaga diri sendiri, tetapi juga menghormati keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Harapan kita, perkongsian seperti ini dapat dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama, dan setiap pemandu memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua.

The post Laju Itu Pilihan, Risiko Itu Pasti: Harga Sebenar Memandu Laju appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/laju-itu-pilihan-risiko-itu-pasti-harga-sebenar-memandu-laju/feed/ 0
Modern CT Scans Are Safer, Use Less Radiation /beritaukm/modern-ct-scans-are-safer-use-less-radiation/ /beritaukm/modern-ct-scans-are-safer-use-less-radiation/#respond Mon, 06 Apr 2026 06:48:37 +0000 /beritaukm/?p=4544 By Assoc. Prof. Dr. Hanani Abdul Manan Many patients feel anxious when a doctor recommends a CT (Computed Tomography) scan, particularly when the examination involves sensitive areas such as the…

The post Modern CT Scans Are Safer, Use Less Radiation appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
By Assoc. Prof. Dr. Hanani Abdul Manan

Many patients feel anxious when a doctor recommends a CT (Computed Tomography) scan, particularly when the examination involves sensitive areas such as the brain or abdomen. This concern is understandable, as the term radiation is often associated with potential health risks.

However, modern CT technology has advanced significantly over the past decade. Current scanners are much safer than earlier generations, with radiation doses greatly reduced through technological improvements and strict safety protocols.

In addition, medical imaging practices follow the ALARA principle (As Low As Reasonably Achievable), which ensures that radiation exposure is kept to the minimum level necessary while still producing high-quality diagnostic images.

Protective equipment also plays an important role in radiation safety. As shown in the figure, lead aprons are available near the CT technical room and are used to protect medical staff and patients from unnecessary radiation exposure when required.

These safety measures, together with improved imaging technology, help ensure that CT scans remain one of the most valuable and reliable diagnostic tools in modern healthcare while maintaining patient safety.

A CT scan uses X-rays taken from multiple angles around the body to produce detailed cross-sectional images of internal structures. These images are then reconstructed into three-dimensional views, allowing doctors to examine organs such as the brain, lungs, liver, and intestines with remarkable clarity.

This level of detail enables physicians to quickly detect conditions such as internal bleeding, infections, tumours, fractures, or internal injuries. In emergency situations, CT imaging can be life-saving, enabling rapid diagnosis and immediate treatment decisions.

Although CT scans involve ionising radiation, their use is carefully controlled. Each scan is performed only when the expected medical benefits clearly outweigh the potential risks.

ADVANCES IN CT TECHNOLOGY

Radiation doses from CT scans have changed dramatically over the past 10 to 15 years.

Earlier CT systems, such as 16-slice and 64-slice scanners, represented major technological milestones in radiology at the time. However, these systems lacked many of the advanced dose-reduction features available today. As a result, patients were exposed to higher radiation levels to obtain high-quality diagnostic images.

Modern CT scanners, including 128-slice, 256-slice, and even 640-slice systems, now incorporate a range of intelligent technologies designed to minimise radiation exposure while maintaining excellent image quality.

One key innovation is Automatic Exposure Control (AEC). This system automatically adjusts the X-ray output according to the patient鈥檚 body size and shape, ensuring that each individual receives a radiation dose tailored to their specific anatomy.

Another important advancement is Iterative Reconstruction, an image-processing technique that produces clearer images even when lower radiation doses are used. By reducing image noise and improving contrast, this technology allows accurate diagnosis while minimising radiation exposure.

In addition, modern CT systems often include Organ-Based Dose Modulation, which provides extra protection to radiation-sensitive organs such as the eyes, thyroid gland, and breast tissue. These organs are particularly sensitive to radiation, even at relatively low doses.

Many scanners also feature real-time dose monitoring, enabling radiographers to continuously assess radiation exposure during the scan and make adjustments when necessary.

Thanks to these technological improvements, radiation doses for common examinations such as brain and abdominal CT scans have been reduced by approximately 50鈥80 percent compared with a decade ago.

UNDERSTANDING RADIATION EXPOSURE

Radiation exposure from CT scans is often misunderstood because people rarely realise that radiation is already present in everyday life.

Humans are constantly exposed to natural background radiation, which originates from sources such as cosmic rays, soil, food, and even the air we breathe. On average, individuals receive approximately 2 to 3 millisieverts (mSv) of natural radiation per year, depending on their geographical location and lifestyle.

When compared with these natural levels, the radiation dose from a CT scan is relatively modest.

Certain everyday activities can also slightly increase radiation exposure. For example, a long-distance flight from Kuala Lumpur to London exposes passengers to approximately 0.05 mSv due to increased cosmic radiation at high altitude.

Similarly, individuals living in highland areas may receive slightly higher natural radiation levels because thinner atmospheric layers provide less shielding from cosmic rays.

Understanding this context helps place CT radiation exposure into perspective. The additional radiation from a medically justified CT scan is relatively small compared with the natural radiation humans experience throughout their lives.

RISKS AND MEDICAL NEEDS

The health risk associated with a single CT scan is extremely small. For adults, the estimated risk is less than 0.05 percent.

In contrast, failing to perform a CT scan when medically required can have far greater consequences. Conditions such as stroke, brain haemorrhage, internal bleeding, or ruptured appendix require rapid and accurate diagnosis. CT imaging often provides the fastest and most reliable means of identifying these life-threatening conditions.

For this reason, CT examinations are carefully justified before being performed, and each scan must be approved by a qualified radiologist.

Meanwhile, children are generally more sensitive to radiation than adults because their tissues are still developing and they have a longer lifespan during which potential radiation effects could occur.

To address this, hospitals implement specialised paediatric CT protocols that significantly reduce radiation exposure. In many cases, doses for children can be reduced by up to 80 percent compared with adult protocols, while still maintaining diagnostic image quality.

Whenever possible, doctors may also consider alternative imaging methods that do not involve radiation, such as ultrasound or magnetic resonance imaging (MRI).

These careful approaches ensure that CT imaging remains safe even for younger patients.

For patients who require repeated imaging such as those undergoing cancer monitoring or managing chronic diseases many medical centres now implement low-dose CT protocols specifically designed for follow-up examinations.

These protocols ensure that cumulative radiation exposure remains as low as possible while maintaining high standards of diagnostic accuracy.

This approach reflects the ongoing commitment within modern radiology to prioritise patient safety while delivering effective medical care.

HARNESSING AI IN CT IMAGING

Artificial intelligence (AI) is increasingly transforming medical imaging. In modern CT systems, AI-based algorithms can automatically adjust scanning parameters based on the patient鈥檚 body size, shape, and anatomical characteristics.

This enables CT scanners to deliver the lowest radiation dose necessary for accurate diagnosis, while maintaining high-quality images.

Emerging technologies such as Spectral CT and Photon-Counting CT are also improving the way CT images are produced. These technologies can differentiate between different X-ray energy levels absorbed by body tissues, generating images with greater detail and improved contrast.

As a result, doctors can obtain more precise diagnostic information while keeping radiation exposure even lower than before.

CT technology today is significantly safer than it was a decade ago. Advances in imaging technology, combined with intelligent dose-control systems and artificial intelligence, have dramatically reduced radiation exposure while improving image quality and diagnostic accuracy.

When CT scans are performed under the supervision of trained radiologists and in accordance with the ALARA principle, they remain a safe and highly valuable medical tool.

Rather than fearing radiation, it is important to understand its role in modern medicine. When used responsibly, radiation becomes a powerful diagnostic resource that helps doctors detect disease early, guide treatment decisions, and ultimately save lives.

From identifying stroke within minutes to determining the cause of severe abdominal pain, CT scans serve as the 鈥渆yes鈥 of modern medicine. With continuing technological advancements, CT imaging will remain an essential and increasingly safe component of healthcare in the years ahead.

The post Modern CT Scans Are Safer, Use Less Radiation appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/modern-ct-scans-are-safer-use-less-radiation/feed/ 0
Keselamatan Tiada Cuti: Lindungi Diri, Hargai Keluarga /beritaukm/keselamatan-tiada-cuti-lindungi-diri-hargai-keluarga/ /beritaukm/keselamatan-tiada-cuti-lindungi-diri-hargai-keluarga/#respond Tue, 31 Mar 2026 00:24:44 +0000 /beritaukm/?p=4518 Oleh Dr Nurrul Hafeezah Sahak, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan detik yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Kemeriahan balik kampung, kunjung-mengunjung dan pertemuan bersama keluarga…

The post Keselamatan Tiada Cuti: Lindungi Diri, Hargai Keluarga appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Dr Nurrul Hafeezah Sahak, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi

Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan detik yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Kemeriahan balik kampung, kunjung-mengunjung dan pertemuan bersama keluarga menjadikan perayaan ini penuh makna. Namun begitu, di sebalik kemeriahan yang dirasai, aspek keselamatan sering kali terabai.

Setiap kali musim perayaan menjelang, jumlah kenderaan di jalan raya meningkat dengan ketara, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan. Keletihan, sikap tergesa-gesa dan kecuaian semasa memandu sering menjadi punca utama tragedi. Dalam hal ini, setiap individu perlu memainkan peranan dengan merancang perjalanan lebih awal, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta mengelakkan pemanduan ketika letih. Perlu diingat, keutamaan bukanlah untuk tiba dengan cepat, tetapi untuk sampai dengan selamat.

Selain keselamatan di jalan raya, aspek keselamatan kediaman juga perlu diberi perhatian. Rumah yang ditinggalkan kosong sepanjang tempoh perayaan berisiko menjadi sasaran jenayah. Langkah pencegahan seperti memaklumkan ketiadaan kepada jiran, memastikan pintu dan tingkap dikunci rapi serta menutup suis peralatan elektrik adalah tindakan mudah tetapi signifikan. Orang ramai juga digalakkan memanfaatkan inisiatif pemantauan yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia bagi membolehkan pemantauan dan rondaan berkala di kawasan kediaman sepanjang musim perayaan.

Dalam pada itu, penggunaan mercun dan bunga api yang tidak terkawal boleh mengundang bahaya, khususnya kepada kanak-kanak. Kecederaan akibat kecuaian bukan sahaja memberi kesan fizikal, malah boleh meninggalkan trauma jangka panjang kepada mangsa dan keluarga. Oleh itu, pengawasan oleh ibu bapa atau penjaga amat penting bagi memastikan aktiviti ini tidak bertukar menjadi tragedi.

Usaha pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam melaksanakan kempen keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang perlu disokong oleh masyarakat. Namun begitu, keberkesanan usaha ini amat bergantung kepada sikap dan kesedaran individu. Tanpa disiplin dan tanggungjawab bersama, risiko kemalangan dan insiden tidak diingini sukar dikurangkan.

Hakikatnya, keselamatan tidak seharusnya dilihat sebagai keutamaan di tempat kerja semata-mata, sebaliknya perlu dijadikan budaya dalam setiap aspek kehidupan, termasuk ketika meraikan perayaan. Setiap keputusan yang diambil, sama ada di jalan raya, di rumah atau ketika aktiviti perayaan memberi kesan langsung terhadap keselamatan diri dan orang sekeliling.

Walaupun sesetengah tindakan kelihatan kecil dan remeh, kesannya boleh menjadi signifikan sekiranya ia melibatkan aspek keselamatan. Sebagai contoh, keputusan untuk memandu dalam keadaan letih, tidak memakai tali pinggang keledar atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh meningkatkan risiko kemalangan yang serius. Begitu juga di rumah, kecuaian seperti tidak menutup suis peralatan elektrik atau gagal memastikan pintu dan tingkap dikunci dengan sempurna boleh membuka ruang kepada risiko kebakaran atau jenayah.

Lebih penting lagi, keselamatan bukan sahaja melibatkan diri sendiri, tetapi turut memberi kesan kepada orang lain. Tindakan cuai seseorang individu boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain, ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhan. Sebagai contoh, kemalangan jalan raya bukan sahaja memberi kesan secara langsung kepada mangsa, malah turut melibatkan pihak lain yang tidak bersalah. Dalam situasi kebakaran pula, kecuaian di sebuah rumah boleh merebak dan menjejaskan kediaman berhampiran. Ini jelas menunjukkan bahawa keselamatan adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama semua pihak.

Penting untuk kita memahami bahawa keselamatan perlu dijadikan sebagai satu budaya dalam kehidupan, bukan sekadar amalan bermusim atau hanya ketika berada di tempat kerja. Kesedaran terhadap risiko dan langkah pencegahan perlu diterapkan secara konsisten dalam setiap tindakan yang diambil.

Marilah kita menghayati bahawa keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri, kita tidak boleh alpa terhadap aspek keselamatan. Lindungi diri, hargai keluarga dan pastikan setiap langkah yang diambil membawa kita kembali ke pangkuan mereka dengan selamat. Sesungguhnya, keselamatan itu tiada cuti.

The post Keselamatan Tiada Cuti: Lindungi Diri, Hargai Keluarga appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/keselamatan-tiada-cuti-lindungi-diri-hargai-keluarga/feed/ 0
Waspada Tibi di Musim Raya /beritaukm/waspada-tibi-di-musim-raya/ /beritaukm/waspada-tibi-di-musim-raya/#respond Wed, 18 Mar 2026 00:08:47 +0000 /beritaukm/?p=4508 Oleh Khairatul Nadia Ramli Menjelang Aidilfitri, rumah terbuka dan kunjung-mengunjung menjadi tradisi yang mengeratkan hubungan kekeluargaan serta persahabatan. Namun dalam suasana meriah ini, masyarakat juga diingatkan agar tidak alpa terhadap…

The post Waspada Tibi di Musim Raya appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Khairatul Nadia Ramli

Menjelang Aidilfitri, rumah terbuka dan kunjung-mengunjung menjadi tradisi yang mengeratkan hubungan kekeluargaan serta persahabatan. Namun dalam suasana meriah ini, masyarakat juga diingatkan agar tidak alpa terhadap kesihatan diri, khususnya berkaitan penyakit berjangkit seperti Tuberculosis atau tibi yang masih wujud dalam komuniti.

Tibi ialah penyakit berjangkit yang merebak melalui udara apabila seseorang yang menghidap tibi paru-paru aktif batuk, bersin atau bercakap. Risiko jangkitan boleh meningkat apabila seseorang berada dalam ruang tertutup atau kawasan sesak untuk tempoh yang lama, terutama jika pengudaraan kurang baik. Situasi seperti majlis rumah terbuka atau perhimpunan keluarga besar boleh menjadi persekitaran yang memudahkan penularan penyakit sekiranya langkah pencegahan tidak diberi perhatian.

Menurut Pensyarah dan Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Respiratori, Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), 集美麻豆, Prof. Madya Dr. Ng Boon Hau, musim perayaan sering menyaksikan lebih banyak interaksi sosial, sekali gus meningkatkan keperluan untuk masyarakat lebih peka terhadap tanda-tanda awal penyakit.

鈥淜etika musim perayaan seperti hari raya, kita akan bertemu ramai orang dalam satu masa. Dalam keadaan ini, jika ada individu yang mempunyai jangkitan tibi aktif, penyakit itu boleh merebak melalui udara, terutama jika kita berada dalam ruang tertutup atau pengudaraan tidak begitu baik,鈥 jelas beliau.

Beliau menegaskan bahawa gejala batuk yang berpanjangan tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia mungkin petunjuk awal kepada jangkitan tibi.

鈥淩amai orang menganggap batuk yang berlarutan hanyalah batuk biasa. Tetapi jika batuk berterusan lebih daripada dua minggu, terutamanya jika disertai demam, berpeluh pada waktu malam atau penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas, individu tersebut digalakkan mendapatkan pemeriksaan kesihatan,鈥 katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan awal bukan sahaja membantu pesakit mendapatkan rawatan dengan lebih cepat, malah dapat mengurangkan risiko penularan kepada ahli keluarga dan orang sekeliling.

Data kesihatan awam menunjukkan bahawa tibi masih menjadi cabaran kesihatan di Malaysia, dengan puluhan ribu kes dilaporkan setiap tahun. Keadaan ini menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat terhadap gejala awal dan langkah pencegahan masih sangat penting.

Tambah beliau lagi, langkah pencegahan sebenarnya tidak rumit dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian, termasuk ketika menghadiri majlis rumah terbuka.

鈥淧erkara asas seperti memastikan pengudaraan yang baik, membuka tingkap atau pintu supaya udara dapat bergerak dengan lebih lancar, serta mengamalkan etika batuk yang betul boleh membantu mengurangkan risiko penularan penyakit,鈥 ujarnya.

Individu yang mengalami batuk atau tidak sihat juga digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di tempat yang sesak sebagai langkah melindungi orang lain.

Golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai penyakit kronik serta sistem imun yang lemah juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila menghadiri majlis yang terlalu sesak. Sekiranya tidak sihat, adalah lebih baik untuk menangguhkan kunjungan sehingga keadaan kesihatan pulih sepenuhnya.

Bagi individu yang sedang menjalani rawatan tibi, pematuhan kepada rawatan yang diberikan oleh doktor adalah sangat penting.

鈥淲alaupun pesakit mungkin berasa lebih sihat selepas beberapa minggu, ubat perlu diambil sehingga tamat tempoh rawatan yang ditetapkan.

鈥淚ni penting bagi memastikan penyakit sembuh sepenuhnya dan bagi mengelakkan berlakunya rintangan ubat,鈥 tambah beliau.

Dalam kemeriahan Aidilfitri, menjaga kesihatan diri dan orang sekeliling merupakan tanggungjawab bersama. Dengan kesedaran terhadap gejala tibi serta amalan langkah pencegahan yang mudah, masyarakat dapat terus meraikan hari raya dalam suasana yang selamat, sihat dan penuh kegembiraan.

The post Waspada Tibi di Musim Raya appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/waspada-tibi-di-musim-raya/feed/ 0
Puasa Ramadan: Adaptasi Fisiologi Tubuh Yang Menakjubkan /beritaukm/puasa-ramadan-adaptasi-fisiologi-tubuh-yang-menakjubkan/ /beritaukm/puasa-ramadan-adaptasi-fisiologi-tubuh-yang-menakjubkan/#respond Thu, 05 Mar 2026 07:57:52 +0000 /beritaukm/?p=4467 Oleh Khairatul Nadia Ramli. Setiap kali Ramadan menjelma, umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa, ibadah yang menuntut setiap individu melaksanakan latihan disiplin diri secara menyeluruh, merangkumi ketahanan…

The post Puasa Ramadan: Adaptasi Fisiologi Tubuh Yang Menakjubkan appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Khairatul Nadia Ramli.

Setiap kali Ramadan menjelma, umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa, ibadah yang menuntut setiap individu melaksanakan latihan disiplin diri secara menyeluruh, merangkumi ketahanan menahan lapar dan dahaga serta penyucian jiwa.

Di sebalik tuntutan kerohanian yang mendalam, puasa sebenarnya turut memperlihatkan satu keajaiban fisiologi tubuh manusia yang jarang disedari.

Menurut Pensyarah dan Pakar Fisiologi, Fakulti Perubatan, 集美麻豆, Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar, ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya merupakan satu bentuk 鈥渓atihan biologi鈥 yang tersusun dan penuh hikmah.

鈥淎pabila seseorang berpuasa, tubuhnya melalui satu proses adaptasi yang sangat sistematik. Walaupun tiada pengambilan makanan dan minuman selama beberapa jam, sistem badan tetap berfungsi secara optimum melalui pengaktifan pelbagai mekanisme dalaman,鈥 jelas beliau.

Beliau menerangkan bahawa dalam beberapa jam pertama selepas bersahur, tubuh masih menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama. Lebihan glukosa yang disimpan dalam bentuk glikogen di dalam hati dan otot akan dimanfaatkan bagi memastikan bekalan tenaga berterusan.

鈥淎pabila simpanan glikogen mula berkurangan, tubuh akan beralih kepada pembakaran lemak melalui proses yang dipanggil lipolisis. Pada masa sama, hati menghasilkan jasad keton sebagai sumber tenaga alternatif, khususnya untuk otak,鈥 katanya.

Menurut beliau, peralihan metabolik ini memberi manfaat besar kepada kesihatan, termasuk meningkatkan kecekapan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga dan membantu mengawal berat badan. Dalam tempoh tertentu, ia juga berpotensi mengurangkan lemak visceral yang sering dikaitkan dengan risiko diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Dari sudut hormon pula, puasa membantu menurunkan paras insulin dalam darah, sekali gus menggalakkan pembakaran lemak tersimpan.

鈥淎pabila paras insulin menurun, badan beralih daripada mod menyimpan kepada mod membakar tenaga. Hormon seperti glukagon pula membantu mengekalkan bekalan tenaga dan menyokong pemeliharaan jisim otot,鈥 ujar beliau.

Tambahnya lagi, keadaan ini boleh meningkatkan sensitiviti insulin, yang amat penting dalam mencegah kerintangan insulin dan diabetes mellitus jenis dua.

Mengulas lanjut, beliau berkata beberapa kajian menunjukkan puasa Ramadan berpotensi menurunkan tekanan darah secara sederhana serta memperbaiki profil lipid.

鈥淜ita dapati ada peningkatan kolesterol baik (HDL) dan penurunan kolesterol jahat (LDL) dalam kalangan individu sihat. Namun kesan ini sangat bergantung kepada corak pemakanan ketika berbuka dan bersahur,鈥 tegasnya.

Beliau mengingatkan agar masyarakat tidak mengambil kesempatan berbuka dengan makanan tinggi gula dan lemak secara berlebihan kerana ia boleh menafikan manfaat fisiologi yang diperoleh sepanjang hari berpuasa.

Satu lagi aspek menarik yang diketengahkan ialah proses autophagy, iaitu mekanisme semula jadi pembersihan sel.

鈥淭empoh berpuasa boleh merangsang autophagy, iaitu proses yang membantu menyingkirkan komponen sel yang rosak dan menyokong pembaharuan sel. Walaupun kajian lanjut masih diperlukan, dapatan awal menunjukkan ia berpotensi menyumbang kepada kesihatan metabolik yang lebih baik,鈥 jelas beliau.

Dari segi hidrasi, tubuh mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengawal keseimbangan air melalui hormon antidiuretik yang mengurangkan kehilangan air melalui buah pinggang. Namun begitu, beliau menasihatkan agar pengambilan air mencukupi antara waktu berbuka dan sahur diberi perhatian.

鈥淧astikan minum air secukupnya dan kurangkan minuman berkafein serta terlalu manis. Pengurusan cecair yang baik penting untuk mengekalkan tahap tenaga dan kesihatan sepanjang Ramadan,鈥 katanya.

Kesimpulannya, puasa Ramadan bukan sekadar ibadah yang menyucikan jiwa, malah mencerminkan kebijaksanaan sistem tubuh manusia dalam mengekalkan keseimbangan tenaga, hormon dan cecair.

鈥淛ika dilaksanakan dengan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang terkawal, puasa bukan sahaja mendekatkan diri kepada Tuhan, tetapi juga menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh,鈥 ujar beliau.

Ramadan, jelasnya, adalah bukti bahawa tuntutan spiritual dan manfaat sains boleh bergerak seiring dalam membentuk insan yang lebih sihat, berdisiplin dan sejahtera.

The post Puasa Ramadan: Adaptasi Fisiologi Tubuh Yang Menakjubkan appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/puasa-ramadan-adaptasi-fisiologi-tubuh-yang-menakjubkan/feed/ 0
Sebalik Pintu Tertutup : Mencegah Tragedi Familicide dalam Senyap /beritaukm/sebalik-pintu-tertutup-mencegah-tragedi-familicide-dalam-senyap/ /beritaukm/sebalik-pintu-tertutup-mencegah-tragedi-familicide-dalam-senyap/#respond Mon, 23 Feb 2026 04:58:40 +0000 /beritaukm/?p=4445 Oleh Prof Madya Dr Fairuz Nazri Abd Rahman, Profesor Madya di Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan, 集美麻豆 Bayangkan sebuah rumah teres yang tenang di pinggir bandar. Jiran-jiran hanya…

The post Sebalik Pintu Tertutup : Mencegah Tragedi Familicide dalam Senyap appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
Oleh Prof Madya Dr Fairuz Nazri Abd Rahman, Profesor Madya di Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan, 集美麻豆

Bayangkan sebuah rumah teres yang tenang di pinggir bandar. Jiran-jiran hanya mengenali penghuninya sebagai sebuah keluarga yang “pendiam” dan “tidak pernah mengganggu orang lain.” Namun, di sebalik langsir yang sentiasa tertutup, si bapa mungkin sedang bergelut dengan masalah, manakala si keluarga pula terperangkap dalam kemiskinan yang amat dalam tanpa jalan keluar. Tiada tangisan yang kedengaran di luar, namun di dalam, benih-benih tragedi sedang bercambah dalam kesunyian yang mencekam.

Familicide (insiden tragis)

Senario ini bukan sekadar rekaan untuk drama televisyen, tetapi merupakan gambaran realiti ngeri yang boleh membawa kepada familicide atau insiden tragis di mana seorang ahli keluarga membunuh ahli keluarga yang lain. Ia seringkali melibatkan pasangan dan anak-anak yang biasanya berakhir dengan tindakan bunuh diri oleh pelaku. Walaupun jarang berlaku, impaknya terhadap komuniti adalah sangat dahsyat dan meninggalkan trauma yang mendalam.

Merujuk kepada laporan ilmiah yang diterbitkan oleh pasukan penyelidik 集美麻豆, dalam International Journal of Case Report and Imaging, terdapat satu kes melibatkan sebuah keluarga di Malaysia yang hidup dalam isolasi atau pemencilan sosial yang ekstrem. Kajian bertajuk “Reducing the isolation: a Malaysian family in need” ini mendedahkan bagaimana faktor-faktor psikologi dan persekitaran bertindak bagai “bom jangka” yang menunggu masa untuk meledak jika tidak dikesan awal.

Antara punca utama yang dikenal pasti dalam kajian tersebut adalah ketiadaan sistem sokongan daripada saudara-mara atau jiran tetangga. Isolasi ini bukan sekadar fizikal, tetapi juga emosi. Apabila sesebuah keluarga mula memencilkan diri, mereka kehilangan “kompas realiti” yang biasanya disediakan oleh interaksi sosial. Kehadiran masalah mental yang tidak dirawat pada ketua keluarga seperti putus asa atau delusi bahawa dunia ini terlalu bahaya untuk anak-anak menjadi pemangkin utama kepada tindakan agresif yang tidak logik.

Pakar psikiatri menjelaskan bahawa dalam banyak kes familicide, pelaku tidak semestinya bertindak atas dasar kebencian. Sebaliknya, mereka sering didorong oleh apa yang dikenali sebagai “pembunuhan belas kasihan” (altruistic homicide). Dalam minda yang telah terganggu oleh kemurungan psikotik, pelaku merasakan bahawa menamatkan nyawa ahli keluarga adalah satu-satunya jalan untuk “menyelamatkan” orang tersayang daripada penderitaan dunia yang dianggap kejam, buntu, dan tiada harapan. Mereka melihat kematian sebagai satu bentuk perlindungan, satu ironi yang menyayat hati dalam krisis kesihatan mental.

Beban keluarga

Selain itu, beban penjagaan (caregiver burden) yang melampau turut memainkan peranan besar. Apabila seorang ahli keluarga perlu menguruskan ahli keluarga lain yang mengalami sakit kronik atau gangguan mental tanpa bantuan luar, tekanan fizikal dan mental boleh mencapai tahap tepu. Tanpa intervensi, tekanan ini boleh berubah menjadi keputusasaan yang melampau. Seperti yang ditegaskan dalam laporan ilmiah pasukan penyelidik 集美麻豆 ini, kunci utama mencegah tragedi ini bukan hanya terletak pada rawatan ubat-ubatan semata-mata, tetapi pada keupayaan masyarakat untuk meruntuhkan tembok isolasi yang memenjarakan keluarga-keluarga ini.

Langkah pencegahan

Langkah pencegahan yang berkesan memerlukan anjakan paradigma dalam masyarakat kita. Kita perlu kembali mengamalkan sikap “jaga tepi kain orang” dalam konteks yang positif dan prihatin. Jika melihat jiran yang sudah lama tidak keluar rumah, atau melihat perubahan tingkah laku yang drastik seperti tanda-tanda halusinasi dan pengasingan diri yang melampau, janganlah kita sekadar menjadi pemerhati yang membisu. Tegur sapa yang ringkas atau bertanya khabar mungkin merupakan talian hayat yang amat diperlukan oleh mereka yang sedang berada di ambang kegelapan.

Pada masa yang sama, sistem kesihatan dan kebajikan awam perlu terus memperkasa rawatan berasaskan komuniti. Pengesanan awal melalui klinik kesihatan primer, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penglibatan aktif badan bukan kerajaan (NGO) dapat memastikan keluarga yang berisiko tidak tercicir daripada sistem sokongan. Tragedi familicide selalunya didahului oleh isyarat-isyarat senyap yang gagal dikesan. Dengan mengurangkan isolasi sosial, kita memberikan peluang kepada keluarga yang terbeban ini untuk bernafas semula dan melihat cahaya harapan di hujung terowong.

Talian Bantuan (Helplines)

Jika anda atau sesiapa yang anda kenali sedang mengalami tekanan perasaan, beban emosi yang berat, atau memerlukan tempat untuk mengadu, sila hubungi talian bantuan berikut:

1.HEAL 15555: Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental (KKM) 鈥 Beroperasi 24 jam setiap hari untuk sokongan profesional.

2.Talian Kasih (15999): Untuk aduan keganasan rumah tangga, bantuan kebajikan, dan krisis keluarga (boleh juga dihubungi melalui WhatsApp di 019-2615999).

3.Befrienders Malaysia: Talian sokongan emosi 24 jam bagi mereka yang merasa putus asa 鈥 03-76272929.

4.Pusat Khidmat Krisis Bersepadu (OSCC): Bantuan segera disediakan di semua unit kecemasan hospital kerajaan bagi kes keganasan domestik dan trauma.

The post Sebalik Pintu Tertutup : Mencegah Tragedi Familicide dalam Senyap appeared first on Berita 集美麻豆.

]]>
/beritaukm/sebalik-pintu-tertutup-mencegah-tragedi-familicide-dalam-senyap/feed/ 0