PENYERAHAN REPLIKA CEK SUMBANGAN BANJIR KEPADA WARGA UNIVERSITI
Naib Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Haji Toriman menerima replika cek sumbangan banjir ¼¯ÃÀÂé¶¹ berjumlah RM315,536 hasil kutipan daripada Pusat Zakat ¼¯ÃÀÂé¶¹, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti yang diagihkan kepada warga ¼¯ÃÀÂé¶¹ yang terlibat dengan banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Daripada kutipan itu, ¼¯ÃÀÂé¶¹ memberi sumbangan dan bantuan seperti baik pulih rumah, bantuan komputer riba, bantuan peralatan asas dan wang tunai.
¼¯ÃÀÂé¶¹ bergerak sederap bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi dalam membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang, Johor, Kedah, Kuala Lumpur dan lain-lain tempat diseluruh negara.
Insyallah ¼¯ÃÀÂé¶¹ akan turut membantu mereka yang memerlukan dan terjejas khasnya warga ¼¯ÃÀÂé¶¹ dari Pantai Timur ekoran banjir baru-baru ini.
Turut hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Banjir Warga ¼¯ÃÀÂé¶¹ adalah Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat; Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar; Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi dan Pendaftar, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla.