¼¯ÃÀÂé¶¹

Mesej Pengarah Pusat Perhubungan Alumni ¼¯ÃÀÂé¶¹

YBrs. Dr. Roslan Ja’afar                                                                              Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni ¼¯ÃÀÂé¶¹

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua alumni Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Perhubungan Alumni ¼¯ÃÀÂé¶¹ (ALUMNI-UKM) mempunyai mandat yang besar dalam memastikan hubungan yang erat antara Alumni dan ¼¯ÃÀÂé¶¹ terus diperkasa. Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang bagi memastikan hala tuju pelan strategik dapat direalisasikan. Antaranya adalah Jejak Alumni, Alumni Special Group (SAG), Alumni@industri, 60 minit bersama alumni, alumni aktif dan alumni-care. Selain daripada itu, Kompleks Alumni yang sedang dalam pembinaan diharap akan menjadi pusat buat para alumni berjumpa dan mengerat ukhwah antara alumni.

Dalam memperkasa penyampaian maklumat kepada para alumni, ALUMNI-UKM juga terus mengemaskini data alumni. Sehubungan dengan itu, saya menyeru para alumni untuk mengemaskini data peribadi melalui Sistem Maklumat Alumni ¼¯ÃÀÂé¶¹ (SMA) bagi memastikan proses mengemaskini data alumni dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan tersusun. Data alumni yang lengkap kelak akan membolehkan pihak ALUMNI-UKM menyalurkan maklumat terkini secara terus kepada semua.

Akhir kata, saya berharap agar para alumni terus bersemangat untuk bersama-sama dengan barisan pentadbiran universiti dalam memastikan ¼¯ÃÀÂé¶¹ terus unggul di persada antarabangsa.